Thursday, March 22, 2012

Anti Gadis Lari Rumah



Apalah hendak jadi dengan sesetengah gadis yang sanggup lari daripada rumah..sukar untuk kita fahami gadis2 yang gemar lari dari rumah untuk mendapatkan cinta sejati..(konon2)..bagi aku punca mereka lari dari rumah disebabkan mendapat tentangan keluarga mahupun mempunyai hubungan yang dingin dengan keluarga mereka..Tambahan itu, mungkin disebabkan fikiran mereka masih belum matang dan tidak dapat berfikir secara rasional..

Sering saja kes lari rumah ini berlaku dan tempampang di dada akhbar..di manakah keluarga mereka??mungkin ada sesetengah keluarga terlalu taksub dengan kerjaya masing2 demi kesenangan namun kita jangan terlupa..sebagai ibu bapa..mereka seharusnya mengambil berat tentang anak2 mereka..ini bukannya perkara yang mudah..tanpa ibu bapa siapalah lagi yang boleh mencorakkan anak2 ini..

Mungkin ada di antara kita memandang remeh kes2 seperti ini..aku harap sangat ibu bapa dapat membuka mata seluas-luasnya untuk mengurangkan kes lari dari rumah..wahai gadis2 di luar sana..janganlah melakukan perkara yang boleh dianggap "bodoh" minta maaf jika bahasa terlalu kasar..sekian..

mood: letih

Monday, March 19, 2012

Sedih Tak Terkata..


Sedih dibuatnya bila mendengar berita yang tidak sanggup didengar..macam manalah aku boleh tahu sekarang sedangkan bayi anak kakak saudara aku telah pergi semalam..kesian kakak saudara aku yang tertunggu-tunggu untuk menimang cahaya mata kedua..namun, hajatnya tidak kesampaian..

Aku harapkan kakak saudara aku tabah menghadapi semuanya..mungkin Tuhan lebih menyayanginya..tidak mengapa kak..mungkin ini hanya sebahagian ujian untuk menguji hamba Nya..apa2 pun..kita berdoa agar rohnya di tempatkan di tempat yang baik2..

Jadi, kepada mereka diluar sana..jagalah zuriat anda sebaik-baiknya..jangan kita perlakukan bayi yang tidak bersalah ini dengan membuangnya ataupun membunuhnya..bersyukurlah apa yang kita perolehi..amin..




Thursday, March 8, 2012

Gathering Sahabat Blogger 2012














Assalamualaikum..buat julung pertama kalinya pada tahun 2012..Sahabat Blogger ataupun lebih mesra dipanggil SB akan mengadakan satu event futsal @ Gathering Sahabat Blogger di Shah Alam..sebelum ni SB pernah mengadakan gathering di Times Square pada tahun lepas..Kebiasaanya gathering selalu dibuat di shopping complex..tetapi kali ini konsepnya agak berlainan..kita bersukan sambil berkenalan..tambahan kita melakukan aktiviti yang menyihatkan badan..

Jadi, apa lagi marilah kita memeriahkan GATHERING SAHABAT BLOGGER..gathering ini telah dirancang oleh admin-admin SB sendiri..pastikan 31 Mac 2012 khas untuk gathering ini..Ini adalah butirannya


Tarikh: 31 MAC 2012

Masa: 10am-1pm

Tempat: Sports Planet, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor..


JUMPA DI SANA!!

Tuesday, March 6, 2012

10 Blogger Lelaki Super Hensem Di Malaysia























1. Ben Ashaari – www.benashaari.com












2. Eqbal Zack – www.eqbalzack.com



















3. Syafiq Rosli – mohdsyafiqrosli.blogspot.com




























4. Bro Framestone – www.broframestone.com
















5. Ujang – azfar9897.blogspot.com



















6. Amal Espraza – www.thegarang.com























7. Darkbatman – darkbatman.com














8. Iqbal Hakimi – iqbalhakimi.com



















9. Nizarazu - nizarazu.com



















10. Nizam Ijam – nizamijam.com


Wah tak sangka aku tersenarai..hehe..ini bukan aku yang buat..tetapi seorang blogger yang aku dah kenal lama juga..iaitu Ammar..terima kasih tak terhingga buat ammar..aku rasa ramai lagi hensem..hehe..chow..


mood: malu-malu kucing

Trend Lelaki Berseluar Pendek





Dunia kini semakin maju..teknologi kian berkembang tidak lupa juga dunia fesyen yang sentiasa up to date dari semasa ke semasa..apa yang aku lihat sekarang sesetengah lelaki gemar memakai jeans pendek atau pun seluar pendek..ada yang mengatakan dengan memaki seluar pendek akan menampakkan lelaki tersebut kelihatan lebih tinggi berbanding memakai seluar panjang..adakala aku rasakan betul juga kalau memakai seluar pendek nampak lebih tinggi dan macho..haha..gurau..yela kaki kita akan kelihatan lebih panjang..

Kalau aku bila berjalan memang aku suka berseluar pendek..orang kata sempoi..masuk angin pun smooth je..haha..dah jangan fikir lain..jangan ingat aku tak solat pula kalau aku dah berseluar pendek..ada spare kain pelikat..seluar pendek lebih nampak smart bila dikenakan dengan kasut New Balance atau Converse..memang masuk style tuh..senang cerita ini semua mengikut citarasa masing-masing untuk berfesyen macam mana..

