Sunday, July 29, 2012

Perempuan Bibir Tebal atau Perempuan Bibir Nipis

Dalam memilih pasangan..sesetengah lelaki sangat cerewet untuk memilih pasangan hidupnya..kadang kala ada kalangan daripada kita lebih mengutamakan rupa dariapa peribahasa dan juga agama..sekadar untuk berkongsi..pada hari ini apa yang aku nampak..ada segilintir kaum wanita suka memiliki bibir yang tebal..Mereka berkata bibir tebal ini akan menampakkan mereka kelihatan lebih seksi..


Bila aku tengok balik ada benarnya..lagi-lagi wanita yang memiliki bibir tebal dan berwarna pink..memang terpukau bila melihatnya..tapi orang cakap..jangan pandang pada paras rupa..lain pula wanita yang memiliki bibir yang nipis..aku jarang nampak wanita yang ada bibir nipis..yela itu semua ciptaan dari NYA..


Sebagai manusia..kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada..tak kira lah bibir tebal atau nipis..tapi orang kata yang tebal adalah "good kisser"..tapi tak pasti lah sejauh mana kebenaran itu..sebab aku belum lagi berkahwin..untuk tahu jawapannya sila tanya pada yang sudah berkahwin..kalau lihat gambar di bawah ni..nampak menggodakan perempuan bibir tebal..



Source: google


mood: perempuan bibir tebal..

Saturday, July 28, 2012

Jadilah Isteri Yang Terbaik Buat Suami

Kalau kita lihat pada cerita PEREMPUAN NERAKA..mungkin aku sebagai lelaki tertanya..layakkah seorang lelaki diperlaku begitu oleh seorang isteri?? Aku rasa semua orang tahu jawapan ini..jikalau seorang perempuan derhaka kepada suaminya, nescaya nerakalah jawapannya..tetapi perempuan juga perlu tahu..permintaan suami ada batasannya..asalkan permintaan berlandaskan islam..


Tugas sebagai isteri bukannya mudah..terlalu besar bagi aku..eh, macam aku pulak yang perempuan kan..hehe..bukan, aku melihat sendiri bagaimana tanggungjawab yang dipikul oleh emak aku sendiri..dari situlah aku belajar..Jadi sebelum berkahwin..fikirlah secukup-cukupnya..sama ada kamu (wanita) sudah betul-betul bersedia untuk menjadi seorang isteri..




Sumber: Google


Kebiasaannya pada zaman sekarang..kita dapat lihat..hanya di awal perkahwinan sahaja..kita dapat melihat kebahagian sesuatu pasangan..kenapa ianya tidak berpanjangan?? jawapan itu hanyalah ada pada pasangan tersebut..apa yang perlu diingatkan..syurga di bawah tapak kaki suami..jadilah perempuan yang baik..amin..mudah-mudah..


mood: sekadar mencuba

Friday, July 27, 2012

Nuffnang Premiere Screening: Step Up Revolution



Source: Google


Step Up Revolution adalah cerita yang aku nanti-nantikan..walaupun aku tak berapa pandai dance..tapi boleh lah aku gerak-gerakkan badan aku..haha..cerita ini akan di tayangkan pada 2 August di Malaysia..jadi sebelum ini Nuffnang telah memilih Step Up Revolution sebagai Premiere Screening..akhirnya aku telah terpilih sebagai salah seorang untuk menontonnya..Terima Kasih NUFFNANG..hehe..dah lama rasanya aku tak menyertai event NUFFNANG ni..


Event ini akan diadakan di Cathay Cineplex, Curve..pada 1 August 2012..tak sabar rasanya untuk aku melihat aksi-aksi tarian yang sangat superb..kalau dilihatkan trailernya..memang aku boleh bagi 5 bintang..jadi kalau siapa yang dapat Premiere Screening ni jumpa aku di sana..chow


mood: breakdance sekali..

Iftar MIG

Semalam aku bersama Nisa Kay telah pergi ke event berbuka puasa yang lebih dikenali sebagai Iftar MIG..event ini turut meraikan anak-anak yatim..ibu tunggal..yang paling tidak aku percaya..terima kasih kepada David Teo kerana memberi duit raya..lain tahun jangan lupa bagi lagi..hehe..menu yang disajikan agak menarik..mahu mengah dibuatnya..di sana terdapat ramai artis yang hadir..di antara Yana Samsudin, Wawa zainal, Diana Amir dan ramai lagi..ok mari kita lihat di sekitar Iftar MIG..dan tidak lupa kepada blogger yang hadir..antaranya Ujang, Broframestone dan ramai lagi..sebenarnya banyak gambar lagi..aku akan update kemudian..













mood: teruja jumpa Yana..:)



Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Sumber: Google

Salam, hanya tinggal satu hari lagi untuk kita menyambut bulan puasa yang merupakan hanya sekali dalam setahun..ini merupakan ujian buat umat Islam sebelum meraikannya dengan sambutan Hari Raya..dengan kesempatan yang ada..aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada mereka yang mengenali diri aku dan juga seluruh rakyat Malaysia..wah nampak tak?? macam pemimpin kan..hehe..tak sampai lagi ke tahap tu..

Apa-apa pun berpuasalah dengan seikhlas hati ok..jangan puasa kerana terpaksa..mudah-mudahan kita berpuasa penuh tahun ini..aku dah ada baju raya..yeah..engkau orang sudah ada tak?? kita tunggu jelah tengok anak bulan hari ni..Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..:)

How I Step Up With Nuffnang



Pada zaman era globalisasi..pemikiran manusia semakin lama semakin maju..sebelum ini kita penah dikejutkan dengan shuffle, tectonik, breakdance, popping and locking dan banyak lagi..Gambar-gambar dance yang penah popular sebelum ini:


SHUFFLE



TECKTONIK





Tarian-tarian ini pernah menjadi kegilaan di kalangan remaja-remaja di seluruh dunia..jikalau mempunyai kelapangan sudah pasti mereka akan menari untuk mendapatkan kepuasan..daripada kita buat benda yang tidak berfaedah kan..Tetapi fenomena sekarang, kita di perkenalkan pula yang dipanggil " FLASH MOB ". Sebelum ini aku tertanya apakah itu flash mob??



