Monday, May 28, 2012

Sihir dan Manusia


Sumber: Google




Dalam arus kemodenan Malaysia..ada segelintir masyarakat kita yang masih jauh ke belakang..sebab apa aku berkata berkata begitu..pada hari ini apa yang dapat kita lihat..terlalu banyak drama atau filem yang ketengahkan mengenai ilmu sihir..ilmu sihir kebiasaannya berlaku apabila seseorang itu tidak berpuas hati pada orang yang mempunyai kelebihan tertentu..sebagai contoh dua orang perempuan berebut seorang lelaki..sudah tentu salah satu perempuan itu akan menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan cintanya..orang macam ini orang yang mempunyai pendek akal..


Kadang-kadang mereka yang terlalu taksub dengan ilmu sihir, sanggup berhabis wang untuk memastikan mereka dapat apa yang mereka mahu..ini merupakan perbuatan yang dilarang di sisi agama..Sampai bilakah ilmu sihir ini akan berakhir? aku harapkan jabatan agama lebih membuat pemantauan..dan juga orang ramai haruslah bekerjasama dengan pihak berkuasa..laporkan jika kita melihat sesuatu tempat yang mencurigakan..


Seram aku tengok bila seseorang terkena ilmu sihir..merana diri dan hidup menjadi tidak tentu hala..aku harap benda ini tidak berlaku pada aku dan keluarga..harap kepada di luar sana..berhentilah daripada menggunakan ilmu sihir..kita ada yang SATU..


mood: takut





Sunday, May 27, 2012

Lambakan Blog Di Malaysia

Dari hari ke hari..bilangan blog-blog di Malaysia semakin bertambah..pelbagai blog yang kita boleh dapati di negara kita..cuma taip di Google apa yang kita mahu..mahukan gosip..mahukan gambar-gambar aneh.. dan banyak lagi..ternyata dunia blog semakin digilai oleh masyarakat kita..dunia blog memang berbeza dengan dunia nyata..waktu aku mula-mula blogging, memang aku rasa teruja untuk menaip entri setiap hari..tapi aku tak tahulah sama ada entri aku ni berkualiti atau pun tidak..yelah masing-masing punya blog..mengikut cara yang tersendiri..


Kebanyakkan perempuan lebih gemar untuk membuat blog peribadi dan juga shopping online..orang kata segala-galanya di hujung jari..tidak perlu lagi ke shopping complex untuk membeli pakaian atau pun tudung..lebih memudahkan..tetapi ada juga yang jenis menipu..jadi berhati-hati lah..Lelaki pula lebih terarah kepada blog-blog gajet ataupun photography yang sedang top pada masa ini..Ok mari kita saksikan blog-blog yang biasa dilayari oleh pembaca:

  • Beautifulnara
  • Roti kaya
  • Fatin Liyana
  • Kari ngeri
dan banyak lagi..kalau untuk belajar mendapatkan blog berkualiti..aku rasa ramai yang buat tutorial..hanya taip di Google..apa-apa pun blog memang best

mood: tiada idea..

Friday, May 25, 2012

Lelaki Buaya Darat vs Perempuan Pisau Cukur


Vs


Sumber: Google


Lelaki buaya darat dan perempuan pisau cukur..Gejala sering berlaku pada masa kini..memang tidak dinafikan..Lelaki buaya darat ini pantang melihat kecantikan yang dimiliki oleh wanita..sudah pasti..dia akan mengorak langkah untuk memikat si wanita dengan kebolehan yang mereka ada..mereka ini gemar memasang pasangan wanita yang ramai..sebab itu lah dinamakan buaya darat..Jadi perempuan di luar sana, silalah berhati-hati dengan lelaki jenis ini..mereka mempunyai perwatakan yang sukar dikesan oleh seseorang wanita..BEWARE!!

Perempuan pisau cukur kebiasaannya memiliki rupa paras dan tubuh yang menarik..mereka selalu menggoda lelaki dengan menggunakan kecantikan yang ada..tetapi mereka yang memilih lelaki yang berharta supaya mudah untuk mereka mengikis harta lelaki yang bernasib malang ni..Kenapalah masih terdapat perempuan seperti ini,,kesian mereka yang tidak bersalah..kadang-kadang bila perempuan seperti ini dapat apa yang mereka hendak..

