Monday, January 31, 2011

Giveaway Eqbalzack " Sedut Kasi Abes "


Assalamualaikum..

GA Eqbalzack datang bertandang, 
Aku malu tak habis-habis,
Hadiah kemenangan di pandang-pandang, 
Memerlukan sedut kasi abes.

Tag Si comot comel..hehe

Nak hadiah..mari sini..

Suai Kenal Blogger Edisi Februari



Zaas!! aku datang dengan segmen Ben Ashaari..adeh lama rasanya tak join..jadi cuti ni aku jadi full time blogger..hehe..ini lah peluang keemasan aku..okeh kepada sesiapa belum join..rugi ni kalau tak join..klik sini..

Beri pendapat anda mengenai laman web ini : WWW.1TUBE.MY

1TUBE.MY merupakan benda baru bagi aku di dalam dunia internet..sebelum ni..Ben Ashaari pernah mewar-warkan..mengenainya, jadi pada gathering semalam aku sendiri di temu ramah bersama 1TUBE.MY bersama Ujang, Nazirul Hazwan dan Ben Ashaari..haha merapu rapan..kami berempat..tunggu kedatangannya..Ini juga merupakan satu produk keluaran Malaysia..kalau bukan kita lagi..siapa lagi nak menyokong produk kita sendirikan..

Berikan pendapat anda : DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA .... tidak kurang dari 100 patah perkataan ..

Memang aku tidak menafikan..dunia blog di Malaysia semakin berkembang..sedangkan kita lihat di ALEXA pun..blog tersenarai dalam golongan 10 teratas website yang selalu digunakan oleh kita semua..wow!! memang suatu pencapaian yang boleh dibanggakan..apa yang aku boleh katakan..seperti semalam..kawan di alam maya boleh di realitikan..jadi..sudah terjadi pun..aku memang teruja semalam..dan perkara yang sangat bermakna dalam diri aku..Aku pasti suatu hari nanti..media-media di Malaysia pasti dipenuhi dengan blogger-blogger yang berjaya..kalau nak disebutkan pun..aku rasa korang semua sudah tahu..All da best for them!! aku harapkan dunia blog di Malaysia terus berkembang pesat..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Ben Ashaari Ni Memang Artis Ke?



Alangkah terkejutnya aku mendengar..kakak saudara aku bertanyakan sesuatu yang agak berlainan dari lain yang lain..Perbualan bermula:

Kakak saudara: Syafiq, Ben Ashaari tuh memang artis ke??


Aku: Eh?? betul ke kak?? mana kakak tahu ni??


Kakak saudara: Bukan apa, kakak tengok semua blog kawan-kawan kakak ada nama Ben Ashaari..


Aku: Biasalah kakak..orang dah famouskan..mestilah ramai peminatnya..silap-silap tiap2 bulan masuk magazine..hehe


Kakak saudara: Dia kerja apa eh Syafiq??


Aku: Tak tahu lah kakak..masa gathering SB pun saya tak sempat nak temuramah dia..cuma sempat salam je..apa-apa pun teruja jugak dapat berjumpa Ben Ashaari..


Lain pulak cerita adik aku ni..dia cakap Ben Ashaari terpapar di majalah MASKULIN tuh..haha..adeh tak sempat aku nak beleke majalah ni dekat kedai berdekatan..akan aku pastikan..apa-apa pun Ben Ashaari memang sempoi..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Sunday, January 30, 2011

Review Sahabat Blogger Gathering @ Heliza Memang Cumil

First of all..sebelum mata aku melabuhkan tirai..mahu tidak mahu..aku nak jadi yang terawal update pasal gathering blogger..hehe..aku ucapkan kepada mereka yang telah merancang gathering SAHABAT BLOGGER..kepada Amal Espranza ataupun the GARANG..thank a lot guys..kepada admin-admin lain..seperti ATIQ SALLEH, BRO FRAMESTONE..dan ramai lagi..maaf ye kawan-kawan aku tak larat nak link kan blog korang..sorry sangat..sebab mata aku dah tak larat..huhu..kepada yang aku tidak sebut jangan lah kecewa okeh..hehe..mungkin aku tak berapa nak kenal..huhu

Apa yang aku dapat ye dari gathering ni??


