Sunday, May 6, 2012

Newcastle United vs Manchester City

Keputusan malam tadi menunjukkan Manchester City menang dengan dua gol berbalas kosong..Kemenangan ini menunjukkan Manchester City menghampiri untuk menjadi juara liga..kedudukan mata MC adalah sama dengan musuh seterunya Manchester United..hanya dibezakan bilangan gol..

NEWCASTLE UNITED vs MANCHESTER CITY
                0                                      2

Fan Page Norish Karman




NK @ Norish Karman adalah seorang wanita yang sangat famous dengan lakonan SPA Q..namun beliau telah beralih angin untuk mencuba bidang nyanyian..pertama kali aku bertemunya aku berasa sangat teruja..Yelah sebelum ini aku hanya dapat melihat melalui kaca tv..beliau sangat sporting dan tidak melupakan peminat..Event akan datang, Insyaallah beliau akan ke UPM untuk turut hadir yang telah dianjurkan oleh Twitter iaitu Twtupcampus..untuk mengetahui sebarang aktiviti NK..silalah like page NK..jadi fans NK jangan lupa untuk support NK dalam bidang nyanyian..


mood: love NK..hehe

Pasangan Pilihan Keluarga

Zaman dulu..mungkin kita biasa dengar..calon isteri ataupun suami dipilih oleh keluarga..tetapi pada zaman sekarang pihak keluarga banyak memberi kelonggaran pada anak-anaknya untuk membuat pilihan sendiri..dulu bukan apa..mungkin ibu bapa takut anak-anaknya tersalah membuat pilihan..Ini kerana isu penceraian seperti cendawan yang tumbuh..hampir setiap hari kita akan mendengarnya..


Namun pada hari ini, semuanya telah berubah..kebanyakkan anak-anak muda lebih gemar untuk memilih pasangannya sendiri daripada ditentukan oleh keluarga..termasuklah aku..Bukan apa, kadang-kadang bukan mudah untuk kita kahwini orang yang belum kita cintai..terlalu sukar untuk duduk sebumbung..memang aku akui ada yang menyatakan bercinta selepas berkahwin adalah lebih romantik..namun aku tak nafikan ada yang berjaya bercinta selepas berkahwin..

Pucuk pangkalnya..kita seharusnya jangan tersalah memilih pasangan..kerana ini melibatkan sepanjang hidup kita..Tetapi ada juga yang aku dengar..kebanyakkan mereka yang telah lanjut umur lebih cenderung ke arah pemilihan yang dibuat oleh keluarga..mungkin mereka terlalu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya..dan tidak mempunyai masa dalam percintaan..


Ada juga kes anak dipaksa kahwin oleh keluarga..bagi aku..keluarga tidak perlulah terburu-buru untuk menjodohkan anak..sehingga mendesak anak mereka..Punca daripada ini akan menyebabkan anak-anak mereka lari daripada rumah mahupun hidup dalam tekanan..sekurang-kurangnya keluarga haruslah berbincang dengan cara yang baik..supaya mencapai persetujuan yang baik..semoga segala perkongsian sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita..


mood: alah emak kahwinkan aku..