Dua golongan seperti ini harus kita elakkan..jangan mudah terpedaya dengan mereka yang baru kita kenal..jadi beringatlah sebelum kena..

mood: hati-hati

Thursday, May 24, 2012

Jejaka Idaman Wanita

Aku selalu terfikir jejaka yang bagaimana yang selalu yang diidamkan oleh wanita-wanita di Malaysia ini..adakah melalui paras rupanyakah ataupun melalui budi bahasanyakah? Selalu sangat menjadi tanda tanya..Yelah biasanya perempuan zaman sekarang mempunyai "taste" yang tinggi dalam pemilihan calon teman lelaki..kadang-kadang lelaki Melayu ketinggalan zaman kerana wanita Melayu lebih terarah kepada lelaki warga asing..

Sesetengah perempuan suka lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang tegap..ada juga yang tidak menyukai..di situ kita sudah dapat lihat pelbagai kehendak mereka untuk memenuhi ciri-ciri lelaki yang diidamkan..Kalau dari pemerhatian yang aku buat..hanya sebilangan perempuan yang minat lelaki yang bermisai..mereka lebih gemarkan janggut..Ini merupakan yang menjadi kegilaan wanita:





















Memang sukar untuk kita agak pilihan mana yang membuatkan wanita terpikat..kalau nak dibincangkan memang takkan habis..Biasa orang cakap budi bahasa nombor satu..dan yang keduanya barulah paras rupa..tapi kita mesti pilih pasangan berdasarkan yang disaran oleh Islam..itu lebih penting..

mood: Wanita idaman lelaki

Tuesday, May 22, 2012

Isu Tentang PTPTN

Kehangatan isu PTPTN masih terngiang-ngiang di kepala aku..pelbagai pendapat yang dapat kita lihat..bagi aku, aku tidak sokong mana-mana pihak..yang penting bila sudah pinjam..silalah bayar balik..itu sahaja..senang..Banyak mempertikaikan isu "Bunga" yang dikenakan oleh PTPTN ke atas peminjamnya..sebenarnya kalau tidak dikenakan "Bunga" sudah tentu pekerja-pekerja di PTPTN tidak makanlah jawabnya..daripada "Bunga" lah mereka menjana pendapatan..sebenarnya lebih kurang sahaja macam kita beli kereta..lagi-lagi kalau berhutang..sudah tentu harganya menjadi lebih tinggi daripada harga asal..

Tidak perlu untuk mansuhkan PTPTN.."ENGKAU INGAT KAU KAYA" maaf mungkin bahasa ada terlalu kasar..tetapi inilah kenyataan..PTPTN telah banyak membantu pelajar untuk teruskan pelajaran di menara gading..macam aku..aku gunakan PTPTN untuk dapatkan Diploma dan Degree..tidak kisahlah orang hendak kata apa..yang penting..aku dapat kerja..aku bayar balik..kadang-kadang ada sesetengah daripada kita, bila dapat duit PTPTN habis semua dijolinya..beli itu ini lah..banyak benda yang tidak berfaedah daripada benda yang berfaedah..

Aku paling pantang dengar..orang yang memiliki kerjaya yang lebih tinggi tetapi sehabuk duit PTPTN pun dia tidak bayar..itu boleh dikategorikan sebagai lupa diri..memang tidak patut perkara sebegini berlaku..kalau sudah bekerja..bayarlah sedikit-sedikit..paling tidak pun RM50 sebulan..kalau gaji RM3ribu ke RM4ribu..mana mungkin tidak mampu bayar balik pinjaman..apa-apa pun ingatlah kepada mereka yang baru mahu menyambung pengajian mereka di institusi, politeknik dan sebagainya..

INGATLAH, SEBELUM MATI KITA PERLU LANGSAIKAN SEMUA HUTANG, KALAU TIDAK, TIDAK AMANLAH KITA DI SANA..

