Friday, June 24, 2011

Selami Jiwa Wanita

Tiap kali aku berbicara kisah wanita..bermacam - macam yang bermain di fikiran aku..apa yang selalu yang aku fikirkan..susah untuk ditafsirkan..maklumlah..aku bukan Albert Einstein, aku jugak bukan Pendeta Za' ba..aku hanya manusia yang serba kekurangan..walaupun aku serba kekurangan..aku tetap jugak cuba mencari di mana kelebihan aku..


Nak dikatakan Dr. Love..tak jugak..tapi aku cuba mengerti..apa yang tersirat di dalam jiwa wanita..kadang - kadang mereka ni lebih suka menyembunyikan sesuatu..bukanlah aku maksudkan curang ataupun sebaliknya..sebagai contoh..seandainya mereka mempunyai sesuatu perkara..tapi mereka berasakan ragu - ragu jikalau pasangannya tidak dapat menerima kenyataannya..


Setiap kali aku kenali wanita..aku cuba memahami setiap perwatakan yang mereka cuba perlakukan..namun tidak semua aku dapat memahaminya..ada sesetengah perkara..mereka hanya berkias..dan selebihnya terpulang pada kita..aku sebagai seorang lelaki senantiasa berusaha belajar untuk menawan hati wanita..apakah aku akan berjaya seperti mana orang lain berjaya melakukannya..


Walaupun aku bukan pakar dalam bidang cinta..tapi berada di sisi orang - orang yang lebih berpengalaman..mengajar aku apa itu cinta..dan daripada pengalaman itu aku gunakan sebaik-baiknya..ok lah..mungkin ini je yang terlintas di fikiran aku..selami lah jiwa wanita dengan indahnya..mudahan kita dapat jadi pasangan yang bahagia..


mood: kadang-kadang aku takut tuk bercinta

Wednesday, June 22, 2011

Spontaneous Thursday #3 - Don't be a loser


Jangan cepat mengalah..aku pantang sangat


apa itu ST??

mood: take it easy

Spontaneous Thursday #2

Ayah Suruh Aku Kahwin Umur 30..


mood: kertulah aku jawabnya

Spontaneous Thursday



Aku harapkan hari ini lebih baik daripada semalam..

Jangan lupa add group Spontaneous Thursday dan like fanpage Spontaneous Thursday

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ST sila ke sini..

mood: minggu kedua Spontaneous Thursday

Wordless Wednesday #2


mood: tak pernah menang

Monday, June 20, 2011

Cek Dari EXABYTES

Source: Google


Akhirnya setelah 7 bulan aku menjadi blogger..aku terima cek daripda EXABYTES..aku menjadi partner company ini selama 3 bulan..aku memasang banner ads di side bar aku..tengok senang je kan..hanya memasang banner EXABYTES..aku boleh jana pendapatan..


Rezeki ada di mana-mana sahaja..cuma rajin dan tak rajin je..memang tak rugi lah kalau join partner company ni..company Malaysia lagi tuh..ini merupakan company hosting yang bertapak di Malaysia..jadi, apa lagi jom join..hehe..klik je perkataan exabytes..korang boleh tahu macam - macam info lagi..


Aku malu lah nak letak gambar cek..hehe


mood: simpan nak tengok transformer

Sunday, June 19, 2011

Balik Solat Jumaat Dah Buat Maksiat


Sumber: Google

Kalau nak diikutkan cerita benda aku nak publish semalam..tapi mata sangat mengantok..dah semangat dah buka laptop..last - last aku pergi tidur je..hehe..takkan aku nak taip entri sambil melentok lak kan..dengan keazaman yang ada..lepas solat subuh..aku terus pergi buka internet..

Kejadian sebenar berbunyi begini..aduh masa nak cerita pun..tak tahu lah boleh di terima pakai atau pun tidak..benda ni berlaku setelah aku selesai mengerjakan solat jumaat..waktu tuh dah lah panas terik..tekak rasa nak minum ribena je..tiba - tiba masa dekat lampu isyarat..aku nampak sesuatu yang menggiurkan..haish..haha..

Boleh pulak amoi pakai skirt melintas jalan dekat lampu isyarat..aduh dah lah baru lepas solat jumaat..gugur iman aku der..habis dah rezeki depan mata kan..mata aku pulak memang memandang ke depan je..maklumlah pemandu berhemah..hehe..

