Tuesday, May 22, 2012

Isu Tentang PTPTN

Kehangatan isu PTPTN masih terngiang-ngiang di kepala aku..pelbagai pendapat yang dapat kita lihat..bagi aku, aku tidak sokong mana-mana pihak..yang penting bila sudah pinjam..silalah bayar balik..itu sahaja..senang..Banyak mempertikaikan isu "Bunga" yang dikenakan oleh PTPTN ke atas peminjamnya..sebenarnya kalau tidak dikenakan "Bunga" sudah tentu pekerja-pekerja di PTPTN tidak makanlah jawabnya..daripada "Bunga" lah mereka menjana pendapatan..sebenarnya lebih kurang sahaja macam kita beli kereta..lagi-lagi kalau berhutang..sudah tentu harganya menjadi lebih tinggi daripada harga asal..

Tidak perlu untuk mansuhkan PTPTN.."ENGKAU INGAT KAU KAYA" maaf mungkin bahasa ada terlalu kasar..tetapi inilah kenyataan..PTPTN telah banyak membantu pelajar untuk teruskan pelajaran di menara gading..macam aku..aku gunakan PTPTN untuk dapatkan Diploma dan Degree..tidak kisahlah orang hendak kata apa..yang penting..aku dapat kerja..aku bayar balik..kadang-kadang ada sesetengah daripada kita, bila dapat duit PTPTN habis semua dijolinya..beli itu ini lah..banyak benda yang tidak berfaedah daripada benda yang berfaedah..

Aku paling pantang dengar..orang yang memiliki kerjaya yang lebih tinggi tetapi sehabuk duit PTPTN pun dia tidak bayar..itu boleh dikategorikan sebagai lupa diri..memang tidak patut perkara sebegini berlaku..kalau sudah bekerja..bayarlah sedikit-sedikit..paling tidak pun RM50 sebulan..kalau gaji RM3ribu ke RM4ribu..mana mungkin tidak mampu bayar balik pinjaman..apa-apa pun ingatlah kepada mereka yang baru mahu menyambung pengajian mereka di institusi, politeknik dan sebagainya..

INGATLAH, SEBELUM MATI KITA PERLU LANGSAIKAN SEMUA HUTANG, KALAU TIDAK, TIDAK AMANLAH KITA DI SANA..

6 comments:

mieza said...

yes.. dah pnjam kne laa pulang balek..
jgn lupa plak.
PTPTN memg byk membantu pelajar smbung pelajarn.
sme2 laa beringat..

Cik Sara said...

Betul2x...
kalau ptptn dihapuskan, tak dapat bayangkan nasib adik-adik, anak-anak generasi akan datang yang nak sambung pengajian..
Bukan semua datang dari keluarga yang kaya raya dan berkemampuan~

mOoN said...

sokong entry ni 100%.. sedih bila ada yang dah habis blaja dengan bantuan ptptn sibuk menyokong sokong mansuhkan ptptn... berani tak koyak dip or degree yg diorang dapat dengan bantuan ptptn tu?

dyra said...

saya sangat setuju

nuha ahmad said...

yes membayar hutang tu yg sepatutnya.
like :)

Cik Zeeta said...

alhamdulillah da m'bayar hutang :)