Tuesday, November 30, 2010

"Jom Sertai & Menang" by Efa Nur..


Salam to all readers and followers..hari ini aku ingin mencuba nasib aku di contest Jom Sertai & Menang By Efa Nur

Huh!! siapa tak nak kan pegi Genting Highland..hehe
Wokeh cik efa nur saya akan cuba melengkapkan slogan saya sebaik mungkin..hehe:)korang semua doakan aku ye..wish me luck..

"kalau saya JUTAWAN saya akan membawa efa nur pergi melancong ke serata dunia..hehe..gurau je la..kalau la saya ditakdirkan JUTAWAN, apa yang terdetik di kepala saya ialah pertama sekali saya akan memenuhi segala kehendak saya seperti memiliki rumah agam yang mewah serta kereta yang saya idamkan. Yelah selama ini saya hanya jadi sebagai pemerhati melihat orang2 lain mampu memiliki kemewahan, kenapa saya tidak? berfikir sejenak di situ. Secara jujur saya amat cemburu dengan kemewahan yang orang lain mampu memilikinya. So, apabila saya jadi JUTAWAN, itulah Perkara pertama yang akan saya kecapi.

Perkara kedua, sudah tentu tidak saya lupai kepada keluarga tercinta yang memberikan saya makan dan minum, membela saya sehingga saya mampu menjadi JUTAWAN. Mereka akan saya berikan kemewahan demi membalas jasa baik mereka terhadap saya.Tambahan pula, demi menunaikan kewajipan sebagai Islam bagi yang mampu, akan saya membawa mereka menunaikan haji di tanah suci.

Perkara ketiga, kalau lah saya JUTAWAN, saya berharap sangat dapat membantu setiap keluarga yang lebih memerlukan bantuan, tiada siapa yang sanggupkan melihat orang lain susah. Saya akan berasa terkilan seandainya saya gagal membantu orang yang berada di dalam kesusahan. Bak kata pepatah "Yang Berat Sama Di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing", itulah yang biasa kita dengar di dalam pepatah Melayu.
Perkara keempat, sebagai seorang JUTAWAN, saya akan berkongsi pengalaman saya bagaimana untuk menjadi JUTAWAN. Kata orang untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlulah mendampinginya. Saya akan membantu orang lain untuk berjaya seperti saya. Tagline hidup saya" NEVER SAY NEVER" Peace!!

Calon2 yang di tag:






Rajin2 la masuk ye..hehe

6 comments:

efa nur said...

waaahh..bestnye nk bwk efa melancong serata dunia...nak..nak..!!!haha :D

mekasih join ya..:)
GUD LUCK k..:)

Syafiq Rosli said...

efa..hehe..tuh la..angan2 je ni..
u r welcome..

::cikjuju::◕‿◕ said...

OMG...haha...rajinnya hang neh....oke2 thx tag aku...sat g la aku pk kan..hehe

Syafiq Rosli said...

cikjuju..haha saje2 je ni..

encek a.k.a PUAN joliey said...

wahhh!! juin jugak..
best best best..
kih kih kih.. bole la kite p genting sesame ti. heeee
tak undi ke

Syafiq Rosli said...

puan joliey..jom2 kte sm2 pg..:)