Thursday, December 15, 2011

Review Filem The Muppets


Hello..alahai 3 hari sepi tanpa berita ni..maklumlah kehangatan peperiksaan akhir semakin hampir..tapi aku tetap jugak perlukan hiburan..hehe jangan hiburan melampau ye..Beberapa hari lepas aku pergi tengok The Muppets bersama si ieyra ni..dia ni memang terkenal dengan review filem..hehe(ayat bodek)..aku tengok di Tropicana City Mall, Damansara..Ini merupakan event yang dianjurkan oleh Majalah Remaja yang terkenal dikalangan gadis-gadis..harap-harap muka aku ada dalam remaja..haha..perasan..Ok teruskan kepada jalan penceritaan..

Watak utama di dalam cerita ini ialah Walter(Muppets), Gary and Mary..kalau nak diikutkan Walter dengan Gary telah bersahabat semenjak Gary masih kecil lagi..sehinggalah Gary besar panjang..tiap-tiap hari rutin harian mereka adalah menonton rancangan The Muppets. Pada suatu hari Gary bercadang untuk ke L.A untuk meraikan ulangtahun percintaan yang ke 10 di sana, namun Gary telah membuat kejutan untuk mengajak Walter ke sana demi memenuhi impian untuk ke Teater Muppets.

Setelah sampai di L.A, malangnya Teater Muppets telah dijual kepada hartawan minyak iaitu Tex Richman..pada asal perjanjian Teater Muppets ini adalah untuk dijadikan Muzium Muppets. Bagaimanapun keluarga Muppets dengan bantuan Walter untuk mengesahkan peristiwa sebenar menempuhi pelbagai halangan..saksikan..

Berdasarkan pemerhatian aku..cerita ni membuatkan aku tergelak dengan gelagat mereka yang lawak..tidak rugi untuk menontonnya..aku bagi rating 4/5..Gambar yang dapat ditangkap..hehe

mood: adios


5 comments:

Syafiq Ahadin said...

aritu kawan p tengok tapi dia tak faham cite ni sebab dia benci katun ni time kecik. hehe! dia bagi 0.1 out of 5. hahak3!!!! nanti lah download. huuu~~ :)

TwiggyLiyana said...

howwhh..nak tengok jugak.. nak kena carik baby sitter lah nih

Eja Razif said...

Macam best, but esok kawan I ajak tengok Songlap..macam mana nih...

chEntA said...

okeyh..memang minat movie2 macam ni..tp,lately ni bnyk pulak movie best2..kena buat pilihan bijak nak tgk yg mana satu..anyway,thanks 4 da review..=)

neyra shazeyra said...

bahahahaa bodek kemain