Thursday, May 10, 2012

Loji Petronas Kerteh Meletup

KEMAMAN: Dua pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman petang Khamis.
Identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang.
 Bagaimanapun kita tidak tahu berapa kematian sebenar..ada yang mengatakan dua, ada yang tiga..jadi kita tunggulah sehingga siasatan yang terperinci dijalankan..berbagai-bagai jawapan yang dapat kita tengok..apa-apa pun kita harapkan perkara sebegini tidak berlaku lagi..perlu berpegang kepada "SAFETY FIRST".

1 comment:

Hidayah said...

share info nih yek.
tapi by email la..
:)
senang forward kat member2..