  • Mr Kong @ founder Gengblogger.com telah memberikan banyak tips berguna..
  • Kawan-kawan dari dunia maya dapat di realiti kan..
  • Persahabatan yang dapat dibina walaupun kali pertama berjumpa sambil segan-segan silu..haha
  • DD pun ada jugak menyampaikan ilmu yang sangat berguna
  • Zack entri pun tidak ketinggalan memberikan info-info yang sangat berguna..
Mari kita tengok mereka punya gelagat




Okeh..last but not least..Heliza admire me..haha..just joke..untuk tatapan umum..


Have a nice day..

NEVER SAY NEVER..peace..

Ingat Ujang dengan Naz je boleh..aku boleh jugak..haha

Saturday, January 29, 2011

Kehidupan Lebih Matang

Siapa sangka..tahun demi tahun..umur kita pasti berubah..bila ia sudah meningkat..tiada siapa yang dapat mengubahnya..namun masih ramai yang tidak menyedarinya..masih kekal di takuk yang lama..setiap orang pasti mengimpikan kehidupan yang lebih matang..

Seperti aku jugak..aku belajar untuk menjadi lebih matang..yelah bila usia sudah meningkat..pasti alam perkahwinan semakin hampir dengan kita..aku bagaikan tidak percaya..usia aku sudah menjangkau ke alam dewasa..zaman kanak-kanak aku masih lagi terpahat di kepala aku..tapi apa boleh buat inilah realiti kehidupan..

Adanya sikap matang di dalam diri kita..pasti apa yang kita lakukan lebih teratur..jikalau kita tidak bersikap begini..aku rasakan pelbagai perkara yang tidak enak berlaku..contohnya..dalam perkahwinan..aku sebagai lelaki merupakan ketua keluarga..tanggungjawab yang aku pikul amatlah besar..jadi, di sini aku haruslah bersikap matang dalam menguruskan dalam semua benda..

Bila difikirkan balik..bersikap keanakan dalam dalam mendirikan rumah tangga mungkin mendatangkan satu masalah kepada pasangan kita..aku rasa..korang pun boleh fikir sendiri akibatnya..mungkin tidak boleh bersikap keanakan..tetapi biarlah mengikut waktu yang sesuai..kematangan dalam diri mungkin membuatkan pasangan kita berasa selesa dengan kita..sekian

NEVER SAY NEVER..peace!!

Friday, January 28, 2011

Perempuan Dengan Perempuan Memang Tak Boleh Lebih Eh..

Musim cuti ni..pasti ramai blogger yang mengambil kesempatan untuk mencuci blog-blog yang dah bersawang..haha..mana taknya masa belajar ni memang terhad lah nak update blog kan..so, di kesempatan yang ada..marilah kita menyemarakkan lagi semangat berblogging..yelah daripada takde buat apa-apa..layan blog pun cara jugak kan..

Perempuan?? bagi kaum lelaki perempuan ini adalah hiasan di dunia..kata orang penyeri dalam semua benda..memang sedap di pandang..pandang je ye..nak sentuh nikah dulu..hehe..apa yang aku mahu utarakan ialah..jenis macam aku ni..aku suka memerhati keadaan sekeliling..kira macam " stalker " jugak lah..tipu je..haha..

Kadang-kadang aku ada perasan jugak lah..bila seorang perempuan ni dress up ala-ala diva gitu..mata-mata perempuan yang lain mulalah terbeliak..dan lepas tuh apa lagi..mengumpat je lah jawapannya..isk-isk how come lah boleh jadi macam tuh ek?? masing-masing punya baju..masing-masing punya hal lah..ye kan?? 

Ada je potpet sana sini..contohnya " eh. mesti murah kan baju perempuan tuh pakai "..tak elok macam ni..kalau dia nampak hot pun dengan dressing dia..pergilah tanya beli dekat mana baju ni..tanya dengan baik..kan lebih molek di situ..Apa-apa pun kita bersaing secara sihat walafiat okeh..

Selamat bercuti dan berblogging semua..

NEVER SAY NEVER..peace!!

CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL !


Sebelum menjelang waktu malam..aku dengan terhegeh-hegehnya menyertakan diri aku dalam contest ni..haha..lama dah tak masuk contest ni..manalah tahu tuah aku di CUTI RAYA CINA ni..hehe

Nak tengok sejauh mana coolnya aku..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cool ke?? hehe
.
Okeh nak join..klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, January 27, 2011

Penggunaan " AKU " dan " SAYA " ketika berblogging..

Assalamualaikum..

