Thursday, December 16, 2010

Waktu Yang Sesuai Tulis Entri

Assalamualaikum..semalam aku tengok la traffik dekat nuffnang kan..aku cuba la kaji..macam mana kita nak attract readers and followers jengah blog kita..kadang-kadang waktu kita publish entri jugak memainkan peranan..biasanya " peak " time dekat blog aku ni di antara 8-10 malam..kenapa eh..nak tahu jugak tuh..huhu..itu di waktu malam la..kalau siang di antara pukul 10 pagi - 12 tengah hari..

Maknanya kalau nak post entri-entri best kena waktu macam tuh la kan..agaknya la..ini ikut statistik dari trafik aku la..kalau blogger-blogger lain aku tak pasti..sebelum ni aku ingat tajuk je main peranan..rupa-rupanya waktu main peranan yang penting jugak kan..Ini hanya perkongsian..jikalaun anda ada info-info menarik silalah kongsi..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Dulu aku nakal !






Assalamualaikum..aku baru je open laptop ni..tup-tup tengok ada segmen dari bro Ben Ashaari..hoho kali ni memerlukan aku untuk menceritakan pengalaman di sekolah..ayuh kita saksikan..nak join sila klik..

Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pulai (1996-2000)
Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Sultan Muhammad (2001-2005)

Jawatan

Pustakawan
Pengerusi Kelab Bahasa Inggeris

Guru Kesayangan

Cikgu NorazuAsma (Biologi)
Subjek Paling Disukai

Matematik sebab senang..hehe

Subjek Paling Tidak Disukai

Tak baik tau tak minat..huhu

Kawan Baik Semasa Sekolah

Member-member satu badge dengan aku

Cita-cita Masa Sekolah

Macam biasa pilot..layak ke?

Artis Favourite Masa Sekolah

Linkin Park

Perkara Yang Tidak Dapat Dilupakan Masa Sekolah

Hoho..paling yang aku tidak dapat lupakan aku tertidur semasa azan zohor sedang berkumandang..tiba-tiba datang warden aku bawa kayu hoki..Pergh dapat layanan mesra sekali la..terkejut aku..haha..lepas tuh apa lagi aku disuruh berlari keliling padang sambil memakai kain pelikat..huhu..itulah nasib aku..:)

Jika Dapat Kembali Ke Zaman Persekolahan, Apakah Yang Aku Akan Lakukan 


Wow..soalan cepumas ni..kalau la aku kembali ke zaman persekolahan aku ingin belajar bersungguh..hoho..betul ke aku ni..


Ceritakan Kenakalan Yang Tak Dapat Dilupakan Sewaktu Sekolah Dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )


Zaman persekolahan merupakan zaman anak-anak muda sedang membesar..kata orang..waktu ni proses pembelajaran sedang berlaku..huhu..Macam aku ni memang cukup nakal maklum la pusar dua..hehe..Paling nakal aku pernah buat, aku pernah catat sejarah Malaysia..sebab apa aku cakap macam tuh..mau taknya bil telefon aku pernah cecah RM888..cantikkan nombor tuh..orang cina kata banyak ong..haha..lepas tuh apa lagi..kena lecture dengan family aku la..

Dekat sekolah perkataan " FLY " memang famous la..hehe..betul tak kawan-kawan..tipu la siapa yang duduk asrama tak pernah fly..hehe..syok lah..boleh pergi CC..main game..dan banyak lagi lah..:)
Kadang-kadang aku ni suka ponteng PREP..orang kata macam kelas persediaan lah..memang malas gila aku nak pergi..mengantuk lor..Jeng-jeng..jangan tak tahu aku ni memang kaki tidur waktu sekolah dulu..haha..cikgu punyalah khusyuk ajar dekat depan aku tertonggeng dekat belakang tidur nyenyak..haha..nasib baik SPM lulus..hehe..itulah kisah aku..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Cara Nak Dapatkan Blackberry Limited Edition

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Aku Berikan Hatiku Kepada Si Dia



Assalamualaikum..hari aku join segmen cik norfa..iaitu isi kekosongan hati..pergh sekali dengar macam nak melamar jugak kan..jangan silap tau..hehe..mari-mari kita hangatkan..klik sini..

Untuk mengisi kekosongan hati cik norfa..saya telah memilih bahagian kumbang..tapi bukan saya ni kumbang..hehe..gurau je..yelah lelaki kan selalu diibaratkan sebagai kumbang..itulah saya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thank Nuffnang

Empat hari lepas aku ada menghantar tiket kepada nuffnang untuk bertanyakan soalan..Alhamdulillah segala pertanyaan aku dijawab dengan ringkas dan padat..banyak info-info yang nuffnang telah bagi..Insyaallah lepas ni aku akan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan kepercayaan nuffnang..yeah..Jadi kepada sesiapa yang musykil tentang nuffnang..anda boleh tanya terus kepada..sekian..NEVER SAY NEVER..peace!!

