Sekadar Gambar Hiasan
Pada Sabtu lepas..aku telah pergi ke Perkahwinan yang sedikit berbeza dari Perkahwinan Melayu..iaitu Perkahwinan Bugis..perkahwinan ini diadakan pada sebelah malam yang bermula lebih kurang jam 8pm..dan berlarutan sehingga jam 11pm..Ini merupakan bangsa Bugis yang berasal dari Sabah..aku teruja ketika berada di sana..maklumlah kali pertama pergi ke perkahwinan ini..Dari perbezaan yang aku nampaklah..perbezaannya terdapat pada:
- Makanan
- Pakaian
- Khemah
Dari segi makanan aku tak nafikan..masakan Bugis memang menyelerakan..tambahan pula adanya tempe..Tempe adalah satu makanana kegemaran aku..makanannya dimasak sendiri tetapi kalau adat melayu kita menggunakan dulang tapi mereka menyediakan secara katering..kalau masyarakat Melayu..kebiasaannya katering dibuat oleh orang lain..ada satu makanan yang aku tertarik dengan namanya iaitu COTO..supnya berwarna krim dan ada daging di dalamnya..tidak menghampakan..
Dari segi pakaian..apa yang aku nampak..mereka memakai baju khas yang menampakkan ciri-ciri orang Bugis..memang cantik pakaian mereka..mereka juga ada tukar-tukar pakaian seperti masyarakat Melayu..mereka juga ada penyambut tetamu yang terdiri daripada golongan keluarga mereka sendiri..aku salut setiap kali tetamu datang..semuanya memberi tanda hormat..dan memakai pakaian seragam..kalau masyarakat Melayu..hanya ibu bapa yang sering menjadi penyambut tetamu..tetapi mereka tidak..
Dari segi khemah..mereka tidak memerlukan khemah yang banyak..hanya 3 khemah digunakan..biasa orang Melayu akan letak meja di bawah khemah tetapi masyarakat bugis hanya menggunakan kerusi dan menghadap ke arah pengantin..Ok sedikit penambahan..selepas makan..mereka akan menyediakan rokok sebagai pemanis mulut..hehe..rokok gudang garam lagi..chow..sekiranya terdapat kesilapan..silalah tegur..
mood: nak kahwin
2 comments:
laki aku keturunan bugis ...allalala
amboi..trus mood nk kawen ek..
Post a Comment