Peredaran waktu dari masa ke semasa amatlah pantas..sehinggakan aku dikejutkan dengan bertubi-tubi kerja..yang langsung belum aku sentuh..apatah lagi blog aku kan..kepada yang telah melawat blog aku..aku ucapkan terimah kasih banyak-banyak..kalau berkesempatan..aku akan terjah semua followers aku..itulah yang aku harapkan..:)

Berkaitan dengan penggunaan " AKU " dan " SAYA " dalam berblogging..mana agaknye lebih sesuai ye..pada persepsi aku..dua-dua pun dah ok..seperti aku..aku menggunakan " AKU "..mungkin lebih fiendly la kot..hehe..benda ni semua bergantung pada diri masing-masing lah..senang cerita mengikut keselesaan diri..kot-kot ada yang meluat ke kalau menggunakan perkataan " SAYA "..haha..

Kalau hendak diikutkan memang banyak lagi untuk ganti nama diri kita..contohnya  " I ", " GUA " dan sebagainya..mengikut NAZIRUL HAZWAN @ SURATAN KEBETOLAN..dia menggunakan " DEN "..haha..anak jati nogori lah kot..apa-apa pun berblogging lah mengikut gaya tersendiri..hehe..apa yang kita rasa ok..just go on ya..~

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tuesday, January 25, 2011

Kawan-kawan..Bolehkan Undi Aku..

Assalamualaikum..aku baru je terperasan..entri aku dipilih untuk menjadi antara salah seorang pemenang..thank to overscurry..sebenarnya aku tak mengharapkan pun sekadar mencuba..alhamdulillah berbaloi jugak percubaan aku nih..

Kepada yang ingin mengundi..klik sini..

Kepada yang ingin melihat entri aku..klik sini..

Kepada korang semua..jangan segan-segan ye nak mengundi..

GEGAR BLOG : Soalan 3




Soalan pertama: Di manakah tempat pertama kali blogger ini bekerja?

Hospital Selayang

Soalan kedua: Senaraikan apakah nama empat gambar yang anda lihat disebelah kiri paling atas blog blogger ini ?

Bio Aura
Korset
Biozone food purifier
Biozone car sterilizer

Soalan ketiga ... jeng jeng jeng.. dari aku sendiri .. Sila rujuk blogBENASHAARI II untuk mendapatkan jawapan ...
Soalannya > 78 + 78 + 78 + 78 = ENTRI TERKININYA ...

Jom gegar blog

Nak join jom..klik

Ben Ashaari dan Redmummy..Siapa Lebih Famous??



                            vs




Assalamualaikum..lama betul rasanya aku tak mengemas kini blog aku ni..asyik mempromosikan bloglist aku je..hehe..boleh tahan jugak lah sambutannya..alhamdulillah..dalam 3 hari jugak lah aku biarkan blog aku ni..mesti korang bosan kan??Haa ini malam..aku bagi entri baik punya..

Cuba lihat gambar di atas..sah-sah korang kenalkan..siapalah tak kenal dua blogger yang sedang hangat di pasaran..iaitu Ben Ashaari dan Redmummy..masing-masing dah melibatkan diri dengan media..aku berasa kagum dengan mereka..mungkinkah suatu hari aku di tempat mereka?? haha tidak mungkin lah aku berblogging untuk memenuhi masa lapang je sambil menambah kenalan..:)

Ok..kita terjah dulu mengenai Redmummy..empunya blogger terkenal dengan mempunyai blog berwarna merah..i like that..hehe..merah merupakan salah satu warna kegemaran aku tetapi warna blog aku entah kenapa warna oren..pelik jugak kan..hehe..lihatlah kuasa blog redmummy menyebabkan dirinya termasuk ke BERITA HARIAN..adeh termasuk ke..hehe..memang dirinya layak pun untuk masuk dalam dunia media..tahniah buat Redmummy..

Tidak asing lagi buat kita..nama Ben Ashaari kian menyinar di antara blogger..siapa sangka dengan berblogging..dia melayakkan diri ke Majalah Rapi..fuhh!! terkejut jugak aku..Ben Ashaari masuk majalah..bro dah macam selebriti lah..all da best for you!!

Kedua-dua blogger ini mempunyai kekuatan masing-masing..jadi aku tidak hairanlah mereka cemerlang dengan gaya yang tersendiri..Kalau nak diikutkan ramai lagi blogger-blogger yang dah berjaya..apa-apa pun..kita yang baru di dalam bidang ini..haruslah menjadi mereka sebagai idol kepada kita semua..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kepada yang belum join bloglist aku..klik sini ya..

