Tuesday, February 1, 2011

Adess!! Boleh Terima Ke Lelaki Dan Beg Tangan??


Sumber: Yahoo images

Haish..betul ke tajuk entri aku ni..ke aku salah tulis..adakah korang yakin lelaki yang berbeg tangan ini sesuai dengan gayanya??..kebiasaanya hanya perempuan yang menggayakannya..itupun tidak semua..ada yang jenis bawa wallet pun ada..ikut kesenangan masing-masing lah..habis cerita..

Berbalik mengenai isu aku ni..aku pernah terserempak dengan Awal Ashaari sambil membawa beg tangan..adeh!! mula-mula aku terkejut jugak..betul ke apa yang aku nampak ni..lepas perhatikan betul-betul..memang sah..dia membawanya..Terdiam aku sebentar..Rupa-rupanya lelaki macho macam dia pun membawa beg tangan..adakah aku akan mengikut jejaknya?? oh tidak..jauh sekali agaknya..

Bayangkan bila ramai lelaki di luar sana memakai beg tangan..waduh-waduh.sudah tidak nampak perbezaan lelaki ataupun perempuan..hehe..maybe dengan membawa beg tangan lebih maskulin agaknya..hehe..kalau macam perempuan aku akui lah..pelbagai barang dalam beg tangannya..hehe banyak sangat kalau aku nak sebutkan ni..Apa-apapun mereka dengan gaya mereka tersendiri..aku hanya boleh memerhati dan berikan pendapat..:)Awal Ashaari jangan marah ye..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Suatu Hari Nanti Pasti Blogger-Blogger Memenuhi Ruangan Media

Siapa sangka dengan hanya berbekalkan laptop dan mempunyai keinginan untuk menaip..mereka-mereka seperti:




telah mencipta nama dengan gayanya tersendiri..aku dapat rasanya TSU " BLOG " akan melanda di kalangan rakyat Malaysia..percayalah..hampir setiap masa..aku saksikan kelahiran blog..tahniah buat mereka yang melahirkan blog..anda tidak memilih jalan yang salah..jika niat kita untuk berblogging adalah tulus dan suci..tidak mustahil..kita juga akan menjadi seperti mereka..

Tetapi dalam blogging bukan lah populariti yang kita kejarkan..persahabatan dalam dunia blog adalah lebih bermakna buat kita semua..aku sudah dapat rasakan kepuasan berblogging bila menghadirkan diri ke GATHERING SAHABAT BLOGGER ahad lepas..walaupun perjumpaan kami amat singkat..namun setiap saat amat bermakna buat aku..aku amat hargai..

Populariti hanya sebahagian dalam blog..jadi sesiapa yang dipilih merupakan rezeki masing-masing..hehe..bukan senangkan nak dapat pelawaan daripada mana-mana media..okeh!! itu sahaja..selamat berblogging..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Pemberian Baju Kepada Pasangan Menyebabkan Hubungan Tidak Kekal??


Assalamualaikum..wah hari ni dah 1 Februari 2011..yes!! dah masuk pun bulan dua..pantasnya masa berlalu..dah terasa tua lah pulak..takpe-takpe aku kena maintain baby face..hehe..ok let begin the story..Pernahkah korang dengar..bila si dia menghadiahkan pakaian iaitu merupakan baju..menyebabkan hubugan mereka tidak kekal..ada logik ke dekat situ??

Kalau ditanyakan kepada aku..sudah tentu aku jawab..logiknya memang takde..kalau tidak logiknya aku pasti sangat-sangat..yelah apa kaitan pulak baju dengan hubungankan..tiada connection langsung..sejauh mana kebenaran..aku pun tidak tahu..kepada yang ada pengalaman..mengenainya..boleh berkongsi dengan aku..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!