Monday, December 13, 2010

Lemat Semangat Sebab Blogging?

Assalamualaikum..petang tadi aku adalah jugak blogwalking..atau pun jalan-jalan baca blog..hehe..sama je la kan..aku ada terperasan seorang blogger..aku rasa tak perlu mention la nama dia..aku tengok dia macam kecewa sangat dengan blog dia..bagi aku no need to dissapoint la..blog ni merupakan hanya sebahagian kecil dari hidup kita..

Memang la mula2 buat blog dulu pelbagai tohmahan kita dapatkan..tapi bila sudah berjaya ramai je yang rapat..kita anggapkan semua kritikan itu sebagai satu platform kita untuk menjadikan lebih bersemangat..biarlah segala kritikan itu buruk di mulut tetapi jangan biarkannye memedihkan hati kita..

Dulu..aku jugak takut2 nak ada blog..yelah takut kena kutuk la..maki la..anggap je itu sebagai asam garam dunia blogging..okeh la macam ni..tak semua orang suka apa yang kita lakukan..jadi lakukannya untuk kepuasan diri sendiri..jikalau masalah sebegini kita tidak dapat hadapi..bagaimana suatu hari kita menjadi pemerintah dan mempunyai pelbagai masalah..sanggupkah anda hadapinya??

Selagi kita mempunyai semangat yang begitu..aku yakin segala anasir2 luar tidak dapat mempengaruhi pemikiran kita..just take it easy la..sekian..NEVER SAY NEVER..peace!!

Di Manakah Nilainya Lelaki Melayu Di Malaysia?

Assalamualaikum..bagi kaum lelaki di manakah silap kita sehinggakan kebanyakan perempuan Malaysia lebih gemar mencari bakal suami di luar negara..hmm..apa lah nasib kita sanggup diperlakukan begitu..aku pernah jugak terdengar kata2 yang diluah dari mulut seorang perempuan.." aku tak suka sangat lelaki dekat Malaysia ni sebab dia tak setia "..wahai kaum lelaki adakah ini benar atau dusta semata-mata..Bila aku renungkannya mungkin ada betulnya perempuan tuh cakap..

Zaman sekarang ni..kita boleh lihat ramai  wanita di negara kita diijab kabulkan dengan warga negara asing..Sedangkan ramai lagi lelaki di lelaki Melayu di luar sana..Memang aku akui, kadang2 perasaan setia itu selalu dipersoalkan..Namun itu bukan lah masalahnya..tidak semua lelaki Melayu bersikap begitu..kalau ada pun hanya segelintir..Yelah kalau mahu dilihatkan nisbah perempuan sudah melebihi nisbah lelaki..huhu..ada jugak desas desus mengatakan bilangan lelaki tidak mencukupi di Malaysia..

Sebenarnya bilangan lelaki tidak berkurangan..senantiasa ada.." Takkan Lelaki Hilang Di Malaysia "..huhu..bagi statement panas sikit..Wahai perempuan di luar sana..buka la mata anda seluas-luasnya..lelaki di Malaysia mampu membahagiakan anda..tanpa was-was..Kadang-kadang aku kesian tengok kaum lelaki yang tidak berkahwin ni..nak kata muka tak hensom..memang hensom kan..So, jangan lepaskan peluang ini..hehe..macam promote pulak kan..Itu hanya sekadar pandangan ok..
NEVER SAY NEVER..peace!!

The Red Devil vs The Gunners


Assalamualaikum..kepada semua peminat bola EPL..jangan ketinggalan menyaksikan perlawanan klasik di antara MANCHESTER UNITED vs ARSENAL..jam pukul 4.00am bertempat di rumah masing2 ye..hehe..kalau dapat layan dalam HD ni memang masyuk la..aku merupakan salah satu peminat the red devils..Gambate!! MU..itu je lah yang mampu aku lakukan..nak pergi Old Trafford..memang tak lah..huhu..takpe2 aku pasang impian dulu..huhu..sekali lagi kalau MU menang malam ni confirm la aku tidur nyenyak..ohoh..plus siap mimpi lagi pergi Old Trafford..all the best..