Friday, January 21, 2011

Bloglist Sandiwara Seorang Insan @ Syafiq Rosli


Asal malam je aku nak taip entri..tak tahu kenapa..haha..mungkin feeling lebih kot..tapi malam ni bukan lah entri jiwang pun..aku cuma nak buat bloglist seperti mana blogger-blogger lain dah buat..ye tak?? sudah tentu aku tak ketinggalan..huhu..wokeh senang je..buat satu entri seperti di bawah:

Tajuk: Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli

Jantina: Lelaki @ Perempuan

Itu sahaja yang aku perlukan..jangan malu-malu..ajak kawan-kawan ye..:)sebab aku perlukan jantina..supaya memudahkan aku mengenali yang mana lelaki dan juga perempuan..:)bila dah siap entri..tinggalkan link di komen ini..sekian

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, January 20, 2011

Penggunaan Shawl Makin Berleluasa


Assalamualaikum..zaman sekarang ni apa yang kita pakai tak kiralah apa jenis fesyen pun..walaupun ia menutup aurat atau pun tidak..pasti menjadi bualan mulut orang..ye kan?? penggunaan shawl di kalangan wanita semakin meluas..pelbagai gaya tudung diperagakan..mata aku tidak terlepas pandang apabila tersempak gadis-gadis yang menggayakan shawl..

Fuh!! kalau yang pandai menggayakannya..alamatnya cairlah aku tengok..huhu..aku sekadar memerhati ok..tiada niat untuk tackle pun..yelah aku ni siapalah bagi diri mereka..haha..ayat tak boleh blah kan..memang banyak dah..orang yang memakai shawl ni..mana-mana pun aku pergi..pasti berjumpa dengan dengan cik shawl ni..yang berwarna warni pun ada..yang member (Shahrir) aku sorang ni lain cerita pulaknya..bila nampak perempuan yang pakai shawl..dan-dan je cakap dekat aku..

Maka terjadilah perbualan di antara kami..

Shahrir: Eh, awek blog lah..tengok fesyen tudung dia..

Aku: Mana-mana?? haha kau ni semua perempuan yang pakai tudung berfesyen je..semua kau cop awek blog ye..

Shahrir: Yelah..mana taknya semua awek-awek yang ada blog confirm gaya tudung dia macam tuh..

Aku: Adeh..yeke..hehe (aku tersenyum lebar)

Tak kira apa jua fesyen pun..asalkan kita menutup aurat kan..thumbs up!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bila Lelaki Mula Berbicara Tentang Perasaan

Waktu malam yang tenang di temani bunyi cengkerik..lantas aku mencapai laptop dan jari jemari aku terus bergerak menghasilkan entri..tiada info penting untuk dikongsikan..hanya sekadar bingkisan kata..aku tidaklah pakar membicarakan mengenai perasaan..tetapi ianya lahir daripada pengalaman yang aku timba selama aku hidup..serta pendapat daripada golongan-golongan yang jauh berpengalaman dari aku..

Perasaan??

Adakah ia sekadar perkataan atau pun mempunyai maksud yang tersirat..perkara sebegini hanya terjawab apabila kita sendiri yang dapat menjawabnya..bila bercinta sudah tentu perasaan seseorang pasti disentuh oleh si dia..siang tadi..kenalan aku di facebook menanyakan..bagaimana harus kita pilih pasangan kita??

Lantas aku menjawab..pada mulanya aku berkata..hanya menggunakan hati..kemudian kenalan aku masih meraguinya..boleh ke kita memilih pasangan menggunakan hati..maka dia menjawab " ikutkan hati, kita mati "..bila aku fikirkan balik..mungkin betul cakapnya..jadi aku mengambil keputusan..menggunakan hati dan akal..dengan adanya akal..kita dapat berfikir..yang baik mahupun yang buruk..

Kenalan aku masih tidak berpuas hati..dia menjawab..kalau dah bercinta..semuanya buta..hanya melihat yang indah sahaja..bagi aku perkara ini diri sendirilah yang dapat membantu kita..daripada leka dibuai bahana cinta buta..aku sebagai temannya..aku hanya boleh menasihati memberikan pendapat..aku tidak boleh mengubahnya tanpa bantuan daripada dirinya sendiri..

