Monday, January 3, 2011

Wanita dan Kasut Tumit Tinggi

Assalamualaikum..rasanya lama dah aku tak berborak mengenai isu fesyen..aku ni takde lah pandai mana..sekadar berkongsi daripada pemerhatian aku..hehe maklumlah aku ni memang suke melihat fesyen-fesyen ni..baik lelaki atau pun perempuan..semalam, baru je permulaan kuliah..jadi aku stalker la fesyen masing-masing..jadi, terkeluarlah idea daripada situ..cuma aku nak fokus kan..wanita dan berkasut tumit tinggi..






                           +


                         




Source: Yahoo images

Memang tak dapat dipisahkan lagi eh perempuan dan kasut tumit tinggi..aku cuma nak bagi pandangan je..kadang-kadang kasut tumit tinggi ni perlu lah bersesuaian kan..saiz badan jugak memainkan peranan..betul tak?? correct me if i'm wrong ya..(jangan marah ye..ini tidak melibatkan sesiapa)..semalam je aku tengok..pergh!! punya lah ramai pakai heels kan..kalau yang suit tuh..memang gorgeous lah..yang tak berapa sesuai ni..aku tengok macam terseksa je pakai..tumitnya halus je..kalau lah patahkan..haa!! kan malu nanti..tergolek depan orang ramai..

Bukan nak larang atau apa..boleh je pakai heels..tapi biarlah berpada heels tuh kan..jangan yang terlalu over sangat..memang betul keterampilan diri harus di jaga..tapi bukan menyeksa diri ok..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Ben Ashaari Dengan Aku Sama Macho




Aiyoo..mahu jatuh terduduk aku jugak ni..bila bro Ben Ashaari cakap aku macho..hoho..thank ya bro..aku takde lah macho sangat..hanya seperti insan yang lain..hehe..bro Ben apa kurangnya body ketak punya..Selagi lagi aku ucap terima kasih sangat-sangat di atas pujian ikhlas ini..( confirm ke bro Ben Ashaari ni ikhlas..) haha just joke ya..Agak-agak korang..header di atas siapa lagi macho..haha..jangan mara ye bro..nak tengok betul atau tidak..boleh lihat sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bloggers Meet Up

Assalamualaikum..setelah sekian lama aku berblogging..acah je..baru je sebulan lebih..hehe..ok macam ni..aku tertarik dengan gathering yang di adakan oleh blogger-blogger seperti saudara Joegrimjow dan jugak Ben Ashaari..di situ aku nampak satu kelebihan di mana..daripada sahabat alam maya..kita dapat realitikannya dengan mengadakan perjumpaan di antara blogger-blogger..jadi, aku tanpa segan silu..aku mahu korang semua memberi cadangan:

Tempat:
Tarikh:
Aktiviti:

Itu sahaja..sebarang cadangan boleh tinggalkan di entri..kalau boleh area KL lah..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

1111..Finally I Get It

Wow..cantiknya nombor ini..huhu..thank to God..aku pun masih dalam sedar tak sedar je ni..yelah mana nak percaya..followers aku dah menjangkaui di luar kemampuan aku..hehe..syukur alhamdulillah..moga-moga bertambah-tambah rezeki aku untuk tahun ni..hehe..Congrat to:


Jom kita serbu blog awek yang comel ni..hehe

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kadang-kadang Aku Kecewa Dengan Diri Aku

Assalamualaikum..dalam kehidupan ini..kebahagiaan kadang kala tidak selalu memihak kepada kita..aku rasakan diri aku ni hanya sebahagian kecil di kalangan antara manusia..aku belum layak lagi di gelar sebagai seorang yang hebat..masih banyak lagi aku perlukan di dalam kehidupan..masih banyak lagi aku belum terokai..kecewa ini bukan sahaja untuk orang bercinta..aku sebagai seorang pelajar..aku kecewa dengan keputusan yang diperolehi..walaupun aku telah berusaha mengikut kemampuan aku..aku berasa malu dengan kawan-kawan yang lain yang memperolehi keputusan yang cemerlang..masih adakah kesempatan untuk aku untuk mencapai kejayaan..

Jangan salah kan aku jikalau aku tidak dapat membahagiakan semua orang sedangkan aku pun masih terkapai-kapai lagi untuk berdiri di atas kaki sendiri..aku kecewa dengan diri aku..aku belum memberi sebarang kejayaan untuk ibu bapa aku..di manakah silap aku?? aku tidak mahu ketinggalan..aku mahu seiring dengan mereka yang berjaya..Tetapi nasib baiklah semangat aku untuk terus belajar masih ada..kalau nak diikutkan hati lama dah aku quit..dan kerja..aku masih boleh berfikiran waras..mungkin kejayaan aku bukan di sini..

Aku nasihatkan kepada korang semua..belajarlah selagi masih mempunyai waktu..seandainya terlambat..mungkin kita kesal kelak nanti..sekadar berkongsi..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Aku Tidak Dapat Terima!!

Assamualaikum..rasanya hari ni..kepala aku memang blur sangat..sepatah haram apa yang di ajar oleh lecturer aku..aku tak dapat terima..gila ke apa aku ni eh??haha..bukan apa..mungkin otak aku terkejut kot..yelah tak buat warm apa-apa, tiba terus masuk kuliah mengadap skrin..memang jawapan gear 5 lah otak aku ni..huhu..dah lah datang lewat setengah jam..tak kurang hebatnya..aku duduk barisan paling depan sekali..haha..konon-konon nampak macam budak nerd lah pulak..padahal pointer aku ke laut..aduhai..apa lah nak jadi aku ni..hmm..tapi takpe..aku yakin walaupun aku hidup ni agak tunggang langgang sikit..kejayaan akan aku capai jugak..

Biasalah baru-baru start kuliah ni..semua je jadi lembap..pelahan-pelahan aku mengupas semangat yang hilang..haha..macam XPDC lah pulak..Nak tengok tak..akibat blur-blur..muka aku dengan member-member aku jadi begini..sedih aku tengok..huhu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kesian kan..mungkin akibat tekanan perasaan kot..haha..doa-doakan lah kami berjaya ok!!

NEVER SAY NEVER..peace!!