Sebelum aku memulakan assignment..rasanya tak lengkap tanpa menulis entri di blog aku..hehe..hari demi hari berlalu..rupa-rupanya dah dua bulan lebih aku berblogging..memang aku tak cayalah..aku masih boleh rasakan bahang tahun baru 2011..dulu aku bagaikan buta IT..hanya sekadar melihat orang lain menulis blog..tapi kini aku memiliki blog aku sendiri..alhamdulillah..followers aku pun amat memberangsangkan..
Kadang-kadang bila aku berblogwalking,aku rasa macam tidak percaya..mimpi pun ada..yelah, mana taknya ada jugak blogger-blogger membuat review tentang blog aku..inilah yang membuat aku tidak terkata untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka..aku sudah boleh diterima oleh mereka..sebenarnya pada mulanya aku berblogging..perkara ini sama sekali tidak terpikir di kepala aku..apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada mereka semua yang telah melawat blog aku malah yang meninggalkan komen serta yang menjadi followers aku..tanpa korang semua siapa blog aku kan?? tidak lupa jugak kepada silent readers..thank a lot..
Kepuasan berblogging ini hadir apabila penulisan kita dihargai dan jugak persahabatan yang dapat dibina di antara blogger..ok..menyentuh berkenaan semangat berblogging..memang ada di kalangan kita tidak berasa senang dengan kehadiran kita..namun jadikan ia sebagai satu cabaran buat kita semua..dan janganlah cepat mengalah ok..berblogging ni memang ada pahit manisnya..bila di kritik ataupun ditegur..kita ambil semua itu..dan cari penyeleasaiannya..pasti ada..eh-eh terlajak pulak entri aku ni..panjang bebenor..Kepada teman-teman blogger..semoga berblogging dengan cara yang sihat..janganlah menjatuhkan orang lain..kalau mahu menegur pun biarlah dengan cara yang betul..
NEVER SAY NEVER..peace!!