Tuesday, November 27, 2012

Gambar-gambar di Konvokesyen UiTM

Pada tanggal 25/11/2012 adalah merupakan hari yang bermakna buat aku..namun ada insiden yang telah berlaku di mana aku terbangun lewat..hehe..lewat adalah sangat sinonim dengan aku..tetapi ada benda yang tidak mahu aku lewat..aku tak nak kahwin lewat..hehe..just joke..sepatutnya majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi tetapi 8.30 pagi aku baru sampai..namun aku masih sempat..giliran aku yang ke 505..

Pecut punya pecut pandu kereta..kamera AES pun aku ignore je..nak kejar konvo punya pasal kan..huhu..sampai je di sana..ada trouble lagi..aku boleh pula pakai kasut warna coklat..haish..SPOIL DER..terpaksa cari kasut hitam..tapi tak pe..aku telah pun terima skrol ijazah..mari kita lihat gambar-gambar:





Gambar kredit to Farhan dan adik aku dan adik shahrir..

Sekian sahaja memori manis aku..maybe boleh tengok gambar konvo aku master maybe..hehe..we will see..chow..

mood::)

Thursday, November 22, 2012

Konvokesyen UiTM





Tanggal 25 November 2012, aku bakal menerima skrol Ijazah Sarjana Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran..Tahniah buat aku, selama 2 tahun setengah aku belajar dan belajar macam orang lain..tapi aku bukanlah pandai mana pun..result aku pun cukup-cukup makan..nak buat macam mana tiada rezeki aku..aku tetap bersyukur..

Mungkin aku ingin lagi belajar dalam master..tapi aku masih tercari-cari apakah kos yang sesuai dengan aku..mungkin di bidang lain..dalam bidang pengurusan mungkin..doakan ye kawan-kawan..kalau nak cakap tentang tuntut ilmu ni memang tidak habis..sedang yang sudah ada PHD pun masih belajar..terlalu banyak benda yang kita perlu pelajari..tetapi janganlah ilmu yang memudaratkan diri kita..


Tidak mengapa yang penting kita belajar selagi kita mampu..apa-apa pun tahniah kepada yang sudah berkonvo dan yang akan berkonvo..

mood: adios amigos

Thursday, November 15, 2012

Perkahwinan Di Usia Muda

Dalam arus permodenan yang terus melanda negara kita, masyarakat kita tidak lagi jauh ketinggalan dengan negara-negara yang maju..tapi dalam kesibukan itu..masyarakat kita lebih gemar untuk berkahwin di usia muda..





Sumber: Google

Tidak salah untuk berkahwin di usia muda..malah digalakkan lagi untuk mempercepatkan lagi untuk mendirikan tiang masjid..tetapi kita sebagai kaum lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar setelah mendirikan rumah tangga..begitu juga aku..aku teringin berkahwin di usia muda..tetapi aku masih belum bersedia sepenuhnya..

Perkahwinan di usia muda juga dapat mengelakkan maksiat yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini..di situ sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes pembuangan bayi yang kerap berlaku akhir-akhir ini..dulu kita pernah lihat di berita lelaki pada umur 16 tahun sudah berkahwin dan isterinya berumur 14 tahun..bagi aku memang terlalu awal berkahwin di usia ini..

Seelok2 nya biarlah pada umur 20 an kita berkahwin..dan mendalami ilmu perkahwinan yang secukupnya..kita tidak mahu kes penceraian yang sering berlaku di Malaysia..jadi umur untuk berkahwin ini terpulang pada diri masing-masing..jika kita sudah bersedia..jangan tunggu lagi..ayuh kita berkahwin..hehe..

mood: peace..

Tuesday, October 30, 2012

Ainan Tasneem Mempunyai Kekasih??

kekasih ainan tasneem

Dalam diam-diam..Ainan Tasneem yang terkenal dengan single "Aku Suka Dia" sudah mempunyai kekasih..
Sungguh tak ku percaya..baru hendak memulakan langkah..tetapi sudah mempunyai kekasih hati..agak-agak anda kenal siapa jejeka tampan di atas ini??

Siapa lagi..kalau bukan Faizal Fredley nama gelaran yang cukup meletup..Untuk cerita lanjut boleh ke www.limauais.com..

mood: zzz

Friday, August 17, 2012

Ucapan Raya Khas Dari SR

video


Assalamualaikum..nampak Ramadhan hampir meninggalkan kita..Ok kesempatan yang ada aku ada sedikit ucapan untuk korang semua..Let's enjoy it..haha kalau ada kekurang..minta maaf ye..peace!!


Hari-hari makan nasi goreng pattaya,
Selamat Hari Raya..:)

mood: raya oh raya

Wednesday, August 15, 2012

Ar- Rayyan Kids




Salam. Ar-Rayyan Kids telah di rasmikan oleh Imam Muda Asyraf iaitu Juara Imam Muda siri pertama..Untuk makluman mengenai perasmian tersebut..anda boleh layari di SINI..

Ar-Rayyan Kids ini terletak di Alamat:

Ar-Rayyan Kids, No.6, Jln SS5 D/4, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Serba sedikt mengenai Ar-Rayyan KIDS..

Ar-Rayyan KIDS merupakan sebuah tadika yang bercirikan Islam Moden..Untuk mengetahui tentang Ar-Rayyans sila layari http://www.arrayyankids.com

Zaman sekarang adalah lebih bagus kita mendidik anak kita daripada kecil dengan ilmu-ilmu keislaman..

mood: selamat hari raya..