Monday, November 7, 2011

Berblogging Bukan Untuk Famous

Salam satu Malaysia..di sini ingin aku ingin sampaikan satu amanat kepada mereka yang baru berblogging..nampak macam marah kan..tapi sebenarnya tidak..apa yang aku ingin perkatakan.."FAMOUS" sering diungkapkan bagi blogger2 yang newbie ataupun baru..janganlah difikirkan famous bila menjadi blogger ni..korang ingat korang artis ke..jauh sekali kot..ok menjadi seorang blogger, kita merupakan media nombor dua selepas media cetak dan media elektronik..


Blog ni juga boleh menceritakan pelbagai isu..tak kiralah artis ke, IT ke..dan macam2 lagi lah..terlalu luas dunia blog ni..sedangkan aku pun masih mempelajarinya..kalau ada blog semata2 untuk jadi famous..lupakan lah hasrat tuh..blog ni merupakan tempat untuk kita berkongsi pada orang lain apa yang kita ketahui..kalau mahu dikejarkan famous..baik pergi masuk AF, MyStar LG..dan lain2 rancangan realiti dekat Malaysia ni..

Aku bukan berlagak bagus atau apa..ini cuma sekadar pandangan terbuka..masing2 boleh bagi pandangan kan..memang aku akui..ramai yang famous apabila jadi blogger ni..tapi aku rasa itu bukanlah niat dia orang pada awalnya..mungkin ianya satu bonus..kita tidak tahukan..bukan senang untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi..usaha yang tidak putus2 adalah kunci kejayaan..tapi ingat..famous bukan yang kita kejarkan untuk menjadi blogger..sekian..


mood: cuti

Cantik!! Tetapi Menderita

Aku tertarik satu topik yang agak unik..benda ni akan dibincang dalam Wanita Hari Ini pada esok hari..Cantik!! Tetapi Menderita..apa yang ingin aku kongsikan..dalam menjaga kecantikan diri kita tidak perlulah terlalu "Over" atau melebih2..yang aku dapat lihat..kebanyakkan perempuan suka memakai heels tetapi dalam masa yang sama..jalan terhuyung hayang lah, kaki melecet lah..apa pun tak boleh..ini boleh dikatakan sebagai menyeksa diri sendirikan semata2 untuk kelihatan cantik dan anggun..


Dalam situasi yang lain..pemakaian kanta lekap..apa yang kita dapat lihat sekarang..ianya dijual pada harga yang murah..tidak pasti sama ada ianya ok atau pun tidak..aku saran kan kalau nak beli kanta lekap lebih baik pergi ke kedai optometrist..dapatkan nasihat dari yang pakar kan..kita dapat lihat banyak kes yang pakai kanta lekap dan memberi kesan yang tidak elok..kita pun tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya..jadi berhati2 lah..

Apa yang kita dapatkan..jika kita terpaksa menyeksa diri kita..semata2 untuk kelihatan cantik..bagi aku tak perlulah semua tuh..bersyukur apa yang kita ada kan..dapat anugerah ke kalau kita pakai "Over" sangat..tak kan..belum tentu orang sekeliling akan memuji kita..silap2 mahu kena kutuk lagi kan..topik ni aku bukan tuju pada siapa2 pun..hanya pandangan terbuka ok..ambil iktibar apa yang aku kata kan..berfesyenlah selagi tidak memudaratkan diri kita..adios..


mood: rindu blog