Tuesday, May 10, 2011

Aku Dapat Invitation Buat Show


Selamat datang ke taman skodeng..oppss..silap pulak..sini takde tempat2 nak skodeng ni..hehe..abaikan ye tajuk tuh..takde kena mengena pun..aku bukan artis nak dapat invitation kan..hari tuh masa dinner..saja teringin nak menghiburkan orang..bila lagi kan..masa ni boleh dikatakan..aku first time buat show kot..huhu..meremang bulu roma orang cakap..dah lah takde talent ni..pakai sobat je..bak kata orang " test power "..

Mujurlah takde telur or kasut melayang dekat muka aku ni..maknanya orang boleh terimalah kan nyanyian aku ni..hehe..aku memang suka menyanyi..tapi aku tak pernah masuk audition ataupun pertandingan..kata orang biarlah aku nyanyi sekadar suka2 bukan untuk dikomersial kan..ayat bajet artis je kan..hehe

Aku tak letak pun video dalam ni..kalau nak dengar aku nyanyi..kena karok dengan aku dulu..hehe..tuh syarat utama..deal kan?? perasan je aku ni..entah siapa lah nak dengar aku nyanyi..gambar di atas sekadar hiasan je tuh..aku pakai spek mata sebab nak cover malu jugak lah..huhu..biasalah aku ni pemalu dan pendiam..korang dah jumpa aku nanti tahu lah..chow cin cau


Nak tengok artis sebenar..sila ke



mood: mahu tidur

Pemakaian Baju Dalam Untuk Lelaki


Sumber: Google

Sekarang ni aku tak tahu kenapa cuaca panas sangat..nak kata pemanasan global pun tak tahu lah..tapi kalau keluar je rumah..aku nak buka mata pun sakit..ni aku nak bincangkan sikit pemakaian baju dalam untuk lelaki..haa jangan pikir bukan2 pulak..yang aku maksudkan...baju macam gambar di atas ni..

Kebiasaanya ada sesetengah lelaki suka pakai t-shirt di dalam untuk mengelakkan peluh..tak kiralah bila pakai kemeja atau pun tshirt berkolar..bagi aku ok lah kalau pakai tshirt nipis atau pun spendex di dalam..tapi aku tak tahu kenapa aku tak suka pakai tshirt di dalam ni..mugkin panas kot..benda ni bergantung kepada keselesaan masing2 lah kan..

Aku lebih suka pakai spendex or tshirt nipis ni pada waktu malam..takde lah panas sangat..memandangkan cuaca di negara kita pun tidak menentu..so, aku galakkan lelaki boleh memakai tshirt ni pada waktu malam..siang bukannya tak boleh pakai..tapi cahaya matahari yang terik menyebabkan kulit kita tidak tahan dengan pancaran tersebut..

Berbalik mengenai pemakaian baju dalam untuk lelaki..ini cuma sekadar pandangan aku..bagi sesiapa yang cepat berpeluh aku sarankan lebih baik korang pakai baju dalam ni..supaya kalau kita berpeluh takdelah nampak sangat kan..contohnya masa dating lah kan..badan kita dah berpeluh ni..tapi dengan adanya baju dalam..boleh lah cover sikit..hehe..tak de lah malu sangat kan..

Apa yang aku dapat simpulkan..pemakaian baju dalam bukan sekadar untuk mengelakkan dari   berpeluh..boleh je kita berstyle dengan baju ni..simple dan trend masa sekarang..

mood: ambil angin petang