Perasaan seseorang manusia mudah dinodai..berhati-hatilah bila didekati oleh seseorang yang baru di dalam hidup kita..memandang malam semakin kelam..mata aku semakin pejam..akan aku bawa diri ke katil..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Setelah Ku Fahami

Setelah hidupnya aku selama 22 tahun..pelbagai onak dan duri telah aku lalui..bermacam-macam rintangan yang aku telah redahi..tetapi berbekalkan semangat yang ada..walaupun hanya sebesar zarah..aku tidak menoleh kebelakangan..aku terus ke depan dan depan..Seandainya aku mengundur langkah walaupun setapak..aku belum yakin..aku boleh berjaya sampai ke tahap ini..

Inilah lumrah kehidupan..sekiranya kita tiada semangat dalam hidup..maka dengan mudahlah kita tertinggal di belakang..jikalau sudah tertinggal..belum tentu sesiapa mahu menolong kita..apa yang aku faham dengan kehidupan..ia umpama layang-layang yang bertali..membawa maksud..sebuah kehidupan yang memerlukan petunjuk..cuba kita bayangkan..layang-layang tanpa tali..sudah tentu ia melayang-layang di bawa angin yang bertiup tenang..

Kehidupan ini tidak lari daripada kita berblogging..sikap tidak putus asa..paling digalakkan..kita akan berasa seronok jika kita mmpunyai sikap sebegitu..biarpun dikritik, dicaci, dimaki..namun kita masih berdiri teguh dan meneruskan berblogging..walaupun perjalanan aku masih jauh..tapi serba sedikit aku banyak mempelajari apa itu kehidupan..apa yang dilihat,apa yang didengar..daripada situlah kita dapat menilai sebuah kehidupan..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Aku telah join satu contest..iaitu contest entri paling meletup..aku sekadar mencuba..hehe..wish me luck..
nak join..jom

Wednesday, January 19, 2011

Siapa Dia Ni Nak Anggap Aku Sifu?


Assamualaikum..untungnya aku belajar dekat Selalngor..nasib baik cuti hari ni..ada seorang blogger ni..kira newbie jugak lah..ada ke dia anggap aku sifu dia..padahal aku baru je dua bulan lebih dalam berblogging..banyak lagi benda yang aku perlu belajar..haha..gurau je..empunya blogger ni merupakan seangkatan aku di sekolah menengah lagi..aku memanggilnya TOPEK..dia baru je menceburi bidang blog..jadi apa salahnya aku promote dia sikitkan..paling aku terharu..dia jadikan aku sifu dia..THANK A LOT TOPEK..apa-apa bantuan tanya je..bukan aku saja kau boleh tanya..ramai lagi..dunia blogger..umpama sebuah keluarga maya yang besar..malah bila sampai waktunya..ia boleh direalitikan..:)

Apa tunggu lagi..JOM KITA TERJAH..klik SINI

JOM GEGAR BLOG



Yes!! kuliah hari ni memang superb..pelbagai nama kawan-kawan aku dapat hari ni..haha..ANAK AYAM LAH..K-POP LAH dan banyak lagi lah..lecturer aku ni memang suka panggil nama samaran..haha..nasib baik aku tak kena..:)..budak baik lah katakan..eh baik ke..huhu..ok balik-balik je aku tengok dekat DASHBOARD bukan main banyak lagi jom gegar  blog..jadi dalam kepala aku expect..ni memang kerja bro Ben lah..hehe..memang tepat sekali tekaan aku..yeah..jom join ramai-ramai..kita gegar dunia blog ni..jangan sampai terbalik laptop atau pc dah lah..hehe..nak join..mari-mari sini..itu saja daripada aku..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tuesday, January 18, 2011

Yuyu Zulaikha Dibuli Oleh Aku dan Ben Ashaari

Semalam..aku dan bro Ben telah membuli Yuyu Zulaikha..haha kesian budak kecik yang sorang ni..bro Ben siap ugut dia lagi..kalau Yuyu tak datang gathering 30 hb ni bro Ben nak tutup blog..dengar tuh Yuyu..hehe..datang ye..bukan apa..saja-saja mengenakan si Yuyu ni..siap dengar cerita nak buka kedai dekat Times Square 29hb semata-mata tak sabar nak datang gathering..hehe..syok gila melayan kan Yuyu dan bro Ben dekat facebook ni..yang tak leh tahan..bro Ben suruh aku pujuk Yuyu..haish..tercabar sekejap aku di situ..haha..

