Thursday, January 20, 2011

Penggunaan Shawl Makin Berleluasa


Assalamualaikum..zaman sekarang ni apa yang kita pakai tak kiralah apa jenis fesyen pun..walaupun ia menutup aurat atau pun tidak..pasti menjadi bualan mulut orang..ye kan?? penggunaan shawl di kalangan wanita semakin meluas..pelbagai gaya tudung diperagakan..mata aku tidak terlepas pandang apabila tersempak gadis-gadis yang menggayakan shawl..

Fuh!! kalau yang pandai menggayakannya..alamatnya cairlah aku tengok..huhu..aku sekadar memerhati ok..tiada niat untuk tackle pun..yelah aku ni siapalah bagi diri mereka..haha..ayat tak boleh blah kan..memang banyak dah..orang yang memakai shawl ni..mana-mana pun aku pergi..pasti berjumpa dengan dengan cik shawl ni..yang berwarna warni pun ada..yang member (Shahrir) aku sorang ni lain cerita pulaknya..bila nampak perempuan yang pakai shawl..dan-dan je cakap dekat aku..

Maka terjadilah perbualan di antara kami..

Shahrir: Eh, awek blog lah..tengok fesyen tudung dia..

Aku: Mana-mana?? haha kau ni semua perempuan yang pakai tudung berfesyen je..semua kau cop awek blog ye..

Shahrir: Yelah..mana taknya semua awek-awek yang ada blog confirm gaya tudung dia macam tuh..

Aku: Adeh..yeke..hehe (aku tersenyum lebar)

Tak kira apa jua fesyen pun..asalkan kita menutup aurat kan..thumbs up!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bila Lelaki Mula Berbicara Tentang Perasaan

Waktu malam yang tenang di temani bunyi cengkerik..lantas aku mencapai laptop dan jari jemari aku terus bergerak menghasilkan entri..tiada info penting untuk dikongsikan..hanya sekadar bingkisan kata..aku tidaklah pakar membicarakan mengenai perasaan..tetapi ianya lahir daripada pengalaman yang aku timba selama aku hidup..serta pendapat daripada golongan-golongan yang jauh berpengalaman dari aku..

Perasaan??

Adakah ia sekadar perkataan atau pun mempunyai maksud yang tersirat..perkara sebegini hanya terjawab apabila kita sendiri yang dapat menjawabnya..bila bercinta sudah tentu perasaan seseorang pasti disentuh oleh si dia..siang tadi..kenalan aku di facebook menanyakan..bagaimana harus kita pilih pasangan kita??

Lantas aku menjawab..pada mulanya aku berkata..hanya menggunakan hati..kemudian kenalan aku masih meraguinya..boleh ke kita memilih pasangan menggunakan hati..maka dia menjawab " ikutkan hati, kita mati "..bila aku fikirkan balik..mungkin betul cakapnya..jadi aku mengambil keputusan..menggunakan hati dan akal..dengan adanya akal..kita dapat berfikir..yang baik mahupun yang buruk..

Kenalan aku masih tidak berpuas hati..dia menjawab..kalau dah bercinta..semuanya buta..hanya melihat yang indah sahaja..bagi aku perkara ini diri sendirilah yang dapat membantu kita..daripada leka dibuai bahana cinta buta..aku sebagai temannya..aku hanya boleh menasihati memberikan pendapat..aku tidak boleh mengubahnya tanpa bantuan daripada dirinya sendiri..

Perasaan seseorang manusia mudah dinodai..berhati-hatilah bila didekati oleh seseorang yang baru di dalam hidup kita..memandang malam semakin kelam..mata aku semakin pejam..akan aku bawa diri ke katil..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Setelah Ku Fahami

Setelah hidupnya aku selama 22 tahun..pelbagai onak dan duri telah aku lalui..bermacam-macam rintangan yang aku telah redahi..tetapi berbekalkan semangat yang ada..walaupun hanya sebesar zarah..aku tidak menoleh kebelakangan..aku terus ke depan dan depan..Seandainya aku mengundur langkah walaupun setapak..aku belum yakin..aku boleh berjaya sampai ke tahap ini..

Inilah lumrah kehidupan..sekiranya kita tiada semangat dalam hidup..maka dengan mudahlah kita tertinggal di belakang..jikalau sudah tertinggal..belum tentu sesiapa mahu menolong kita..apa yang aku faham dengan kehidupan..ia umpama layang-layang yang bertali..membawa maksud..sebuah kehidupan yang memerlukan petunjuk..cuba kita bayangkan..layang-layang tanpa tali..sudah tentu ia melayang-layang di bawa angin yang bertiup tenang..

Kehidupan ini tidak lari daripada kita berblogging..sikap tidak putus asa..paling digalakkan..kita akan berasa seronok jika kita mmpunyai sikap sebegitu..biarpun dikritik, dicaci, dimaki..namun kita masih berdiri teguh dan meneruskan berblogging..walaupun perjalanan aku masih jauh..tapi serba sedikit aku banyak mempelajari apa itu kehidupan..apa yang dilihat,apa yang didengar..daripada situlah kita dapat menilai sebuah kehidupan..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Aku telah join satu contest..iaitu contest entri paling meletup..aku sekadar mencuba..hehe..wish me luck..
nak join..jom