Sunday, March 6, 2011

Ke Arah 2000 Followers

Dalam sedar tak sedar..aku duduk gosok-gosok mata ni..terkejut sekejap aku..tengok-tengok followers sudah mahu ke angka 2000 orang..adakah ini benar??


Lihatlah angkanya..sebenarnya angka tidak memainkan peranan pun..yang lebih penting adalah hati seseorang yang ikhlas untuk singgah di blog kita..dalam dunia blogging ini memang tiada paksaan..ia mengikut kerelaan hati blogger tersebut..jadi jangan paksa memaksa okies..kita berblogging untuk suka-suka..mengisi masa lapang dan sewaktu dengannya..

Sebelum itu..aku berasa sedih sangat disebabkan waktu berblogging aku tidak sekencang dulu..dahulunya aku boleh je terjah ke sana ke mari..sekarang ni masa begitu lah amat terhad..kesian dekat korang semua kan..huhu..tak pe aku akan cuba jugak luangkan masa yang telah komen dan tinggalkan jejak di shoutbox..aku tak kan menghampakan korang semua..chow..

mood: pergi kelas

NEVER SAY NEVER..peace!!

Aku Tak Pernah Impikan Kehidupan Seperti Ini

Assalamualaikum semua..mari kita ceriakan hujung minggu kita dengan senyuman..yeah..tak mahu bersedih ye..kita perlu senyum walaupun adakalanya hati kita tidak tenang..biarlah ia tidak tenang di dalam tetapi luarannya haruslah ceria ok..Sebelum aku mempunyai blog..aku hanya seorang manusia seperi orang lain..hanya mengadap buku dan kerja-kerja yang diberikan oleh lecture..(agak skema ayat aku di sini)..haha

Ok aku teruskan lagi..setelah terciptanya blog aku pada November 2010..aku mula aktif berblogging sehingga aku lupakan makan minum disebabkan keasyikan berblogging..aku tidak tipu..perasaan aku begitu membuak-buak dengan blog..bangun tidur dengan blog..lepas mandi mengadap blog..aku berasa teruja di saat aku mempunyai blog..siang malam aku tidak pernah lekang dengan blog..

Setelah melalui dunia blog dalam beberapa bulan..aku terharu disebabkan blog aku boleh diterima masyarakat..tidak kira tua atau pun muda..kepada followers, silent readers dan seantero dengannya..aku mengucapkan terima kasih di atas sokongan korang semua..aku tidak lah femes dan glamour seperti yang disangka..aku hanya manusia yang serba kekurangan..tidak pernah aku jangka kan..dengan berblogging..aku dikenali ramai..tapi itu bukan lah yang aku pinta selama ini..bila orang melawat blog kita..aku sudah merasakan cukup dihargai..

Jadi aku akan teruskan berblogging dengan sokongan anda semua..chow

NEVER SAY NEVER..peace!!