Wednesday, May 16, 2012

Isu Penderaan Kanak-Kanak

Ternyata kanak-kanak seorang insan yang mulia ibarat kain putih yang hanya perlu dicorakkan oleh ibu bapanya..namun,  tidak lagi pada hari ni..terlalu banyak kes penderaan kanak-kanak yang selalu menjadi mangsa keadaan oleh ibu bapa mereka sendiri..Apalah salah mereka yang sampai sanggup diseksa begitu..kadang-kala aku fikirkan..kalau asyik mahu mendera anak..baik tak perlu mengandung kalau macam itu..sedangkan orang yang tidak subur berlumba-lumba mahukan anak..tapi bagi mereka yang berfikiran cetek..mereka dengan sesuka hatinya mencederakan anak mereka..


Anak adalah anugerah yang paling mulia..zuriat kita..merupakan penyambung generasi kita..INGATLAH!!
Walaupun aku belum berkahwin tetapi aku dapat merasakan bila hadirnya seorang anak di dalam hidup kita..dia bagaikan penyeri kepada kehidupan kita..malah ia benih kita sendiri..sepatutnya anak perlu di jaga dengan baik..didik dengan baik..supaya dapat menjadi insan yang cemerlang..Antara masalah-masalah yang menjadi punca timbulnya kes penderaan kanak-kanak mengikut fahaman aku:

  • Masalah Kewangan
  • Stress di tempat kerja
  • Perbalahan di antara suami dan isteri
  • Kurang didikan agama
  • Sikap panas baran
Mungkin banyak lagi puncanya..kalau kita berhadapan dengan situasi ini..atau kita ternampak benda ini terjadi di hadapan kita..jangan berlengah untuk dail TALIAN NUR di 03-83231000 atau layari laman web http://www.kpwkm.gov.my

CEGAHLAH SEBELUM TERLAMBAT

1 comment:

Cik Yatt said...

ish tak smpi hati kot nk dera2 ni..walaupon degil..cubit skit2 je..hehe