Lepas tuh boleh pulak angin tiupkan..lagi lah iman aku bergegar..agak - agak nak salah kan siapa eh? hehe..nak kata salah aku..aku bawak kereta..haruslah pandang depan..tak kan nak pandang kiri kanan..mahu kemalangan aku nanti..apa - apa pun..memang rezeki aku kot..hehe..siyes aku pandang tak kelip..kalau dah berkelip - kelip dah berdosa kan..jangan lah berlaku lagi pada jumaat depan..:)

mood: kebetulan

Thursday, June 16, 2011

Fan Page Spontaneous Thursday dan Group Spontaneous Thursday

Hari ni merupakan hari Khamis..hari kedua terakhir untuk bekerja..aku yakin ramai pekerja pasti menantikan hari Jumaat..iaitu hari terakhir bekerja..dan seterusnya hujung minggu..aku jugak turut tidak terlepas untuk menikmati hujung minggu..hoyeah!!

Siang tadi aku tak sangka..benda ni aku saja - saja lah post..SPONTANEOUS THURSDAY..tiba - tiba ramai pulak yang mengikut..hehe terharu sangat lah..korang memang sporting..aku buat untuk aku je tadi..terima kasih yang tak terhingga buat anda semua..nanti kita tunggu Khamis depan ye..

Jadi ade seorang blogger bagi cadangan..takde buat group ke?? bila aku pikir balik..ok jugak idea tuh..siap aku tambah fan page lagi..hehe..blogger tersebut adalah www.borakkosong.com..aku bersama Akmalhilmi..akan menjayakan lagi benda ni..tunggu..

Terima kasih sekali lagi..buat mereka yang telah memberi sokongan padu kepada SPONTANEOUS THURSDAY..siap typo lagi masa mula - mula..hehe..aku mintak maaf sangat - sangat kerana tak dapat list kan siapa yang telah join SPONTANEOUS THURSDAY..sori ye..:)..ramai jugak lah..hehe..aku cuba terjah satu persatu kalau sempat ok..chill..Sebelum tuh..jom like:




mood: Jumaat ade ke??

Wednesday, June 15, 2011

Apa Bezanya Wordless Wednesday dan Spontaneous Thursday

Eh ade ke SPONTANEOUS THURSDAY ?? suka - suka aku je kan..tapi apa ada hal..orang boleh buat WORDLESS WEDNESDAY..aku pun boleh buat jugak..hehe..

Perbezaannya: WORDLESS WEDNESDAY hanya gambar..
                       SPONTANEOUS THURSDAY adalah ayat..

Jadi sebagai permulaan SPONTANEOUS THURSDAY..aku akan buat ayat secara spontan..

Aku Hensem..okbai

Spontan kan..hehe..chow


Alangkah Indah Cinta Tiada Rintangan

Sekarang ni aku sibuk sedikit dengan tugasan yang diberikan oleh majikan dan universiti aku..maklumlah hidup sebagai seorang pelajar haruslah memenuhi kehendak untuk berjaya..apa hal lah aku ni..memotivasikan diri agaknya..huhu..ok2..aku terus ke point aku..cuba kita fikirkan jika cinta ini tiada rintangan atau pun halangan..it's ok?? ke korang memang suka dengan benda ni semua..yelah kadang - kadang ini semua dugaan dariapada Tuhan..siapa tahu kan..

Berdasarkan cerita Indon yang sedang hangat iaitu CINTA MELODY..walaupun muka ni ganas..tapi disebabkan CHELSEA OLIVIA aku sanggup tengok cerita ni walaupun aku dah tau ending dia..haish..aku tengok bermacam - macam rintangan dia..lepas satu dugaan..datang lagi dugaan..berapa banyak lah kan..

Tidak kurang jugak cerita NORA ELENA yang sedang meletup di kaca televisyen..lepas CINTA MELODY..aku sambung pulak cerita drama melayu ni..maklumlah aku ( SETH TAN ) kan..harus lah tengok drama sendiri..haha..perasan je kan..itulah apa yang aku nak cakapkan..perwatakan yang berlaku di dalam drama tidak lari jauh dari dunia sebenar..


Cinta..cinta..cinta..kehidupan kita sebagai seorang manusia " Kuasa Cinta " memang tidak dapat dipisahkan..yang aku mahu fokuskan cinta sesama manusia..kalau aku berada di tempat mereka ( drama NORA ELENA dan CINTA MELODY ) belum tentu aku dapat menempuhi semua itu..memerlukan jiwa dan semangat yang kuat..tapi tersangatlah indah jika percintaan kita tiada rintangan..sentiasa dalam kegembiraan dan juga kebahagiaan..


Namun pada hakikatnya..sebahagia mana pun kita bersama pasangan kita..pasti ada rintangan dan jugak halangan..apa jua pun yang berlaku kita patut reda dan tempuhi dengan rela..kita harus ingat..apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..


mood: hope

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Irine Nadia Marcello


Tahniah buat Irine Nadia Marcello yang telah melangsungkan pertunangannya pada 12 Jun 2011..

Akhirnya dia telah menamatkan zaman bujang bersama tunangnya..