“The Season of the Witch is Here”







First of all, I as a nuffnanger for the first time joining the contest that was conducted by nuffnang..I was very excited to join this contest..who knows maybe my luck at there..I as a blogger, i will support the nuffnang activites..Wish me luck ya!!

Okay, let's begin..

What scares you the most about witches
Err..if i heard the word " witches " ouch in my head I only assume the witches with ugly faces..not enough for that, they use the old hat and dirty clothes..but some parts, it can make me laugh for a while..for instance how can the witches ride the magic vroom..haha..only that part i can't accept..Moreover, the most scares about the witches when they make a magic potion in the haunted house..then in her magic potion they use a body part from a human body such eyes, nose and so on..grr..so scared about that because I had a nightmare about that..impact from that..I got trauma..it was my thriller experience..The end..

NEVER SAY NEVER..peace!! 

Tabiat Buruk Masyarakat Malaysia

Assalamualaikum..tabiat atau tebiat ek?hoho..kalau nak diikutkan memang banyak tabiat buruk masyarakat kita ni..cuma kita perasan atau tidak..kalau aku nak sebut satu persatu memang banyak lah..tak terkira..agak-agaknya dari mana datang tabiat ni kan..

Masyarakat kita bukannya tidak bijak..mereka memang bijak..cuma kadang-kadang terdapat segelintir yang mempunyai pemikiran yang sempit..Sebenarnya situasi yang aku mahu jelaskan di jalan raya iaitu di traffic light..Aku rasa mesti di antara korang pernah terkena jugak kan..Lampu traffic light baru je hijau..tiba-tiba kereta belakang da hon..aduh memang menguji kesabaran je kan..

Cuba lah fikir..mana tahu kereta di depan tuh warga emas ke..orang kurang upaya ke..mahu tak terkejut mereka tuh bila dengar hon dari orang yang berfikiran cetek ni..kalau kereta yang hon  tuh kereta mahal tak pe la jugak ni kereta alahai..tak sanggup aku nak tengok..Kalau nak rushing sangat tuh buat la jalan sendiri..OK!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Aku Tidak Lama Lagi

Waduh-waduh masa sekarang sudah suntuk ni..aku berterima kasih sangat-sangat kepada yang telah mengundi aku..walaupun pun tak banyak aku bersyukur ada jugak yang menghargai blog aku..besok BLOG PILIHAN MALAYSIA bakal melabuhkan tirainya..kepada yang berjaya ke peringkat kedua..all da best!!..aku join ini sekadar menimba pengalaman bagaimana bahangnya menyertai BLOG PILIHAN MALAYSIA..anda belum terlambat untuk mengundi..jangan lupa undi 59 ya..:)..mahu mengundi klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kemeriahan Asyura Semakin Suram

Hari ini merupakan HARI ASYURA..namun kita dapat lihat..hari yang mulia ini semakin layu..dan tidak lagi dihiraukan pada zaman sekarang..haruskah hari ini dilupakan..sepatutnya hari sebegini perlu disambut dengan meriah supaya generasi masa sekarang tidak melupakan betapa berertinya hari tersebut..

Untuk mengetahui lanjut mengenai HARI ASYURA..boleh klik di sini..confirm dapat info-info tambahan..:)





Source: Yahoo images

Lama dah tak makan bubur asyura..tadi nasib baik sempat jugak merasa..alhamdulillah..
NEVER SAY NEVER..peace!!

Blog Aku Menang!!


Wow..dapat award..ke menang Shout Award ni..hehe..Rugi ni kalau tak amikkan..ok lah aku di tag oleh Syazana..thank a lot ya..kalau boleh bagi lagi..:)

Alamak ada soalan..takpe2 ikhlas nak jawab ni..huhu

Make a cute thanks and wishes to the person who gave you this award
 
Thank to the Syazana because give me this award..i don't know how to pay this given..hehe..
 
Spread the award to 15 bloggers whom you think their blogs are totally awesome!  
 
Anisa hang tuah
 Daya yuya
Micky eyqa
Ikhmal
Rozuan ismail
Zee ong
Syrup masin
Aisya humaira
Cik juju
Mira shinbi
Rockstarchan
Cikbelog
Sinarraudah
Citara rinduan
 
Tell 7 interesting truths about yourself
 
  • Friendly
  • Talkative
  • Sleeping
  • Hardworking..hehe
  • Sometimes people said me funny
  • Shopping
  • Travelling 
 
Done..NEVER SAY NEVER..peace!! 

Sampai Bila Mahu Jadi Blogger?

