Thursday, December 1, 2011

Fake Profile

Aku tak paham kenapa dengan sesetengah manusia sekarang ni sukar sangat nak pakai gambar sendiri di laman sosial mereka..kadang kala aku fikir balik..mereka ni semua sempurna tiada cacat celah..tak cukup lagi ke..biasa akan terjadi kepada mereka yang mempunyai paras rupa yang sedap mata memandang..kita tak perlu rasa malu dengan wajah yang kita ada..sepatutnya kita bersyukur apa yang kita ada..

Kalau guna wajah lain pun semata-mata nak mencuri perhatian..baik lupakan je niat tuh..tak perlu nak tumpang glamour..lebih baik kita jadi diri sendiri..rendah diri adalah lebih baik..aku kesian kepada mereka yang menjadi mangsa keadaan..gambar mereka dijaja ke sana sini..aku harap kepada mereka yang tidak bertanggungjawab di luar sana silalah sedar..

Tiada faedah pun aku rasa guna gambar orang lain ni..mendatang keburukkan adalah..silap-silap dapat makian daripada tuan empunya badan atau mereka yang mengenalinya..memang dah terlalu banyak sangat di alam maya ni..sampai tak tahan dah aku tengok..asal gambar comel sikit..sudah tentu ramai je faker..haish..mengeluh aku di buatnya..sabar jelah dengan gelagat manusia..

Cuba bayangkan gambar anda (mereka yang suka guna gambar orang lain) sendiri yang kena..jadi fikir-fikirkan lah..hanya berkongsi..

mood: ombak rindu

11 comments:

Aflina Affandi said...

Fakers ni biasanye nak perhatian dari public,kurang kasih sayang. At least guna prof pic cute/cantik ada lah org bg perhatian kat dia mungkin, biasalah plastik adalah sampah yang paling banyak kat dunia :)

p/s : Org ckp ombak rindu best

Fatin Mraz said...

yup. pernah jumpa fesbuk yang letak gambar artis..

pelik kan?

azie Cheesy said...

slalu je nmpk kes cmni...ramai je yg wt... #moodombakrindujugak :)

Opieneon said...

itu yg pyhnya, fakers muncul pun sbb empunya gambar jugak, lgpun apsal la girls skrang suka letak gmbr dia merata-rata, simpan la utk suami nnt..ni pendapat aku la

nazirah said...

betul betul betul
ramai sgt faker skrg kan SR huhu ;)

cikpia said...

diaorang pemalu kot.

*berfikiran positif*

laskar pelangi said...

depa segan kot nak letak gambr sendirik. terus nak jadi fake orang femes =D

whitecappuccino said...

jadilah diri sendiri..tak perlu berselindung di sebalik org lain.

ahsfantasy24 said...

A'ah,
sekarang trend ltak amba artis
ngan pemain bola sepak, hoho~

1. Bukan Ombak Rindu Tapi Tsunami Rindu Dah
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

cik Lia Lomi said...

dunia2...macam-macam ada..

sab said...

like this entri! puuii reramai manusia yg fakers ni!