Mudah - mudahan..mereka kekal hingga ke anak cucu..

Kalau kahwin jangan lupa jemput saya eh..saya orang Melaka ni..hehe..

Nampak sweet je mereka kan..bilalah aku pulak kan..:)

mood: jiwang

Saturday, June 11, 2011

Nyawa Seekor Kera Lebih Bernilai Dari Sebuah Kereta

Kalau nak diikutkan cerita..benda ni berlaku semalam masa aku on the way nak balik rumah..maklumlah mood tengah macam KL gangster ni ala-ala Malek lah katakan..hehe..padahal jauh sekali..tengah khusyuk-khusyuk aku bawak kereta tiba seekor kera bersama anaknya melintas dengan mengejut depan kereta aku..lantas aku pun cakap " Opocot mak kau "..ok aku tipu je..aku tak melatah pun..haha..


Sumber : google

Nak tahu sebab apa aku cakap nyawa seekor kera lebih bernilai?? mana taknya kalau lah aku langgar kera tuh..kan aku dah meragut nyawa seekor kera a.k.a ibu kera..masa tuh kalau tak silap aku dia bawak anak dia..aku terpaksa brek mengejut untuk memberhentikan kenderaan..nasib baiklah kereta - kereta belakang aku tak kemalangan..masa aku tengok belakang bersepah kereta brek emergency..huhu..bukan lah aku nak bela nasib si kera ni..tapi nyawa kita hanya satu..nyawa si kera jugak satu..hmm..itu lah aku cuba maksudkan..bayangkan ibu kera tu mati..siapa yang mahu menjaga anaknya?? siapa yang harus dipersalahkan..sudah tentu aku akan menyesal kelak..


Sumber : google

Aku tak kisah pun kalau kereta aku dilanggar dari belakang semalam..yelah kereta kalau remuk boleh dibaiki der..nyawa kalau dah melayang..memang takde harapanlah kan..so, kepada korang semua kalau lalu tempat - tempat gelap ni jangan lah terlalu laju ok..kadang - kadang kita tak perasan binatang yang melintas..eh aku ni jadi penasihat lah..hehe..ok chow..

mood: peace

Thursday, June 9, 2011

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011

13 Jun 2011
Semak melalui SMS mulai 12:01 tengah malam, 13 Jun 2011
taip MUET RESULT<>No. K/P hantar ke15888 atauMUET<>No.K/P hantar ke 36363


mulai jam 9:00 pagi, 3 Jun 2011

mood: berdebar

Tuesday, June 7, 2011

E.coli Merebak!!

Sekarang ini dunia dikejutkan dengan wabak E.coli..atau nama lainnya Escherichia coli..dalam sedar tak sedar bakteria yang kecil ini mampu meragut nyawa manusia..siapa sangkakan..kebersihan adalah amat penting untuk memastikan kesihatan kita terjamin..



Escherichia coli (biasanya diringkaskan kepada E. coli dinamakan bersempena dengan Theodor Escherich) adalah bakteria gram negatif berbentuk batang/basilus/rod yang umum ditemui di usus bawah organisma berdarah panas (endotermik). Kebanyakan strain E. coli tidak berbahaya, tetapi terdapat beberapa jenis/strain , seperti serotype O157: H7, boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius pada manusia, dan kadang-kala strain ini menyebabkan produk makanan dipanggil balik.Strain berbahaya ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari unsur alam flora usus yang normal bersama dengan jenis bilion strain yang jahat dan baik yang lain. Strain ini juga boleh menguntungkan perumah mereka dengan menghasilkan vitamin K2,dan dengan mencegah pembentukan bakteria patogen dalam usus.
E. coli tidak hanya terbatas untuk hidup di usus sahaja, strain ini juga berkemampuan untuk bertahan hidup bagi jangka masa yang singkat di luar tubuh lantas membuatkan mereka suatu jenis organisma penunjuk yang ideal untuk menguji sampel persekitaran bagipencemaran najis seperti tahi. Bakteria ini juga boleh berkembang biak dengan mudah, dan genetiknya mudah untuk dimanipulasikan atau digandakan melalui proses metagenik, menjadikannya salah satu daripada model organisma terbaik prokariotik untuk didalami dan dipelajari, dan merupakan spesies penting dalam bidang kajian bioteknologi dan mikrobiologi.
E. coli ditemui oleh seorang doktor watan Jerman dan ahli bakteriologi iaitu Theodor Escherich pada tahun 1885 and is now classified as part of the Enterobacteriaceae family of gamma-proteobacteria , dan sekarang strain ini diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Enterobacteriaceae dalam keluarga gamma-proteobakteria.
Suatu wabak bakteria Escherichia coli O104:H4 telah bermula di Jerman pada bulan Mei 2011.
Wabak telah bermula selepas beberapa orang telah dijangkiti bakteria membawa kepada sindrom hemolitik-uremik di Jerman, jelasnya selepas memakan terung. Pegawai-pegawai Jerman pada mulanya menunjuk kepada terung yang dicemari berasal dari Sepanyol sebagai sumber wabak, tetapi kemudiannya mengenalpasti bahawa terung-terung Sepanyol bukannya sumber later E. coli. Sepanyol sudah menyatakan rasa marahnya kepada pautan Jerman tidak berasas kepada kaitan terung Sepanyol dengan wabak E. coli yang membunuh.
Tambahan kepada Jerman, di mana wabak paling teruk, terdapat kes-kes seumpama itu juga dilaporkan di beberapa negara termasuklahSwitzerlandPolandBelandaSwedenDenmarkUnited Kingdom dan AS.
Sindrom hemolitik-uremik (HUS) adalah satu kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Di Jerman, 17 orang telah mati dan sekitar 500 sudah dimasukkan ke hospotal dengan HUS disebabkan oleh wabak yang memburuk.