Kecederaan Datuk Lee Chong Wei Membuatkan Rakyat Malaysia Tidak Senang Duduk



Datuk Lee Chong Wei terpaksa untuk melupakan hasratnya untuk bermain di Piala Thomas, Wuhan, China setelah mengalami kecederaan pada kakinya..Kecederaan ini berlaku ketika menentang Peter Gade wakil dari Denmark..Datuk Lee Chong Wei telah menarik diri akibat kecederaan tersebut..moga-moga Datuk Lee Chong Wei dapat kembali pulih dengan secepatnya kerana rakyat Malaysia bergantung harapan padanya..tidak mengapa Datuk..fokuskan pada Kejohanan Olimpik di London..Kita masih mempunyai jaguh-jaguh yang berbakat untuk meneruskan Piala Thomas..

mood: Go Malaysia Go

Keputusan Semasa Suku Akhir Piala Thomas 2012 (Denmark vs Malaysia)

Keputusan berakhir dengan Denmark (3) vs Malaysia (2)..Wakil dari Malaysia yang memenangi perlawanan tersebut adalah Daren Liew dan Hafiz Hashim..Dukacita dimaklumkan bahawa Dato' Lee Chong Wei telah mengalami kecederaan semasa di awal set pertama..ketika menentang Peter Gade..Mudah-mudahan Dato' Lee Chong Wei dapat sembuh dengan cepat..

DENMARK vs MALAYSIA
(3)                   (2)

Monday, May 21, 2012

Samsung Galaxy S3



Sumber: Sini

Wow..samsung bagai menghasilkan pisang goreng..produk keluarannya terlalu banyak sehingga aku pun tidak terikut perkembangan semasa..Bagi aku..bentuknya yang lebih nipis menampakkan lebih elegan..tapi haruslah membeli sarungnya untuk mengelakkan calar..skrinnya yang lebar membuatkan kita lebih puas hati untuk melihat video atau pun gambar..Memang teringin aku nak beli..apa-apa pun untuk ketahui tentang Samsung S3 lebih lanjut layari laman web samsung..Aku memang salut SAMSUNG..

mood: belum mampu

Sunday, May 20, 2012

Perkahwinan Bugis Memang Style



Sekadar Gambar Hiasan


Pada Sabtu lepas..aku telah pergi ke Perkahwinan yang sedikit berbeza dari Perkahwinan Melayu..iaitu Perkahwinan Bugis..perkahwinan ini diadakan pada sebelah malam yang bermula lebih kurang jam 8pm..dan berlarutan sehingga jam 11pm..Ini merupakan bangsa Bugis yang berasal dari Sabah..aku teruja ketika berada di sana..maklumlah kali pertama pergi ke perkahwinan ini..Dari perbezaan yang aku nampaklah..perbezaannya terdapat pada:

  • Makanan
  • Pakaian
  • Khemah
Dari segi makanan aku tak nafikan..masakan Bugis memang menyelerakan..tambahan pula adanya tempe..Tempe adalah satu makanana kegemaran aku..makanannya dimasak sendiri tetapi kalau adat melayu kita menggunakan dulang tapi mereka menyediakan secara katering..kalau masyarakat Melayu..kebiasaannya katering dibuat oleh orang lain..ada satu makanan yang aku tertarik dengan namanya iaitu COTO..supnya berwarna krim dan ada daging di dalamnya..tidak menghampakan..

Dari segi pakaian..apa yang aku nampak..mereka memakai baju khas yang menampakkan ciri-ciri orang Bugis..memang cantik pakaian mereka..mereka juga ada tukar-tukar pakaian seperti masyarakat Melayu..mereka juga ada penyambut tetamu yang terdiri daripada golongan keluarga mereka sendiri..aku salut setiap kali tetamu datang..semuanya memberi tanda hormat..dan memakai pakaian seragam..kalau masyarakat Melayu..hanya ibu bapa yang sering menjadi penyambut tetamu..tetapi mereka tidak..

