Sunday, April 10, 2011

Diaries Of Us


Assalamualaikum..

Dah beberapa hari aku tak review blog ni..biasanya pada lewat malam..entri aku pasti mengenai blogger..tengok header dia..berbunga2 je kan jiwa kita ni..best2 dah lah warna pink..sedap je mata memandang..aku tak leh review banyak2..nanti tak surprise lah kan..nak tahu kena tengok sendiri..:)

Mari kita tengok siapa tuannya..

Kau Tigakan Cinta


Dalam suasana yang agak suram..diiringi bunyi2 guruh..bercampur pula dengan perasaan aku yang entah apa2..aku dengar lagu ELKASIH-KAU TIGAKAN CINTA macam kena dengan jiwa aku pulak..tiada kaitan sedikit pun dengan hubungan aku..tapi lagu ni memang sedap di dengar lah..sekirannya jiwa tengah meroyankan..lama dah aku tak rasakan perasaan macam ni..sukar untuk digambarkan..

Aku tak tahu nak luahkan di mana..jadi blog lah jadi segalanya..aku cuba kentalkan semangat aku..tidak kira apa  pun berlaku..aku tetap mahu bersama dia..andai aku pergi dulu..aku harap dia jumpa yang lebih baik buatnya..aku tahu..aku tidak sempurna seperti yang dia sangkakan..aku hanya hidup dalam kesederhanaan..aku cuba berikan terbaik buatnya

Tiap hari aku fikirkan cara untuk membuatkan dia gembira bila bersama aku..aku mahukan dia gembira..aku tak sanggup melihat dia sedih..kalau boleh aku sanggup menanggung kesedihan itu..aku sayang dia..aku takut kehilangan dia..aku mahu menjaga dia sebaik mungkin ketika dia sakit atau pun sihat..apa lah yang aku rasa saat ini..apa yang dia sedang lakukan..dia dah makan ke belum??..dia sihat ke tak??..haish..aku risau sangat tentang dia..

Walau apapun cabaran yang datang..aku rela menghadapinya..tak kiralah aku perlu berkorban apa pun..dengan cara ini lah aku dapat membuktikan cinta aku kepadanya..aku cuma luahkan apa yang aku rasa..dengan cara ini sajalah dapat kurangkan tekanan..tapi dengan solat adalah lebih baik..

mood:-.-

Perbezaan Artis Blogger dan Artis Dunia Hiburan


Sambil2 makan megi ni..layan jugak kalau update blog kan..haa ni nak cerita sikit..orang asyik duk sebut2 artis blogger kan..aku pun tak sangka..dengan sekadar mengadap laptop dan taip je..dah boleh digelar artis kan..untunglah siapa ada blog ni..hehe..dah2 jangan nak perasan..aku bukan pun artis blogger..orang je anggap aku artis..malu2..:) Ok aku nak tunjuk siapa artis blogger sebenar..aku bukan nak fokus pada artis blogger atau pun apa..aku nak tengok perbezaan artis blogger dan artis dunia hiburan..:)

Artis Blogger (Ben Ashaari)


  • Artis yang terkenal melalui blog
  • Tiada terlibat dengan paparazzi
  • Selalu di serang Anon untuk menjatuhkan kepopularannya
  • Tiada gosip



Artis Dunia Hiburan (Lisa Surihani)


  • Terkenal melalui bidang lakonan dan pengacaraan
  • Terlibat dengan paparazzi
  • Selalu diserang dengan khabar2 angin yang buruk untuk menjatuhkannya
  • Gosip ada di mana2

So, mana lebih untung..hehe..dah2 aku saja2 je buat perbezaaan ni..tiada melibatkan hidup atau pun mati..gambar pun sekadar hiasan..

mood: entahlah