Lihat gambar di atas..Ini merupakan Flash Mob yang dilakukan di pejabat..Mengikut pemahaman aku Flash Mob ini adalah tarian yang boleh dilakukan mana-mana sahaja..Kalaulah aku diberi peluang untuk menganjurkan Flash Mob sudah tentu akan memilih kaki lima untuk melakukan Flash Mob..Sebab apa??


Di kaki lima terdapat ramainya orang lalu lalang..Mungkin ramai tidak tahu apa itu Flash Mob..jadi di sana..saya akan mengajak "street dancer" untuk menyertai saya dalam memperkenalkan Flash Mob di sana..



Saya akan menggunakan pentas untuk medan permulaan memperkenalkan Flash Mob..sebagai contohnya saya membuat Flash Mob di kaki lima BUKIT BINTANG yang menjadi tempat perkumpulan remaja-remaja masa kini..di sana mungkin menarik minat mereka..Flash Mob ini merupakan tarian biasa yang biasa dilakukan oleh penari..bila mendapat sambutan..saya akan tetapkan masa yang sesuai supaya Flash Mob diadakan setiap minggu..Flash Mob juga merupakan salah satu senaman yang dapat membakar lemak-lemak kita..




Bila Flash Mob telah menempa tempat di hati masyarakat kita..saya akan anjurkan pertandingan Flash Mob supaya kita dapat lihat betapa berbakatnya masyarakat kita..malah di situ kita dapat mengurangkan kegiatan-kegiatan yang tidak elok..Jika saya berpeluang untuk menguruskan Flash Mob, sudah pasti saya akan jadikan satu kegiatan yang menjadi keutamaan dalam masyarakat kita..Flash Mob juga boleh dilakukan mana-mana sahaja seperti di pejabat, di sekolah, dan banyak lagi..Seperti saya pernah cakap..ia merupakan satu senaman..jadi, sebelum masuk pejabat seeloknya diadakan Flash Mob supaya mereka yang mengantuk akan kembali segar..sekian..


Sumber gambar: Google


mood: Love Flash Mob



Monday, July 16, 2012

Isu Ragut Yang Mungkin Tiada Penyelesaiannya

Saban hari kes ragut semakin menjadi-jadi di Malaysia..tak kira di kampung atau pun di bandar..apalah mahu jadi dengan masyarakat kita..sedangkan kerajaan banyak membantu..kenapa mereka yang berfikiran cetek ini masih meragut..malah kadang-kadang membuatkan nyawa terkorban..perkara ini kita tidak boleh salahkan siapa-siapa..

Video perempuan Cina yang berlaku di P.Pinang beberapa hari lepas..membuatkan aku rasa bengang..kenapa mereka yang lalu lalang di situ tidak membantu langsung..adakah membantu itu satu perbuatan yang hina???..tergamak mereka melakukannya dengan mengabaikan mangsa tersebut..

Selalunya warga emas akan menjadi sasaran si peragut..mereka tahu tindak balas orang tua tidak sekuat orang muda..tatkala warga emas di negara kita gemar memakai emas-emas yang besar yang menarik minat si  peragut..Langkah berjaga-jaga perlu ditingkatkan di kalangan masyarakat kita..

Seharusnya kaum wanita perlu berhati-hati dan tidak terlalu menonjol dengan barangan kemas yang dipakai..selalunya masa yang menjadi keutamaan si peragut pada pukul 10.00 pagi dan 1.00 hari jumaat..Ini kerana..pada waktu pagi kaum lelaki berada di tempat kerja dan pada waktu tengah hari..kaum lelaki bersolat..itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh peragut..

Berharap perkara sebegini dipandang serius oleh masyarakat dan pihak berkuasa..sekadar berkongsi..

mood: tak patut

Friday, July 13, 2012

Perjalanan Seorang Pelajar

Kehidupan aku sebagai seorang pelajar telah berakhir..maka selepas ini bermulalah kehidupan aku di fasa yang baru..yang aku belum tahu betapa banyaknya cabaran yang menunggu..setelah 5 tahun setengah aku belajar..maka bermulalah alam pekerjaan yang aku idamkan selama ini..ternyata zaman pekerjaan bukanlah perkara yang mudah..

Aku bermula dengan Diploma di UiTM Jalan Othman, dan terus menyambung pelajaran di UiTM Puncak Alam..5 tahun setengah aku lalui dengan berbagai cabaran..belajar pun bukanlah suatu perkara yang mudah..yelah orang kata masa itu ibarat emas..dan pembahagian masa perlulah di buat dengan betul..

Aku belajar hanya mengikut telunjuk jari daripada keluarga aku..yang aku peliknya aku langsung tidak membantah..pada mulanya cita-cita aku untuk menjadi seorang juruterbang..tetapi apakan daya..tidak kesampaian cita-cita aku..

Sebenarnya ilmu tidak pernah habis..kalau aku di beri peluang..aku akan terus belajar ke tingkat yang lebih tinggi..buat masa sekarang aku perlu kerja terlebih dahulu untuk mencari pengalaman..pengalaman masa belajar memang tidak boleh dilupakan..

Kenangan aku semasa belajar..









mood: sedih bila dah habis belajar..