Dari segi khemah..mereka tidak memerlukan khemah yang banyak..hanya 3 khemah digunakan..biasa orang Melayu akan letak meja di bawah khemah tetapi masyarakat bugis hanya menggunakan kerusi dan menghadap ke arah pengantin..Ok sedikit penambahan..selepas makan..mereka akan menyediakan rokok sebagai pemanis mulut..hehe..rokok gudang garam lagi..chow..sekiranya terdapat kesilapan..silalah tegur..

mood: nak kahwin

Thursday, May 17, 2012

Biodata Zayn Malik


Nama: Zayn Malik

Umur: 19 tahun

Tarikh lahir: 12 Jan 1993

Bintang: Capricorn

Bandar: Bradford

Kumpulan: One Direction

Bangsa: Separuh Pakistan/Separuh Inggeris

Sebenarnya dia sama tahun lahir dengan aku..itu yang aku hendak aku bagitahu sebenarnya..Zayn Malik ni memang menjadi kegilaan wanita..aku sikit lebih kurang dengan dialah..haha..JOKE!!

mood: pedih bibir


Wednesday, May 16, 2012

Isu Penderaan Kanak-Kanak

Ternyata kanak-kanak seorang insan yang mulia ibarat kain putih yang hanya perlu dicorakkan oleh ibu bapanya..namun,  tidak lagi pada hari ni..terlalu banyak kes penderaan kanak-kanak yang selalu menjadi mangsa keadaan oleh ibu bapa mereka sendiri..Apalah salah mereka yang sampai sanggup diseksa begitu..kadang-kala aku fikirkan..kalau asyik mahu mendera anak..baik tak perlu mengandung kalau macam itu..sedangkan orang yang tidak subur berlumba-lumba mahukan anak..tapi bagi mereka yang berfikiran cetek..mereka dengan sesuka hatinya mencederakan anak mereka..


Anak adalah anugerah yang paling mulia..zuriat kita..merupakan penyambung generasi kita..INGATLAH!!
Walaupun aku belum berkahwin tetapi aku dapat merasakan bila hadirnya seorang anak di dalam hidup kita..dia bagaikan penyeri kepada kehidupan kita..malah ia benih kita sendiri..sepatutnya anak perlu di jaga dengan baik..didik dengan baik..supaya dapat menjadi insan yang cemerlang..Antara masalah-masalah yang menjadi punca timbulnya kes penderaan kanak-kanak mengikut fahaman aku:

  • Masalah Kewangan
  • Stress di tempat kerja
  • Perbalahan di antara suami dan isteri
  • Kurang didikan agama
  • Sikap panas baran
Mungkin banyak lagi puncanya..kalau kita berhadapan dengan situasi ini..atau kita ternampak benda ini terjadi di hadapan kita..jangan berlengah untuk dail TALIAN NUR di 03-83231000 atau layari laman web http://www.kpwkm.gov.my

CEGAHLAH SEBELUM TERLAMBAT

Tuesday, May 15, 2012

Puisi Untuk Guru

Guru,
Engkau seorang pendidik yang baik,
Tanpa dorongan dan bimbingan mu,
Sudah pasti aku masih kebelakangan..

Guru,
Dengan tunjuk ajar engkaulah,
Aku pandai membaca dan menulis,
Pandai berkata-kata bak seorang Perdana Menteri..

Guru,
Tatkala aku dalam kesusahan,
Engkaulah tempat untuk memudahkannya,
Engkaulah pembimbingku yang terbaik..

Guru,
Tanpa engkau, aku bagaikan seorang yang buta,
Tiada tempat untuk bersuluh ketika di dalam kegelapan,
Mungkin aku masih terkapai-kapai dalam mencari sinar..

Guru,
Aku berterima kasih kepada engkau,
Terlalu banyak mencurahkan ilmu,
Kepada anak muridmu yang seorang ini..

SELAMATA HARI GURU BUAT SEMUA GURU YANG BERADA DI MALAYSIA

mood: adios

Sunday, May 13, 2012

Puisi Untuk Ibu

Ibu,
Engkau umpama permata yang tidak terbanding nilainya..
Tanpamu aku tidak bererti di dunia ini..
Dengan hadirnya dirimu..aku masih gagah berdiri..

