Thursday, May 12, 2011

Rupa Paras Tidak Memainkan Peranan Dalam Menjadi Blogger

Alhamdulillah petang tadi aku selamat sampai di Melaka..sekarang ni bermula cuti semester aku selama 4 bulan..aik awat lama sangat?? nak buat macam mana kan..konon2 nya nak selaraskan dengan oversea punya standard..takpe lah..nak membangkang pun benda dah terlaksana..jadi just go on..

Aku tahu ramai yang pertikaikan..yelah blogger hensem dan cantik..dah tentu orang ramai follow..ok aku tepis persepsi yang mengatakan paras rupa menyebabkan kita boleh jadi blogger yang famous..sebenarnya rupa ini hanya merupakan satu bonus tambahan..ataupun pakej sampingan..

Contoh satu situasi: muka hensem atau cantik..tiba2 kita tengok gaya penulisan macam budak tadika..agak2 korang nak masuk lagi tak blog macam tuh..sah2 nye tidak kan..yelah mesti ada yang cakap..poyo lah, gedik lah dan macam lagi..aku mention lagi sekali..rupa tidak menjamin kualiti blog..percayalah

Sebenarnya cara kita menambat hati followers dan readers itu lah penting..kualiti sesuatu entri yang menyebabkan mereka akan kembali ke blog kita..info dan kata kunci sesuatu entri yang menyebabkan mereka tertambat..bukan lah aku nak bagitahu cara nak takel followers or readers..cuma mahu ubah persepsi sesetengah blogger..itu saja..sekadar berkongsi..

Ini link blogger yang hensem..hehe---->sini

mood: semangat berblogging




7.5 juta Kanak-kanak Menggunakan Facebook

Menurut kajian bertajuk State of the Net oleh Laporan Konsumer..lebih 5 juta pengguna Facebook merupakan golongan berumur 10 tahun dan ke bawah..Disebabkan golongan itu melayari Facebook kebanyakkan masa tanpa pengawasan ibu bapa..mereka sering terdedah kepada ancaman seperti Malware, penipu siber dan pemangsa seksual..

Sumber: Utusan Malaysia

Aku cuma ambil sedikit petikan daripada Utusan Malaysia..pada pendapat aku peranan ibu bapa amat penting dalam mengendalikan anak2 mereka..tanpa pengawalan yang kurang memberangsangkan..anak-anak pasti terdedah kepada jenayah siber..pada zaman sekarang kanak-kanak lebih pintar tentang IT..minda mereka lebih terbuka dan cepat belajar..

Jadi, seperti mana yang kita tahu..di internet berbagai2 laman web yang terdapat di sana..seharusnya ibu bapa perlu mengawal tindak tanduk anaknya..yang masih kecil..supaya tidak menyesal di hari kelak..sebab apa aku katakan peranan ibu bapa penting..kerana mereka adalah yang paling rapat dengan anak2 nya..memang ada alternatif yang lain..tapi itulah cara yang terbaik..

mood: cuti