Tuesday, December 27, 2011

Cara-cara Mendapat Keserasian Dalam Perhubungan


Selamat malam semua..malam ini aku rasakan aku ingin berbicara tentang cinta..selalu kita dapati ramai orang mengalami masalah percintaan..aku bukanlah DR LOVE atau agen pencari jodoh..tapi aku hanya insan yang pernah merasai kehangatan bercinta..biasalah orang cakap " Cinta Ini Selalunya Indah "..namun kita tidak boleh terlalu percaya dengan kata-kata..aku sudah beberapa kali gagal di dalam percintaan..pada asalnya aku agak runsing di mana silap aku..kadang kala membuatkan aku takut untuk menghadapi percintaan..mungkin di sini banyak pengajaran yang aku boleh ambil..tidak mengapa mungkin belum sampai seru aku lagi untuk berpasangan..biarlah DIA menentukan..

Dalam percintaan terlalu banyak faktor perlu dititik beratkan..salah satunya ialah keserasian dalam perhubungan..bukan mudah untuk serasi dalam perhubungan..mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk kita serasi bersama pasangan kita..itu semua bergantung kepada diri kita sendiri..aku di sini aku ingin kongsikan cara-cara untuk mendapatkan keserasian dalam perhubungan..Antaranya:

  1. Kurangkan cerewet di dalam perhubungan..
  2. Perasaan ego biarlah bertempat..
  3. Berfikiran terbuka dalam perhubungan..
  4. Mengingati benda-benda penting mengenai pasangan kita..
  5. Menerima pasangan dengan seadanya..
  6. Harus bertolak ansur..
  7. Pandai membahagikan masa bersama kawan dengan masa bersama si dia..
  8. Tidak selalu memaksa
  9. Menerima persetujuan keluarga..
  10. Sebelum membuat keputusan harus berbincang terlebih dahulu
Ini apa yang aku rasakan semasa aku bercinta dahulu..aku banyak gagal dalam percintaan di sebabkan cara no. 9 banyak menghalang aku..jadi aku tewas tak mampu untuk berkata apa-apa..restu keluarga amat penting sekali dalam perhubungan..tiada restu tak kemana hubungan kita..aku harapkan apa yang aku kongsikan dapat memberi suatu pengajaran kepada pasangan yang baru bercinta atau yang sedang bercinta..

mood: cinta gila

Pemain-pemain Bola Yang Pakai Topeng

Semalam aku dah post mengenai pemain bola yang bernama pelik..hari ini mari kita saksikan pemain bola yang memakai topeng..haha..buat aku gelak seketika..tapi jangan di sangka memakai topeng tidak hebat..mereka semua pemain bertaraf dunia..Mari kita tengok foto-foto mereka:

Peter Cech











Michael Ballack










Chivu















Steven Taylor










Pemain-pemain ini semua berdasarkan pemerhatian aku..jadi aku tak pasti siapa lagi yang memakai topeng..kesian mereka ni..walaupun bertopeng, mereka tidak putus asa untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama..bukan suka-suka untuk mereka memakai topeng tapi disebabkan kecederaan yang dialami..


mood: gila bola