Ibu,
Anakmu ini terlalu banyak dosanya kepadamu..
Jasamu tidak terbalas oleh ku..
Engkau ada di waktu suka dan dukaku..

Ibu, 
Anakmu ini bagaikan kain putih yang perlu coraknya..
Hanya engkau yang mampu menjadi warna dalam mencorakkan kain putih..
Jika baik coraknya..baiklah diriku..

Ibu,
Seandainya kita berjauhan..
Aku sentiasa mengingatimu walau di mana ku berada..
Tatkala aku berada di perantauan..engkau dekat di hatiku..

Ibu,
Namamu akan kuingati sampai bila-bila..
Segala ilmu yang engkau curahkan akan ku ambil jadikan pengajaran..
Hanya engkau yang ku sayang..

Mood: Selamat hari ibu

Saturday, May 12, 2012

Pra Tonton Man Sewel Datang KL





Selepas Filem Nongkrong, aku pergi pula menonton Filem Man Sewel Datang KL..terima kasih Kirin kerana memberi aku peluang untuk menonton cerita ni..ok aku akan memberitahu serba sedikit mengenai sinopsis cerita ini secara ringkas..

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan Shuib(Man Sewel) yang terlalu taksub untuk ke KL..pada asalnya emak Shuib terlalu berat hati untuk membenarkan dia untuk pergi ke KL..tetapi emaknya sudah meletakkan satu syarat iaitu bila balik ke kampung..dia harus membawa calon menantu..perginya dia ke KL, dia terpaksa tempuh pelbagai rintangan yang kita tidak jangka..dalam cerita ini anda boleh melihat bagaimana Shuib menjadi Mak Nyah..Untuk tahu cerita lebih lanjut..silalah ke panggung wayang berdekatan..


Pelakon

Shuib
Razalli
Julia Ziegler
Fida
Siti Sarah
Dan Ramai lagi

Rating

3.5

Gambar sekitar Pra Tonton


ROCK!!!


WOW!! aku pendek ke Julia Ziegler Tinggi


HEHE..so sweet..

mood: Sepasang



Thursday, May 10, 2012

2.5 Juta Rakyat Malaysia Masih Tidak Berkahwin

Aku memetik tajuk ini dari akhbar Metro..aku terkejut melihat statement di atas..ini merupakan bancian yang telah dibuat oleh Kementerian Perumahan..2.5 juta ini merupakan golongan yang sudah berumur 25 dan ke atas..mungkin terdapat banyak faktor mengapa ramai rakyat Malaysia masih membujang..Antara faktor yang boleh dijadikan sebab mengapa mereka masih membujang ialah:
  • Terlalu memilih
  • Faktor kewangan
  • Pilihan keluarga
  • Fokus pada kerjaya
  • Wujudnya nafsu hubungan sejenis
Ok satu per satu aku akan rungkaikan..pertama, terlalu memilih..iyalah pada zaman sekarang semuanya mahu kan yang hensem-hensem..yang cantik-cantik..tiada siapa sukakan benda burukkan..kadang-kadang kita tidak tahu jodoh kita terlalu dekat dengan kita..yang hanya kita mampu lakukan..kita hanya merancang..Dia yang menentukannya..

Seterusnya kepada faktor kewangan..perkara sebegini kerap kali berlaku..sesetengah pihak mahu mengadakan majlis besar-besaran..ada juga yang adakan majlis secara sederhana..terdapat juga senario di mana sebelah pihak hantaran yang tinggi..selalunya mangsanya ialah lelaki..kalau mahu "demand" pun biarlah bersesuaian dengan taraf hidupkan..

Tambahan pula, dahulu kala jodoh selalu dicari oleh keluarga..tetapi tidak lagi pada hari ini..kalau ada pun hanya sebilangan kecil..yang selalu kita dapati..ada sesetengah keluarga mendesak anak mereka untuk berkahwin..sedangkan anaknya masih belum bersedia atau pun tidak bersetuju dengan calon yang dipilih oleh keluarganya..