Untuk mengetahui kisah selanjutnya..boleh lihat di sini..



Haha..aku telah bergabung dengan bro Ben untuk mengugut Yuyu Zulaikha..



Mangsa di buli..hehe..jangan saman ye..:)

NEVER SAY NEVER.peace!!

Begini Rupanya Berblogging Dalam Masa Dua Bulan Lebih

Sebelum aku memulakan assignment..rasanya tak lengkap tanpa menulis entri di blog aku..hehe..hari demi hari berlalu..rupa-rupanya dah dua bulan lebih aku berblogging..memang aku tak cayalah..aku masih boleh rasakan bahang tahun baru 2011..dulu aku bagaikan buta IT..hanya sekadar melihat orang lain menulis blog..tapi kini aku memiliki blog aku sendiri..alhamdulillah..followers aku pun amat memberangsangkan..

Kadang-kadang bila aku berblogwalking,aku rasa macam tidak percaya..mimpi pun ada..yelah, mana taknya ada jugak blogger-blogger membuat review tentang blog aku..inilah yang membuat aku tidak terkata untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka..aku sudah boleh diterima oleh mereka..sebenarnya pada mulanya aku berblogging..perkara ini sama sekali tidak terpikir di kepala aku..apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada mereka semua yang telah melawat blog aku malah yang meninggalkan komen serta yang menjadi followers aku..tanpa korang semua siapa blog aku kan?? tidak lupa jugak kepada silent readers..thank a lot..

Kepuasan berblogging ini hadir apabila penulisan kita dihargai dan jugak persahabatan yang dapat dibina di antara blogger..ok..menyentuh berkenaan semangat berblogging..memang ada di kalangan kita tidak berasa senang dengan kehadiran kita..namun jadikan ia sebagai satu cabaran buat kita semua..dan janganlah cepat mengalah ok..berblogging ni memang ada pahit manisnya..bila di kritik ataupun ditegur..kita ambil semua itu..dan cari penyeleasaiannya..pasti ada..eh-eh terlajak pulak entri aku ni..panjang bebenor..Kepada teman-teman blogger..semoga berblogging dengan cara yang sihat..janganlah menjatuhkan orang lain..kalau mahu menegur pun biarlah dengan cara yang betul..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kesian sis LM


Assalamualaikum..kesian aku tengok sis aku yang sorang ni..yelah sekarang ni kesihatannya tidak stabil..aku harapkan semoga sis LM kembali sihat seperti keadaan sedia kala..banyakkan rehat dan mengambil makan yang cukup..kalau kita tengok muka sis LM ni..sejuk je mata kita..kalau korang tak percaya..kalau masih tak percaya..boleh jenguk sini..oklah entri pendek je ni..mahu mewangi kan badan bersama DETTOL..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Monday, January 17, 2011

AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?


Aku lelaki ke?? mesti lah aku lelaki..hehe..bagi aku aku rasa bangga dilahirkan sebagai lelaki..tetapi aku tak tahu di manakah kelebihannya..mungkin bila sudah berumah tangga aku dapat merasakannya kehidupan sebagai lelaki sebenar..segmen ini memang menarik..jadi kepada lelaki di luar sana..jom join..aku rasa rugi kalau kaum ADAM tak sertai segmen ini..manalah tahu kot-kot dapat calon bini pulak daripada segmen ini..haha..gurau je..

Aku bukanlah seorang yang cerewet..citarasa wanita aku untuk dijadikan sebagai teman hidup mudah je..lebih mudah daripada ABC..mari aku nak listkan..wah macam demand pulak..hehe

  • Biarlah menghormati orang tua
  • Sedap mata memandang
  • Satu kepala dengan aku
  • Wanita bekerjaya
Dah-dah tak boleh lebih-lebih masuk MELODI nanti..haha..pada zaman sekarang ni..apa yang kita..kaum wanita memonopoli di semua bahagian..begitu jugak di tempat belajar aku..kadang-kadang aku terpikir..mana perginya kaum lelaki yang lain..ayuh kembali lah kita bangkit untuk memerintah negara..tapi tidak mustahil negara kita bakal menerima seorang PM wanita kelak..percayalah..

