Monday, July 16, 2012

Isu Ragut Yang Mungkin Tiada Penyelesaiannya

Saban hari kes ragut semakin menjadi-jadi di Malaysia..tak kira di kampung atau pun di bandar..apalah mahu jadi dengan masyarakat kita..sedangkan kerajaan banyak membantu..kenapa mereka yang berfikiran cetek ini masih meragut..malah kadang-kadang membuatkan nyawa terkorban..perkara ini kita tidak boleh salahkan siapa-siapa..

Video perempuan Cina yang berlaku di P.Pinang beberapa hari lepas..membuatkan aku rasa bengang..kenapa mereka yang lalu lalang di situ tidak membantu langsung..adakah membantu itu satu perbuatan yang hina???..tergamak mereka melakukannya dengan mengabaikan mangsa tersebut..

Selalunya warga emas akan menjadi sasaran si peragut..mereka tahu tindak balas orang tua tidak sekuat orang muda..tatkala warga emas di negara kita gemar memakai emas-emas yang besar yang menarik minat si  peragut..Langkah berjaga-jaga perlu ditingkatkan di kalangan masyarakat kita..

Seharusnya kaum wanita perlu berhati-hati dan tidak terlalu menonjol dengan barangan kemas yang dipakai..selalunya masa yang menjadi keutamaan si peragut pada pukul 10.00 pagi dan 1.00 hari jumaat..Ini kerana..pada waktu pagi kaum lelaki berada di tempat kerja dan pada waktu tengah hari..kaum lelaki bersolat..itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh peragut..

Berharap perkara sebegini dipandang serius oleh masyarakat dan pihak berkuasa..sekadar berkongsi..

mood: tak patut

2 comments:

MISS Z BERCELOTEH said...

bengang juga bila tgk berita ttg warga emas tu..

langkah berjaga2 perlu setiap masa..kerana jenayah berlaku tak kira tempat

Singgah Malam http://misszberceloteh.blogspot.com/ Follow awak

GR said...

jaga beg tangan, jangan tunjukkan barang kemas.