Kalau untuk jimatkan kos untuk membeli seluar pendek senang sahaja..seluar panjang yang sudah tidak dipakai boleh hantar di kedai untuk memendekkannya..hasilnya memang terbaik..apa pun kita kena berani untuk berfesyen..sekian..

mood: bakusimas

Monday, March 5, 2012

Isu Kematian Bayi Di Tadika












Tahun ini kita banyak digemparkan dengan berita-berita kematian bayi di tadika..akibat kematian disebabkan tersedak ketika menghisap susu..dan lemas ketika tidur di dalam buaian..saban hari kes ini semakin meningkat..kita dapat lihat sendiri di dada akhbar..ternyata isu ini bukanlah perkara yang mudah..nasiblah masa aku dulu tiada kes rumit macam ni..


Bukan apa..isu ini semakin menjadi-menjadi..jadi siapa yang harus dipersalahkan?? adakah cikgu tadika?? jabatan kebajikan masyarakat?? kita tidak perlu tunding jari kepada sesiapa..hal ini perlu dikaji oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat..dulu masa aku tadika..seorang jururawat ditempatkan di tadika tersebut bagi tujuan memantau..aku rasa mungkin dengan cara ini boleh mengurangkan isu ini daripada menjadi lebih besar..


Apa-apa pun kita mengharap isu berkurangan..dan JKM perlu memperketatkan syarat untuk pemilihan cikgu tadika..bila isu ini semakin hangat..aku rasakan ibu bapa akan timbul keraguan untuk menghantar anak mereka ke tadika..jadi isu ini perlu diambil tindakan serius..harap maklum..


mood: santai

Sunday, March 4, 2012

Dunia Blogging Bukannya Mudah

Salam satu bloggers..aku berasa dunia blogging semakin panas..mana tidaknya..ada je berita mengenai blogger di saman..itulah kadang2 kita tidak boleh menulis sesuka hati tanpa fakta yang benar..tapi kita pun tiada hak untuk halang..sebab masing2 mempunyai pendapat yang tersendiri..blogging ini bukannya tempat untuk menjadi popular pada asalnya..ia tempat untuk menyampai info2 yang berguna kepada masyarakat..


Terus terang aku kata..pada zaman sekarang blog ibarat trend tak kira pada peringkat usia..tua ataupun muda..masing2 memiliki blog..bermacam-macam blog yang boleh kita lihat sekarang..tetapi untuk menjadi blogger yang berjaya bukanlah mudah..ada yang menjadikan sebagai pendapatan..ada juga hanya untuk peribadi..ini semua bergantung pada individu tersebut..


Kalau nak diikutkan usaha dan tawakal perlu disertakan untuk menjadi blogger yang berjaya..janganlah terburu2 untuk menjadi popular pada masa yang singkat..kita perlu belajar menjadi susah dahulu sebelum menggapai kejayaan..sekian..


mood: serius tapi chill

Thursday, March 1, 2012

Cita atau Cinta??

Cita atau cinta..perkara ini sering menjadi tanda tanya kepada remaja-remaja zaman sekarang..yelah mungkin mereka berbelah bagi..ada yang fikir cinta..dan juga ada yang fikir cita-cita..ini semua bergantung pada diri masing-masing..kalau berdasarkan orang-orang tua..kita dinasihatkan supaya lebih tumpu kepada pelajaran ataupun mengejar cita-cita supaya lebih menjadi insan yang berguna..















Cuba kita perhatikan pada gambar di atas..bukan senang untuk kita gapai kejayaan..mengambil masa yang lama..pelbagai cabaran yang akan kita tempuhi..usaha dan tawakal adalah kunci kejayaan..ibu bapa mana yang tidak anaknya mahu berjaya dengan cemerlang..tapi anak muda zaman sekarang terleka dibuai cinta..seperti aku juga..aku juga manusia yang berperasaan seperti orang lain..tapi kadangkala kuasa cinta menyebabkan kita terlupa pada niat sebenar..contohnya dihantar belajar di institut pengajian tinggi..namun cinta yang dicari..mereka yang mengejar cita-cita boleh dikira dengan jari..
















Sebenarnya ini semua terletak di tangan masing-masing..diri sendiri yang menentukan segalanya..keputusan terletak di tangan anda..fikirlah sejenak..


mood: happy

Alhamdulillah Kesihatan Semakin Baik

[SR%255B2%255D.jpg]









Assalamualaikum..syukur kepada Tuhan..aku masih bernafas seperti biasa..kadangkala kita tidak boleh jangka apa yang mungkin berlaku..seperti aku..aku tak jangka aku boleh dapat appendik..sedangkan sebelum ni aku sihat seperti biasa..malah yang membuat aku terkejut..appendik aku hampir pecah..syukur Tuhan masih menyanyangi aku..untuk aku terus hidup di dunia sementara..


Tidak lupa juga yang tidak putus2 mendokan kesihatan aku..aku rasa berterima kasih sangat..alhamdulillah kesihatan aku semakin pulih..aku terpaksa mengambil MC yang panjang untuk kembali pulih sepenuhnya..apa pun aku berharap aku boleh kembali seperti sedia kala..Sebelum itu aku terharu ade blogger yang update mengenai pembedahan appendik aku..di situ membuatkan aku terharu..terima kasih kepada HASRUL HASSAN dan NISA KAY..


Akhir kata daripada aku..insyaallah aku akan kembali aktif dalam blogging..:)


mood: kembali ceria