Selain itu, kefokusan terhadap kerjaya menyebabkan mereka ini mengabaikan kehidupan peribadi dan terlalu taksub pada kerja sehingga lupa apa itu cinta..di situlah akan menyebabkan mereka menjadi andartu @ bujang terlajak..kalau hendak diikutkan tidak perlulah begitu..kita juga mempunyai kehidupan..


Akhir sekali, timbulnya hubungan sejenis di kalangan kita..bukan apa mereka kebanyakkan kecewa dengan pasangan masing-masing akibat di tipu dalam percintaan..jadi, tanpa memikir panjang, maka terjadilah Gay, Lesbian, Pengkid dan sebagainya..

Maka dengan itu, Perkahwinan ini adalah seperti mendirikan sebuah masjid..dan jangan lambat-lambatkan perkara yang baik..sekian

mood: alah emak kahwinkan aku..







Loji Petronas Kerteh Meletup

KEMAMAN: Dua pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman petang Khamis.
Identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang.
 Bagaimanapun kita tidak tahu berapa kematian sebenar..ada yang mengatakan dua, ada yang tiga..jadi kita tunggulah sehingga siasatan yang terperinci dijalankan..berbagai-bagai jawapan yang dapat kita tengok..apa-apa pun kita harapkan perkara sebegini tidak berlaku lagi..perlu berpegang kepada "SAFETY FIRST".

Tuesday, May 8, 2012

Pra Tonton Filem Nongkrong



Semalam aku telah pergi Pra Tonton Filem Nongkrong bersama Broframstone yang bertempat di MBO Subang Parade..ternyata filem ini tidak menghampakan..Filem ini merupakan arahan Ismail Bob Hashim..Tahun ini MIG banyak mengeluarkan filem..Filem Nongkrong ini seakan-akan Filem Ngangkung tetapi setelah melihat filem ini ternyata tidak sama sekali..

Review

Filem ini mengisahkan 3 orang kawan yang mahukan kekayaan menggunakan jalan yang singkat iaitu dengan bermain nombor ekor..untuk memudahkan mereka memenangi nombor tersebut mereka banyak berjumpa bomoh yang menyebabkan mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan..lawak tetap ada dalam filem ini..kalau korang tonton nanti..tumpukan pada skrip " Ya Tuhan"..untuk mengetahui selanjutnya..sila ke panggung wayang..:)

Pelakon Utama

Shaheizy Sam
Angan Raja Lawak
Epi Raja Lawak
MonRyanti
Fiza Kadir
Liyana Rafiai

Rating

4 bintang/5

Terima kerana Ujang kerana mengambil gambar di Pratonton..cerita ini aku keluar pada 10 Mei 2012..selamat menonton












Sunday, May 6, 2012

Newcastle United vs Manchester City

Keputusan malam tadi menunjukkan Manchester City menang dengan dua gol berbalas kosong..Kemenangan ini menunjukkan Manchester City menghampiri untuk menjadi juara liga..kedudukan mata MC adalah sama dengan musuh seterunya Manchester United..hanya dibezakan bilangan gol..

NEWCASTLE UNITED vs MANCHESTER CITY
                0                                      2

Fan Page Norish Karman




NK @ Norish Karman adalah seorang wanita yang sangat famous dengan lakonan SPA Q..namun beliau telah beralih angin untuk mencuba bidang nyanyian..pertama kali aku bertemunya aku berasa sangat teruja..Yelah sebelum ini aku hanya dapat melihat melalui kaca tv..beliau sangat sporting dan tidak melupakan peminat..Event akan datang, Insyaallah beliau akan ke UPM untuk turut hadir yang telah dianjurkan oleh Twitter iaitu Twtupcampus..untuk mengetahui sebarang aktiviti NK..silalah like page NK..jadi fans NK jangan lupa untuk support NK dalam bidang nyanyian..


mood: love NK..hehe

Pasangan Pilihan Keluarga

Zaman dulu..mungkin kita biasa dengar..calon isteri ataupun suami dipilih oleh keluarga..tetapi pada zaman sekarang pihak keluarga banyak memberi kelonggaran pada anak-anaknya untuk membuat pilihan sendiri..dulu bukan apa..mungkin ibu bapa takut anak-anaknya tersalah membuat pilihan..Ini kerana isu penceraian seperti cendawan yang tumbuh..hampir setiap hari kita akan mendengarnya..


