Tuesday, June 7, 2011

E.coli Merebak!!

Sekarang ini dunia dikejutkan dengan wabak E.coli..atau nama lainnya Escherichia coli..dalam sedar tak sedar bakteria yang kecil ini mampu meragut nyawa manusia..siapa sangkakan..kebersihan adalah amat penting untuk memastikan kesihatan kita terjamin..



Escherichia coli (biasanya diringkaskan kepada E. coli dinamakan bersempena dengan Theodor Escherich) adalah bakteria gram negatif berbentuk batang/basilus/rod yang umum ditemui di usus bawah organisma berdarah panas (endotermik). Kebanyakan strain E. coli tidak berbahaya, tetapi terdapat beberapa jenis/strain , seperti serotype O157: H7, boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius pada manusia, dan kadang-kala strain ini menyebabkan produk makanan dipanggil balik.Strain berbahaya ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari unsur alam flora usus yang normal bersama dengan jenis bilion strain yang jahat dan baik yang lain. Strain ini juga boleh menguntungkan perumah mereka dengan menghasilkan vitamin K2,dan dengan mencegah pembentukan bakteria patogen dalam usus.
E. coli tidak hanya terbatas untuk hidup di usus sahaja, strain ini juga berkemampuan untuk bertahan hidup bagi jangka masa yang singkat di luar tubuh lantas membuatkan mereka suatu jenis organisma penunjuk yang ideal untuk menguji sampel persekitaran bagipencemaran najis seperti tahi. Bakteria ini juga boleh berkembang biak dengan mudah, dan genetiknya mudah untuk dimanipulasikan atau digandakan melalui proses metagenik, menjadikannya salah satu daripada model organisma terbaik prokariotik untuk didalami dan dipelajari, dan merupakan spesies penting dalam bidang kajian bioteknologi dan mikrobiologi.
E. coli ditemui oleh seorang doktor watan Jerman dan ahli bakteriologi iaitu Theodor Escherich pada tahun 1885 and is now classified as part of the Enterobacteriaceae family of gamma-proteobacteria , dan sekarang strain ini diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Enterobacteriaceae dalam keluarga gamma-proteobakteria.
Suatu wabak bakteria Escherichia coli O104:H4 telah bermula di Jerman pada bulan Mei 2011.
Wabak telah bermula selepas beberapa orang telah dijangkiti bakteria membawa kepada sindrom hemolitik-uremik di Jerman, jelasnya selepas memakan terung. Pegawai-pegawai Jerman pada mulanya menunjuk kepada terung yang dicemari berasal dari Sepanyol sebagai sumber wabak, tetapi kemudiannya mengenalpasti bahawa terung-terung Sepanyol bukannya sumber later E. coli. Sepanyol sudah menyatakan rasa marahnya kepada pautan Jerman tidak berasas kepada kaitan terung Sepanyol dengan wabak E. coli yang membunuh.
Tambahan kepada Jerman, di mana wabak paling teruk, terdapat kes-kes seumpama itu juga dilaporkan di beberapa negara termasuklahSwitzerlandPolandBelandaSwedenDenmarkUnited Kingdom dan AS.
Sindrom hemolitik-uremik (HUS) adalah satu kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Di Jerman, 17 orang telah mati dan sekitar 500 sudah dimasukkan ke hospotal dengan HUS disebabkan oleh wabak yang memburuk.

Ini adalah fakta yang aku ambil daripada wikipedia.org..apa yang aku belajar dulu..E.coli ni banyak daripada najis..aku harapkan bakteria ini tidak menular ke Malaysia..

mood: kurang sihat

9 comments:

Lydia Miza said...

kalau ada kat negara kita..susah ye syafiq.

enyheartsdiamond said...

i pun belajar ttg e.coli juga! it's a normal flora ctually, tp bila dah membiak dgn byk dalam usus kita, ia boleh menyebabkan kita sakit perut dan cirit-birit.. dan bacteria yg ada pada najis kita tu boleh contaminate food & water sources :)

tp i dpt B lah utk env microbe! hehe :p

Fifieyqa said...

Amin..smoge kita bebas dpd wabak ni..

KAMIHIDUP said...

mana hilang? lama senyap?

Ujang9897 said...

owh...aku igt menatang apa la..hee

cikpia said...

mintak2 malaysia tak kena wabak nie....

Raden said...

mkn sayur pon leh mati..haih..zaman skrg nie..susah. ape pon tak boleh

::FAIZ:: said...

ngeri

Kak Amy said...

wow nice info , thanks sharing..