Ini adalah fakta yang aku ambil daripada wikipedia.org..apa yang aku belajar dulu..E.coli ni banyak daripada najis..aku harapkan bakteria ini tidak menular ke Malaysia..

mood: kurang sihat

Sunday, June 5, 2011

Macam Mimpi Bila Di Gandingkan Sekali Dengan Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Zack Zukhairi dan ramai lagi

Sekarang ni aku tak tahu kenapa dengan blog aku..kadang2 error nak masuk dashboard..tapi aku tak putus asa untuk refresh sampai boleh masuk..dulu aku sangat aktif dengan blog..bila sejak timbulnya masalah ni..jarang dah aku update blog..tapi takpe..bila dapat masuk je blog aku..aku pasti update..malam ni..aku nak kongsi satu entri rasanya macam mustahil tapi apa boleh buat..orang lain yang cakap..aku terharu sangat..hehe..aku hense m ke?? korang lah yang menilai aku kan..takkan lah aku nak puji diri sendiri..







Mereka diatas adalah yang tersenarai blogger hensem dan cantik..macam mimpi je aku..hehe..tapi aku ucap terima kasih kepada seorang blogger ni..mahu lihat lagi siapa yang tersenarai dalam blogger hensem/cantik..sila ke sini..

mood: tidak terduga



Friday, June 3, 2011

Bila Si Kecil Jadi Model


Tak padan dengan kecil..anak buah sedara aku ni..bukan main lagi bergambarkan..padahal baru je darjah dua..gayanya mengalahkan budak umur 13 tahun..haish..blur aku kejap..insiden ni terjadi bila aku pulang dari kerja..

Ni disebabkan adik aku no 2 yang takde kerja..pergi make up anak buah sedara aku yang sorang ni..cukup bergaya dan terpegun aku tengok gambar dia..bukan main comel lagi kan..hee..nama dia AISYAH BALQIS..nasib baik lah dia takde blog..agak2 aku kalau dia ada blog mesti ramai peniaga2 bisnes online ambil dia untuk jadi model kanak2..

Kalau nak diikutkan banyak lagi gambar dia..aku cuba ambil satu yang aku rasa unik..lihat je lah gambar di atas..bukan main serius lagikan muka dia..by the way..dia memang petah bercakap dan pandai bergaya..mama dia pun terkejut bila tengok gambar dia..ok chow

mood: mamai ni..

Wednesday, June 1, 2011

My Secret Wish from Almari Si Pari-Pari


Alahai..lama rasanya aku tak join contest kan..ini adalah invitation daripada penganjur sendiri..aku tanpa segan silu..join..hehe..nak join..mari klik sini..


Okeh..dalam contest ini..kita perlu nyatakan minyak wangi kesukaan kita..ini lah minyak wangi yang paling mahal yang pernah aku guna..maklum lah..ini je yang termampu..hehe..masa student ni mana lah ada duit sangat kan..

Dah tentu lah DESIRE BLUE menjadi pilihan aku..sebab apa??

  • Baunya membuatkan aku terlena..setelah memakainya ramai perempuan tergoda..hehe..tipu je..yang tak tipu..baunya sangat sedap..tak keras..lembut je..
  • Warnanya yang menarik..lembut je apabila dipandang..
  • Rupa bentuk botolnye yang unik..
Jadi memang tak rugi lah kalau memilih DESIRE BLUE sebagai pewangi kita di mana kita berada pun..pasti ceria dengannya..cewah..aku dah macam promote ni..okeh..chow
mood: blog aku baru ok..kalau aku tak terjah balik..sori sangat2..lepas ni aku akan keep in touch..