Source: Google image
Assalamualaikum..pemikiran orang zaman sekarang semakin lama semakin cetek..bukan aku nak kutuk kaum kita ke apa..tapi sebagai seorang Muslim..agak-agaknya mereka(pencuri tak bertauliah)tahu ke tempat yang ada kubah ni..tempat apa?? gila kan..tempat yang lagi suci ini..dijadikan sebagai medan mencuri..geram betul aku..
Minggu lepas, aku dengan member-member aku pergi lah makan dekat Kampung Baru..kemudian lepas tuh kitaorang singgah kejap dekat masjid sana..malangnya kasut member aku yang sorang ni..kena rembat dengan orang sengal mana agaknya..mahu tak angin satu badan kitaorang semua..apa kejadah masjid pun nak curi..ala setakat curi kasut apa barang..kalau nak rompak pun..pergilah BANK NEGARA KE..RUMAH BANGLO KE..ini tak..kasut jugak..adoi..lemau aku dibuatnya..
Tapi nasib masih menyebelahi member aku ni..nasib baik jumpa balik kasut yang hilang tuh..dah macam " spy " kot..siap buat jerangkap samar lagi..haha..umpan tak mengena pulak..kalau kena masa tuh..fuh!! masak lah budak tuh..(cakap macam berani je ni..huhu)..Nasihat aku kepada pencuri-pencuri kasut..cubalah bertaubat..ingatlah ibubapa kita yang bersusah payah membesarkan kita supaya kita menjadi orang yang berguna kelak..jangan lupa matlamat itu..kita tidak pernah dilatih untuk panjang tangan..lebih baik pergi masjid menyucikan diri anda dari sebarang dosa..selamat beramal..
Sebelum tu..layan gambar makan dekat CHICKEN RICE SHOP..
Macam tauhu cina pun ada..
Fishball..sodap-sodap
Ni aku tak tahu apa benda..yang penting rangup..huhu
Tauge..layan-layan
Syok kerabu mangga ni..pedas-pedas..
Muka kelaparan semua ni..haha
Tengok semua macam rimau nak terkam mangsa..haha
Sabar menunggu makanan..hoho
Daging apa entah..tapi memang pekat likat..hehe
NEVER SAY NEVER..peace!!