Assalamualaikum..kali ni aku bertanya kepada kepada diri sendiri dan jugak kalian semua..sampai bila kita mahu jadi bloggerkan..sampai bila?..itulah menjadi 1001 persoalan yang belum terjawab..jawapannya mudah sahaja..selagi aku boleh menaip..selagi mempunyai keringat..selagi hayat aku dikandung badan..selagi itulah aku akan terus berblogging sampai bila-bila..Aku berasa kesal..kalau lah aku mengenali blog di waktu usia aku lebih muda..sudah pasti aku tidak ketinggalan zaman seperti anak-anak muda sekarang..Tapi walau apa pun..tak kira kita baru atau pun lama..yang penting kita hidup bagaikan keluarga..

Andai kata kita telah melangkah ke dunia blog..usahlah berpatah kembali..kerana lebih lama kita dalam dunia blog..lebih ilmu yang kita dapat..percayalah..di mana-mana sahaja kita boleh berblogging..oleh itu perjalanan kita sebagai blogger janganlah terbantut di tengah-tengah jalan..selagi ada idea-idea yang mahu dikongsi bersama..hanya luahkannya dalam blog..Jika kita lakukan benda yang baik..hanya pahala yang dihidangkan oleh-NYA..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bikin Aku Panas

Aku dah tahan bila baca satu blog ni..buat aku naik darah je..haa..jangan ingat aku marah..hehe..mungkin beliau merupakan blogger yang baru..tapi kata-katanya yang ringkas membuat kan aku tertarik untuk membaca artikelnya..blog aku telah difollow oleh beliau..terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada beliau..walaupun blog aku ni masih baru tetapi ada jugak blogger-blogger yang prihatin terhadap blog aku yang tak seberapa ini..terima kasih sekali lagi..Nak tahu selanjutnye..mari seerbu ramai-ramai..Klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Minyak Rambut Adalah Aset Lelaki

Assalamualaikum..lelaki dan perempuan, masing-masing mempunyai gaya yang tersendiri dalam menjaga keterampilan..minyak rambut adalah aset penting bagi lelaki..supaya mereka sentiasa kelihatan kemas..takkan lah kita sebagai lelaki mahu membiarkan rambut kita kelihatan keringkan..Ini jugak penting dalam menambah keyakinan diri bila muncul di khalayak ramai..sekurang-kurangnya..takde la si gadis mengumpat pasal si jejaka ni kan..

Bagi aku..kalau tidak memakai minyak rambut ni..seolah-olah diri aku serba kekurangan..Mahu tidak mahu..aku pasti memakai minyak rambut walau apa keadaan pun..Seandainya kita tidak mahu memakai minyak rambut..seelok-eloknya kita boleh memakai topi untuk menutup rambut kita yang kering itu..Kadang-kadang si gadis ni mahu si jejaka sentiasa kemas bila berjumpa dengannya..andai kita si jejaka tidak memakai minyak rambut..maka timbullah rungutan dari si gadis..Siapalah mahu dengar rungutankan..aku pun tak suka..huhu..jadi sewajarnya..si jejaka perlu memakai minyak rambut untuk kepentingan bersama..

Tak kisahlah nak memakai minyak rambut brand apa..yang penting rambut kita perlu kelihatan lembap dan kemas..Untuk aku, aku memakai GATSBY PINK..setakat ni yang ni lah aku minat..bau macam chewing gum..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!





Lihat..nampak segak je kan..




Minyak rambut pilihan aku..

Source: Yahoo images

Samsung Galaxy tab or an LG Optimus 7 Percuma!!



ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

Cerewet Pemusnah Cinta

Assalamualaikum..cinta itu adalah anugerah..betapa hebatnya cinta ini terpulang kepada pasangan tersebut..namun, malangnya ada sahaja yang menjadi penghalang cinta..sejauh manakah perangai cerewet ini mampu memusnahkan kebahagian percintaan..Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang aku dengar..memang masalah cerewet ini sentiasa menghantui pasangan yang bercinta..mana taknya..kalau seseorang terlalu cerewet..maka sudah pasti lah timbul rasa kurang selesa di dalam perhubungan..

Haruskah cerewet itu muncul di dalam hidup kita? Bagi aku, aku memang tidak cerewet dalam pelbagai keadaan pun..kadang-kadang cerewet ini menguji kesabaran seseorang..Tidak salah pun mahu cerewet tetapi bila sudah melampaui batas sudah tentu keretakan hubungan mula terasa..Ingatlah perasaan pasangan masing-masing..jikalau perangai cerewet itu sukar dihindari..setidak-tidaknya tak perlulah menunjuk sangat bila bersama dengan pasangan kita..

NEVER SAY NEVER..peace!!