Hujung minggu ni..kebiasaanya aku memang duduk rumah..huhu..macam tak percaya je kan..tetapi haruslah percaya..haha..jadi member sekolah rendah @ member blog aku telah ajak aku untuk menyertai satu contest iaitu PERTANDINGAN: APA ITU KITAR SEMULA..baru je semalam aku masuk contest AMMAR YASIR..hari ni aku tak nak ketinggalan untuk sertai lagi satu pertandingan bertemakan alam sekitar jugak..yeah..ramai-ramai lah sokong pertandingan ini..jom join..
Pertandingan seperti ini seharusnya perlu diadakan selalu bagi memupuk budaya kitar semula di kalangan rakyat Malaysia..memang suatu masa dulu..kerajaan Malaysia pernah membekalkan tong-tong kitar semula di setiap agensi kerajaan dan jugak di sekolah-sekolah..namun..ianya tidak mendapat sambutan..
Kebiasaanya bahan-bahan yang boleh dikitar semula..seperti kaca, kertas dan juga plastik..setiap sampah itu mempunyai warna tong yang tersendiri..haha..aku pun tak ingat..:)Benda ini aku telah diajar semenjak sekolah menengah dan berlarutan ke diploma sehinggalah degree..cuma sekarang harus dipraktikan sahaja..
Sebenarnya ada baiknya kita kitar semula..salah satunya kita dapat menjimatkan penggunaan landfill di Malaysia..seandainya tiada istilah kitar semula..maka kuranglah tanah di Malaysia disebabkan jadinya tempat pelupusan sampah..dan jangan lupa prinsip 3R..iaitu Reduce, reuse, recyle..yeah..selamat beramal..ini je yang aku dapat kongsikan..
NEVER SAY NEVER..peace!!