VS





Huhu..inilah musuh ketat the red devil..the gunners di bawah pengendalian Arsene Wenger..Bagi aku Arsenal merupakan satu pasukan yang mantap jugak..mempunyai ramai pemain muda yang berbakat..Aku harap MU dapat mengekang segala serang Arsenal..We will see it..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Siapa Dia Daya Yuya?

Assalamualaikum..di malam yang tenang ni..tiba2 aku mendapat satu cabaran yang aku pernah sahutnya dahulu..hehe..nak tahu apa ceritanya..aku kena buat entri mengenai dirinya..jangan salah sangka ye..ini sahabat aku dari facebook je..do not more than ya..think about it..:)

Demi tidak menghampakan dirinya aku dengan berbesar hati..meneruskan cabaran ini..Okeh let's begin..Daya Yuya namanya diberi..merupakan seorang pelajar KPTM Bangi di dalam jurusan Diploma in Investment Analysis..wow that's sound good..hehe..hope she will success in her education..All the best!!

Dia jugak seorang yang friendly..senang je berkawan dengannya..memang tidak rugilah..percayalah..hehe..apa lagi eh  yang aku mahu describe tentang dia..Ops..sebelum terlupa daya yuya adalah seorang budak kaki shopping..kalau boleh satu shopping complex dia nak borong..haha..just joke..jangan mara ye daya yuya..

Oklah..kalau anda semua mahu mengetahui lanjut tentang dirinya boleh masuk ke dalam blognya..klik sini.. 



Source..Daya yuya
NEVER SAY NEVER..peace!!

Bertudung: Fesyen atau Tuntutan?

Assalamualaikum..sekarang ni seperti yang sedia maklum..kita bagai dihujani pelbagai fesyen tudung..tadi aku ada tertonton satu program Dr. Fadhilah Kamsah yang menceritakan berkenaan dengan wanita yang bertudung..Di sini bukan la aku nak perli siapa2..aku cuma berkongsi apa yang aku rasa penting untuk masa kelak..

Yela..kalau anda jugak perasan..tudung mempunyai pelbagai jenis..sampaikan aku sendiri pun dah tak ingat nama2 tudung ni..huhu..Berbalik kepada program Dr. Fadhilah Kamsah, artis jemputan merupakan Catrina Ross yang dahulunya tidak bertudung tetapi sekarang ni dia tampil dengan imej bertudung..Wow!! bagi aku penghijrahan yang besar..

Aku bukan la nak bercerita pasal artis ke ape..tapi aku tujukan kepada semua kaum wanita..Bayangkan Catrina Ross menceritakan pengalamannya bagaimana dirinya dicemuh akibat memakai tudung..Sungguh cetek pemikiran orang kitakan..namun itu tidak mematahkan semangat dia untuk terus bertudung..

Ada sesetengah wanita mennjadikan tudung hanya sekadar fesyen semata-mata..Betulkah itu??Sedangkan kita sebagai muslim..wanita dituntut bertudung dan merupakan salah satu cara menutup aurat..tetapi perkara sebegini aku tahu memang tidak boleh dipaksa..Biarlah ia sendiri..bertudung memerlukan niat yang ikhlas..Sekian..NEVER SAY NEVER..peace!!





Source: Yahoo images



Rugi Kalau Berhenti

Assalamualaikum..selamat petang anda kepada anda semua..kepada yang telah mengundi aku..aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada anda semua..hari mengundi berlangsung selama 4 hari..jadi jangan berlengah lagi..undi 59 ye..mari kita meriah kan lagi BLOG PILIHAN MALAYSIA..bagi yang belum mengundi..silai klik sini..jasa anda akan amat dihargai sampai bila2..:)


NEVER SAY NEVER..peace!!