Friday, January 20, 2012

Pro Tonton Sumpahan Kum Kum





























Akhirnya cuti telah bermula..sebelum aku pulang ke Melaka..aku telah pergi ke Pra Tonton Sumpahan Kum Kum..di MBO Subang Parade..sekali lagi filem ini di bawah MIG arahan daripada Ismail (Bob) Hashim..filem sebelum ini iaitu Ngangkung telah memberi pulangan yang sangat hebat..bagaimanakah dengan Filem Sumpahan Kum Kum??

Review Sumpahan Kum Kum
Pertama sekali aku hanya boleh cakap..filem ni memang seram..bukan promot atau apa..tapi memang serius seram..meremang bulu roma kalau tengok..tak percaya..cuba tengok sikit..haha..mesti menjerit punya..Jalan cerita filem ini memang tidak bosan..okeh aku cerita sikit..filem ni ada kaitan dengan amalan susuk dan ilmu hitam..sumpahan berlaku disebabkan si pemakai susuk telah melanggar pantang larang melihat cermin yang dilarang selama 44 hari..namun pengamal ilmu hitam telah mengarahkan si pemakai susuk untuk memulihkan keadaan dia harus menghisap darah 9 anak dara sunti..apa kesudahannya?? tontonlah sendiri..hehe..salut abang bob lah..

Rating
5/5 bintang

Pelakon-pelakon Sumpahan Kum Kum
Fezrul Khan
Shima Anuar
Wawa Zainal

Gambar-gambar di Pra Tonton Sumpahan Kum Kum









Syafiq Rosli


















Ehem-ehem comelkan pelakon ni..ni lah yang jadi hantu dalam Sumpahan Kum Kum (SHIMA ANUAR)..tunggu gambar dari Ujang..ada juga bergambar dengan Wawa Zainal..nasib Ujang dah kahwin..aku single lagi..hehe..adios..

Tuesday, January 17, 2012

Pra Tonton Keramat

David Teo


























Salam sejahtera kepada semua..agak lama aku meninggalkan blog buat sementara waktu..nampaknya aku dah boleh update seperti biasa..selepas berperang dengan peperiksaan akhir..aku telah mendapat tiket percuma daripada sahabat aku iaitu UJANG..terima kasih ujang..ade tiket percuma ajaklah lagi..hehe..Filem Keramat ini adalah di bawah MIG..dan sebuah arahan Azhari Mohd Zain..


Review Filem Keramat
Filem ini berkisarkan tentang kisah lampau yang berlaku di antara Habib dan Mustika..dan Habib telah membuat sumpahan ke atas orang yang menganiayainya..Jalan cerita Filem Keramat agak perlahan pada awalnya..tetapi jangan risau pasti terkejut bila menontonnya..


Tema untuk filem ini..APABILA KERAMAT DI BUKA, NYAWA GALANG GANTINYA..bila baca ayat tuh macam seram je bunyi..cerita ni akan membuatkan anda tertanya-tanya..pelbagai konflik yang berlaku..aku bagi 3.5 bintang..di akhir cerita ini tiada seorang pun hidup..


Pelakon-pelakon Filem Keramat

  • Zul Handyblack : Nazmir / Habib (Pelakon Utama)
  • Rabecca Nur : Syazura / Atie (Pelakon Utama)
  • Mon Ryanti : Munirah (Pelakon Utama)
  • Adey Syafrien : Bukhari (Pelakon Pembantu)
  • Putri Mardiana : Dr. Najwa (Pelakon Pembantu)
  • Diana Amir : Mustika (Pelakon Pembantu)

Blogger-blogger yang hadir

Aku copy paste dari Ujang je ni..hehe..
Sumber: Ujang

Mood: Ada Zack Zukhairi tuh..

Sunday, January 8, 2012

Perempuan Menyukai Lelaki Yang Bermain Gitar?









Lama tak berbicara mengenai kehidupan seharian..maklumlah sekarang ni aku tengah sibuk dengan exam..aku baru je selesai dua paper..hmm..entahlah aku hanya berharap semuanya lulus..aku ada empat lagi paper..doakan aku yang terbaik ye..ok lupakan pasal exam..apa yang aku mahu kongsikan..ternyata ramai perempuan diluar sana lebih gemar lelaki yang bermain gitar..adakah ini betul??

Aku ada rasa keliru sedikit mengenainya..bagaimana lelaki yang tidak pandai bermain gitar..daripada survey yang aku buat..mereka mengatakan lelaki yang bermain gitar adalah lebih romantik..ini kerana mereka lebih gemar membuat lagu dan tujukan kepada pasangannya..biasalah ada sesetengah perempuan begitu tersentuh bila temannya menyampaikan sebuah lagu dan tambahan lagi lagu tersebut berkaitan dengan hubungan mereka..

Tapi aku rasa itu kelebihan masing-masing..tak perlu nak ikut cara orang..dulu aku pernah juga berjinak untuk belajar main gitar..hampeh..berapa kali petik je..tali gitar putus..terus aku batalkan niat..hehe..so, aku hanya tahu menyanyi..itu pun hanya suka-suka..confirm bernanah telinga kalau dengar..haha..apa aku melalut ni..berbalik pada topik ini..memang aku tak nafikan..lebih separuh daripada survey yang aku buat..perempuan memang suka lelaki yang pandai bermain gitar..tak apa..lelaki yang tidak pandai bermain gitar mungkin mempunyai cara berbeza untuk menawan hati pasangannya..

Apa-apa pun bercinta menggunakan hati dan akal..chow..