Tuesday, May 22, 2012

Isu Tentang PTPTN

Kehangatan isu PTPTN masih terngiang-ngiang di kepala aku..pelbagai pendapat yang dapat kita lihat..bagi aku, aku tidak sokong mana-mana pihak..yang penting bila sudah pinjam..silalah bayar balik..itu sahaja..senang..Banyak mempertikaikan isu "Bunga" yang dikenakan oleh PTPTN ke atas peminjamnya..sebenarnya kalau tidak dikenakan "Bunga" sudah tentu pekerja-pekerja di PTPTN tidak makanlah jawabnya..daripada "Bunga" lah mereka menjana pendapatan..sebenarnya lebih kurang sahaja macam kita beli kereta..lagi-lagi kalau berhutang..sudah tentu harganya menjadi lebih tinggi daripada harga asal..

Tidak perlu untuk mansuhkan PTPTN.."ENGKAU INGAT KAU KAYA" maaf mungkin bahasa ada terlalu kasar..tetapi inilah kenyataan..PTPTN telah banyak membantu pelajar untuk teruskan pelajaran di menara gading..macam aku..aku gunakan PTPTN untuk dapatkan Diploma dan Degree..tidak kisahlah orang hendak kata apa..yang penting..aku dapat kerja..aku bayar balik..kadang-kadang ada sesetengah daripada kita, bila dapat duit PTPTN habis semua dijolinya..beli itu ini lah..banyak benda yang tidak berfaedah daripada benda yang berfaedah..

Aku paling pantang dengar..orang yang memiliki kerjaya yang lebih tinggi tetapi sehabuk duit PTPTN pun dia tidak bayar..itu boleh dikategorikan sebagai lupa diri..memang tidak patut perkara sebegini berlaku..kalau sudah bekerja..bayarlah sedikit-sedikit..paling tidak pun RM50 sebulan..kalau gaji RM3ribu ke RM4ribu..mana mungkin tidak mampu bayar balik pinjaman..apa-apa pun ingatlah kepada mereka yang baru mahu menyambung pengajian mereka di institusi, politeknik dan sebagainya..

INGATLAH, SEBELUM MATI KITA PERLU LANGSAIKAN SEMUA HUTANG, KALAU TIDAK, TIDAK AMANLAH KITA DI SANA..

Kecederaan Datuk Lee Chong Wei Membuatkan Rakyat Malaysia Tidak Senang Duduk



Datuk Lee Chong Wei terpaksa untuk melupakan hasratnya untuk bermain di Piala Thomas, Wuhan, China setelah mengalami kecederaan pada kakinya..Kecederaan ini berlaku ketika menentang Peter Gade wakil dari Denmark..Datuk Lee Chong Wei telah menarik diri akibat kecederaan tersebut..moga-moga Datuk Lee Chong Wei dapat kembali pulih dengan secepatnya kerana rakyat Malaysia bergantung harapan padanya..tidak mengapa Datuk..fokuskan pada Kejohanan Olimpik di London..Kita masih mempunyai jaguh-jaguh yang berbakat untuk meneruskan Piala Thomas..

mood: Go Malaysia Go

Keputusan Semasa Suku Akhir Piala Thomas 2012 (Denmark vs Malaysia)

Keputusan berakhir dengan Denmark (3) vs Malaysia (2)..Wakil dari Malaysia yang memenangi perlawanan tersebut adalah Daren Liew dan Hafiz Hashim..Dukacita dimaklumkan bahawa Dato' Lee Chong Wei telah mengalami kecederaan semasa di awal set pertama..ketika menentang Peter Gade..Mudah-mudahan Dato' Lee Chong Wei dapat sembuh dengan cepat..

DENMARK vs MALAYSIA
(3)                   (2)