Sunday, March 17, 2013

Laman Web Mencari Kerja


Sumber: Google

Assalamualaikum, apa yang kita tahu..terlalu ramai graduan-graduan di Malaysia, di sini aku ingin berkongsi kepada korang semua..laman web yang kerap aku masuk untuk cari kerja..antaranya:

Inilah laman-laman yang selalu aku cuba..selamat mencuba..sebelum apply baca bismillah dulu..semoga berjaya..

mood: monday blur

Tuesday, March 12, 2013

Bela Kucing Sebagai Satu Trend?





Sumber: Google

Kucing merupakan haiwan yang jinak..tapi kadang-kadang ia boleh menjadi garang jika kita tidak pandai layannya..aku ni tak adalah pandai sangat bab-bab kucing..yang paling aku suka kucing yang ada bulu tebal..best woo belai-belai..lembut..haha..zaman sekarang ni memang terlalu ramai yang membela kucing..aku salut mereka yang sanggup habis beribu-ribu untuk memastikan kucingnya sentiasa dalam keadaan sihat dan menikmati kemudahan yang baik..


Adakah ianya menjadi satu trend?? atau pun minat yang mendalam terhadap haiwan ini?? memang ramai yang bela kucing sekarang ni..tapi bagi aku..ianya satu amalan yang mulia..kerana kucing pun merupakan makhluk tuhan..jadi seeloknya kita menjaganya sebaik yang mungkin..tak kisahlah trend ataupun minatkan..yang penting jangan seksa sudahlah..

Kucing sekarang dengan kucing dahulu memang berbeza..cuba kita lihat dari aspek:

Makanan: Kucing dulu makan ikan sahaja..
                  Kucing sekarang makan friskies

Tempat tidur: Kucing dulu atas lantai
                        Kucing sekarang atas katil

dan banyak lagilah..memang beruntung kucing sekarang..


Pembelaan kucing ini juga merupakan salah satu alternatif untuk mengurangkan jumlah haiwan yang terbiar..yelah kadang-kadang kesian kita tengok kucing kena langgar..dan terkena penyakit kurap..jadi, teruskan dengan amalan yang mulia ini..yang penting jangan biarkan kucing ini bersendirian di luar..takut kebas dek orang buat kucing goreng..(terutama myanmar dan vietnam)..peace

mood: mata mengantuk sebab terlebih tidur

Monday, March 11, 2013

Lawak Jenaka dan Lawak Bodoh

Dalam kehidupan seharian manusia..tidak sah kalau tak gelak..aku boleh potong jari kalau ada manusia tak gelak..haha..tapi aku tak pastilah kalau ada orang betul-betul tak gelik..memang pelik orangnya..


Sumber: Google

Apa yang kita tahu..ada sesetengah orang sukakan lawak..sebagai penghibur untuk memberikan kehidupan yang lebih "happening" katanya..namun ada segelintir yang suka melawak bodoh..di sini bukanlah bermaksud orang yang membuat lawak tu bodoh..tetapi lawak yang mungkin menyentuh isu-isu kekeluargaan dan mungkin membuatkan sesorang itu terasa atau pun terguris..

Lawak jenaka atau lawak bodoh jauh sekali..kerana mungkin kita boleh menerimanya..tapi perasaan manusia kita perlu jaga..boleh melawak..tapi biarlah berpada-pada dan bersesuaian..sebagai contoh ayat di atas..memang lawak.."10 facts about You"..lawak ini kadang-kadang boleh menjatuhkan air muka orang..lawak yang macam tu memang tak elok..biarlah lawak yang bagi semangat dan bertujuan sebagai contoh

Lawak yang perli..dalam situasi:

A: Ali kau mcm Brad Pitt la..

B: Banyak la kau man..biasa je aku...

A: Betul, aku tak tipu cuba ngorat Neelofa..hehe

B: Haish mana boleh, Neelofa tak pandang aku

Di mana ni Man ni memerli Ali suruh ngorat Neelofa, sedangkan Ali ni malas bergaya walaupun sudah dipaksa oleh Man..lebih kuranglah..haha..aku pun tak tahu sangat nak jelaskan macam mana..Lebih baik kita lawak jenaka..untung badan boleh jadi macam Jozan..pak cik kayo..haha..tak adalah lawak untuk suka-suka je..

Jangan malu-malu untuk berlawak..supaya hidup kita ni tak terlalu sunyi..penghibur di kala duka..cewah..lain macam pulak ayat aku..mana tahu aku update pasal cinta kan..lalala..chow

mood: sejuk weh

Sunday, March 10, 2013

Isu Lahad Datu




Sumber: Google

Selamat pagi warga Malaysia..dalam sedang negara kita mencapai ke arah negara maju..tiba-tiba berlakunya satu isu yang amat memeranjatkan iaitu Isu Lahad Datu..sebagai seorang warganegara, aku tabik kepada pejuang-pejuang negara kita yang sanggup bermati-matian bertempur dengan musuh kita..aku tengok di dalam blog-blog lain..orang kita saling makian..aku pelik, kita satu negara bro..apa mahu gaduh-gaduh..kita hanya pandai maki sahaja..kalau aku diberi peluang aku pun mahu menjadi pejuang dan mempertahankan negara kita..

Apa-apa pun kita doakan supaya isu ini selesai dengan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih teruk..yang penting kita sebagai rakyat Malaysia bersatu hati dan menyokong pejuang kita..hampir tiap-tiap hari aku tengok isu Lahad Datu ni..sentiasa mendebarkan..dan kepada media, aku harap tiada penyebaran khabar angin sebab orang kita ni senang sangat percaya apa yang dia lihat terlebih dahulu..jadi, sampaikan berita yang benar..

Jika perkara ini berlarutan sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada negara kita..yang kita tahu Sabah merupakah sebuah negeri yang sangat membantu ekonomi negara..BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...

mood: pray for Sabah

Uitm Puncak Alam



Sumber: Google

Assalamualaikum dan selamat petang..begitu lama aku tak update blog..apa nak jadi..haha..gurau-gurau saje..tapi tak apa aku cuba..entry ini aku update berdasarkan permintaan yang telah di buat sekian lama..minta maaf di atas kelewatan di sebabkan hal-hal tertentu..UiTM Puncak Alam merupakan satu universti cawangan yang terletak di daerah Kuala Selangor..

Masa aku belaja dulu..UiTM ini masih dia pembinaan Fasa 1..masih banyak kawasan lapang..ok terus, tu tak perlu cerita banyak..di sini mempunyai beberapa fakulti seperti Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Perhotelan, Fakulti Business Study..

Dulu aku di bawah Fakulti Sains Kesihatan iaitu di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Keselematan..Bagi aku suasana belajar di sini memang menarik..walaupun jauh ke dalam hutan..tapi jangan takut segala kemudahan sudah ada seperti Mcd Donald, Petronas, dan banyak lagi..perjalanan ke sini daripada kuala lumpur mengambil masa dalam 45 minit..

Di dalam UiTM ini terdapat kemudahan asrama lelaki dan perempuan iaitu lelaki (Angsana) dan perempuan (Raflessia)..yang paling menarik..mempunyai 120 anak tangga di mana kita boleh exercise di situ..di sana lebih mengamalkan green universiti..apa-apa pun..Wish U Luck!!

mood: chill