Friday, January 21, 2011

Bloglist Sandiwara Seorang Insan @ Syafiq Rosli


Asal malam je aku nak taip entri..tak tahu kenapa..haha..mungkin feeling lebih kot..tapi malam ni bukan lah entri jiwang pun..aku cuma nak buat bloglist seperti mana blogger-blogger lain dah buat..ye tak?? sudah tentu aku tak ketinggalan..huhu..wokeh senang je..buat satu entri seperti di bawah:

Tajuk: Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli

Jantina: Lelaki @ Perempuan

Itu sahaja yang aku perlukan..jangan malu-malu..ajak kawan-kawan ye..:)sebab aku perlukan jantina..supaya memudahkan aku mengenali yang mana lelaki dan juga perempuan..:)bila dah siap entri..tinggalkan link di komen ini..sekian

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, January 20, 2011

Penggunaan Shawl Makin Berleluasa


Assalamualaikum..zaman sekarang ni apa yang kita pakai tak kiralah apa jenis fesyen pun..walaupun ia menutup aurat atau pun tidak..pasti menjadi bualan mulut orang..ye kan?? penggunaan shawl di kalangan wanita semakin meluas..pelbagai gaya tudung diperagakan..mata aku tidak terlepas pandang apabila tersempak gadis-gadis yang menggayakan shawl..

Fuh!! kalau yang pandai menggayakannya..alamatnya cairlah aku tengok..huhu..aku sekadar memerhati ok..tiada niat untuk tackle pun..yelah aku ni siapalah bagi diri mereka..haha..ayat tak boleh blah kan..memang banyak dah..orang yang memakai shawl ni..mana-mana pun aku pergi..pasti berjumpa dengan dengan cik shawl ni..yang berwarna warni pun ada..yang member (Shahrir) aku sorang ni lain cerita pulaknya..bila nampak perempuan yang pakai shawl..dan-dan je cakap dekat aku..

Maka terjadilah perbualan di antara kami..

Shahrir: Eh, awek blog lah..tengok fesyen tudung dia..

Aku: Mana-mana?? haha kau ni semua perempuan yang pakai tudung berfesyen je..semua kau cop awek blog ye..

Shahrir: Yelah..mana taknya semua awek-awek yang ada blog confirm gaya tudung dia macam tuh..

Aku: Adeh..yeke..hehe (aku tersenyum lebar)

Tak kira apa jua fesyen pun..asalkan kita menutup aurat kan..thumbs up!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bila Lelaki Mula Berbicara Tentang Perasaan

Waktu malam yang tenang di temani bunyi cengkerik..lantas aku mencapai laptop dan jari jemari aku terus bergerak menghasilkan entri..tiada info penting untuk dikongsikan..hanya sekadar bingkisan kata..aku tidaklah pakar membicarakan mengenai perasaan..tetapi ianya lahir daripada pengalaman yang aku timba selama aku hidup..serta pendapat daripada golongan-golongan yang jauh berpengalaman dari aku..

Perasaan??

Adakah ia sekadar perkataan atau pun mempunyai maksud yang tersirat..perkara sebegini hanya terjawab apabila kita sendiri yang dapat menjawabnya..bila bercinta sudah tentu perasaan seseorang pasti disentuh oleh si dia..siang tadi..kenalan aku di facebook menanyakan..bagaimana harus kita pilih pasangan kita??

Lantas aku menjawab..pada mulanya aku berkata..hanya menggunakan hati..kemudian kenalan aku masih meraguinya..boleh ke kita memilih pasangan menggunakan hati..maka dia menjawab " ikutkan hati, kita mati "..bila aku fikirkan balik..mungkin betul cakapnya..jadi aku mengambil keputusan..menggunakan hati dan akal..dengan adanya akal..kita dapat berfikir..yang baik mahupun yang buruk..

Kenalan aku masih tidak berpuas hati..dia menjawab..kalau dah bercinta..semuanya buta..hanya melihat yang indah sahaja..bagi aku perkara ini diri sendirilah yang dapat membantu kita..daripada leka dibuai bahana cinta buta..aku sebagai temannya..aku hanya boleh menasihati memberikan pendapat..aku tidak boleh mengubahnya tanpa bantuan daripada dirinya sendiri..

Perasaan seseorang manusia mudah dinodai..berhati-hatilah bila didekati oleh seseorang yang baru di dalam hidup kita..memandang malam semakin kelam..mata aku semakin pejam..akan aku bawa diri ke katil..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!