Di dunia ini..siapalah kita tanpa dia..Dia telah banyak mengorbankan jiwa raganya semata-mata untuk membesarkan kita..Alangkah bagusnya jikalau aku dapat menggantikan tempatnya..namun aku tidak berdaya..Jasamu akan ku kenang sehingga aku menghembuskan nafas terakhir..Tidak akan ku lupakan setiap pemberian mu kepada ku..Aku rasa bersalah ayah kerana telah banyak membebani diri engkau..Anak jenis apakah aku ini?? Aku berjanji kepada engkau ayah..aku akan membalas jasa baik mu..walaupun tidak banyak..sekurang-kurangnya sedikit pun jadilah..Aku tahu jasa mu tidak ternilai..
Walaupun engkau tiada hanya untuk sekita..aku merasakan seperti bertahun-tahun lama engkau tiada disamping keluarga..betapa payahnya tugas aku untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga..Aku rindu engkau ayah..Aku harapkan engkau berjaya menerima segulung ijazah..Aku doakan apa yang engkau hajati tercapai..Maafkanlah anakmu ini sekiranya anakmu ini melakukan kesilapan di kala sedar ataupun tidak..
Ayah aku tidak dapat bayangkan seandainya engkau pergi buat selamanya..Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku di waktu itu..Rupa-rupanya baru aku tahu bagaimana rasanya jika kita ketiadaan ayah..betapa sedihnya hati ini..Aku tidak mahu kehilangan engkau ayah..Engkau bagaikan sahabat kepada aku..Gelak tawamu membuatkan ku tersenyum..Oh ayah..ingatlah anakmu ini sentiasa sayang kepada engkau..Tiada orang yang sehebat engkau ayah..Engkau bagaikan idol kepada aku..kerajinan engkau membuatkan aku kagum..Suatu hari nanti..akan ku jadi sepertimu ayah..sekian..
NEVER SAY NEVER..peace!!
10 comments:
aku dari kecil macam tu. hee
sedih bila baca entri in,iterima kasih syafiq..teringat ayah saya dekat kampung.. semoga ayah awak sentiasa sihat dan kuat..dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Sayangilah ayah kita semua sebelum mereka dijemput tuhan untuk menghadap-Nya.. sayang ayah!!
saya pown sayang ayah saya....
sepi tanpa mimpi..hoho nk wat cm ne kn..da kje ayah ko blayar..
rozuan..yeah perlu sentiasa ingt ayah kita kan
dilla..yeah me too..:)
saya pon sayang ayah sy walau ayah jarang ade kat rumah sebb kerja jauh. ^_^
rindu ayah sayaaaaaaaaaaaa :(
salam...jemput join contest d blog saya... =)
http://jannatul-ardilla.blogspot.com/2010/11/game-for-fun-favorite-photo-contest.html
Salam.. Terima kasih Syafiq sudi jadi follower blog Kak Nur. Hargailah insan2 yang kita sayang selagi ada hayat mereka.
ayah adalah segalanya
zara..yeah jgn kita lupa jasa mereka
cikbelong..me too..huhu
nurardilla..okeh insyaallah
kak nur..yerp hal kcik je..btol tuh
edy..that's rght bro
Post a Comment