Namun pada hari ini, semuanya telah berubah..kebanyakkan anak-anak muda lebih gemar untuk memilih pasangannya sendiri daripada ditentukan oleh keluarga..termasuklah aku..Bukan apa, kadang-kadang bukan mudah untuk kita kahwini orang yang belum kita cintai..terlalu sukar untuk duduk sebumbung..memang aku akui ada yang menyatakan bercinta selepas berkahwin adalah lebih romantik..namun aku tak nafikan ada yang berjaya bercinta selepas berkahwin..

Pucuk pangkalnya..kita seharusnya jangan tersalah memilih pasangan..kerana ini melibatkan sepanjang hidup kita..Tetapi ada juga yang aku dengar..kebanyakkan mereka yang telah lanjut umur lebih cenderung ke arah pemilihan yang dibuat oleh keluarga..mungkin mereka terlalu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya..dan tidak mempunyai masa dalam percintaan..


Ada juga kes anak dipaksa kahwin oleh keluarga..bagi aku..keluarga tidak perlulah terburu-buru untuk menjodohkan anak..sehingga mendesak anak mereka..Punca daripada ini akan menyebabkan anak-anak mereka lari daripada rumah mahupun hidup dalam tekanan..sekurang-kurangnya keluarga haruslah berbincang dengan cara yang baik..supaya mencapai persetujuan yang baik..semoga segala perkongsian sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita..


mood: alah emak kahwinkan aku..

Friday, May 4, 2012

Khalid Ismet Memalukan UiTM

Kepada pelajar berkenaan..silalah menjaga imej dan nama UiTM..akibat nila setitik..rosak susu sebelanga..bagaimanalah dia berani benar untuk mengugut polis..Dato' Sahol mengemukan rasa kecewa beliau terhadap pelajar tersebut..bagi aku..silalah buang pelajar seperti ini..akibat dia seorang..orang lain akan mendapat tempiasnya..


mood: tak patut

Thursday, May 3, 2012

Perginya Bob Kuman Buat Selamanya



Credit to Kirin


Sungguh aku terkejut bila aku balik kerja petang tadi..tak sangka pergi seorang yang berbakat dalam bidang lakonan dan lawak..apa-apa pun kita doakan semoga rohnya di cucuri rahmat..masanya sudah sampai..mana tahu akan masa kita pula?? renung-renungkanlah..


mood: sedih

Event TWTUPCAMPUS



TWTUPCAMPUS adalah merupakan event yang dianjurkan oleh komuniti Twitter..sebelum ini Twitter telah mengadakan TWTUPJOHOR dan TWTUPIPOH..kalau tak silap aku banyak lagi event yang mereka telah anjurkan..jadi TWTUPCAMPUS akan berlangsung pada hujung bulan Mei..Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 May 2012
Tempat: Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia
Masa: 10 pagi hingga 6 petang

mood: jom ramai2 meriahkan

Wednesday, May 2, 2012

Avengers Yang Lawak




Now a day, the AVENGERS was hot at the cinema..Serius aku cakap..cerita ini memang top..tidak rugi sesiapa yang menonton cerita ni..ada bahagian-bahagian lawak yang menangkap jiwalah..haha.."DEWA LEMBIK"..memang kelakar tidak kering gusi orang kata..aku sarankan siapa yang belum tonton AVENGERS silalah ke panggung wayang berdekatan..Yang boleh aku rumuskan cerita ini pada awalnya ada perlahan sedikit, kemudian diselit babak-babak kelakar dan aksi..memang tidak rugi jika bayar pada harga yang mahal..percayalah..aku rating 5 bintang..


mood: saya thor