Nasihat aku kepada wanita zaman sekarang..kepada yang putus cinta atau pun kecewa dengan cinta..janganlah bertindak melulu..asyik-asyik toreh tangan dan bunun diri..COME ON!! don't be like that..because u still have the person who love u..think about it!! tidak ada kena mengena dengan yang lain..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Hati Lelaki Sememangnya Rapuh

Pasti ramai yang tidak menyangka, hati seorang lelaki tidaklah sekuat mana seperti yang diperkatakan..memang sebelum ini..kita selalu menyebut..hati perempuan memang rapuh bagaikan kapas bila disirami dengan air..maka kapas itu akan mengecut..begitulah aku maksudkan..siapa sangka..mempunyai saiz badan yang berketul-ketul, dan tubuhnya yang sasa..apabila ditinggalkan pasangan masing-masing..mata si pemuda pasti bergenang kesedihan..kadang-kadang kita hanya dapat lihat di luaran sahaja mereka kuat..tetapi dalamannya hanya diri sendiri yang tahu..

Kadang-kadang pandangan wanita terhadap lelaki yang mempunyai sifat ego..tidaklah aku menafikan..memang ada yang betul..walaubagaimanapun..dalam keegoannya pasti ada yang rapuh..paling tidaknya air mata yang mengalir pasti berlaku pada setiap lelaki..setinggi mana pun egonya..tatkala bila sampai waktunya..hatinya pasti mengalah..dulu aku jugak mempunyai ego..bila difikirkan balik..apa untungnya ego ni..sebenarnya tak membawa keuntungan langsung pada perhubungan..mungkin ianya boleh digunakan di tempat-tempat tertentu..

Ingatlah..jangan lah biar ianya terlalu rapuh..akibatnya memakan diri nanti..

NEVER SAY NEVER..peace!!

'Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info'


Assalamualaikum..sejak akhir-akhir ni..aku dah jarang dah blogwalking..bukan sebab aku malas atau pun tiada semangat..masa aku sejak kebelakangan ni..memang terhad..kadang-kadang satu entri je satu hari..emm..trafik aku pun jatuh merundum..mahu tak mahu aku kena tingkatkan balik trafik aku..nanti hilang kepercayaan NUFFNANG dekat aku..jadi, aku membuat keputusan untuk sertai satu 'Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info'..dah join?? belum join jom klik sini..

Mengikut pandangan aku..BLOG YIEDPOZI merupakan blog yang kemas..kedudukan widget pun tidak banyak..ia jugak mempunyai follower yang agak ramai..teruja beb aku tengok..aku jugak tidak ketinggalan untuk bersaing secara sihat dengan dia..hehe..jangan marah eh..blog YIEDPOZI jugak menyediakan ruangan advertisement..antara kelebihannya..dalam masa yang sama dia mempromosikan blog-blog lain..buat kerja amal ni..:) 
Apa-apa pun blog YIEDPOZI tidak membosankan kerana header yang kreatif dan penulisan yang tidak kurang hebatnya..itu sahaja daripada aku..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Jom-jom menang hadiah!!


Here are some prizes that you could stand a chance of winning: 4 x Macbook Air 4 x iPhone 4 16GB 4 x iPad 16GB WiFi + 3G 5 x Sony PS3 320GB 3 x iPod Touch 32GB 5 x iPod Shuffle 2GB Quick! Start playing the Milo Fuze jam-pack game and share it to your friends! It’s addictive! Contest ends on March 9, 2011!

Sunday, January 16, 2011

Apa Itu Kitar Semula?


Hujung minggu ni..kebiasaanya aku memang duduk rumah..huhu..macam tak percaya je kan..tetapi haruslah percaya..haha..jadi member sekolah rendah @ member blog aku telah ajak aku untuk menyertai satu contest iaitu PERTANDINGAN: APA ITU KITAR SEMULA..baru je semalam aku masuk contest AMMAR YASIR..hari ni aku tak nak ketinggalan untuk sertai lagi satu pertandingan bertemakan alam sekitar jugak..yeah..ramai-ramai lah sokong pertandingan ini..jom join..

Pertandingan seperti ini seharusnya perlu diadakan selalu bagi memupuk budaya kitar semula di kalangan rakyat Malaysia..memang suatu masa dulu..kerajaan Malaysia pernah membekalkan tong-tong kitar semula di setiap agensi kerajaan dan jugak di sekolah-sekolah..namun..ianya tidak mendapat sambutan..

Kebiasaanya bahan-bahan yang boleh dikitar semula..seperti kaca, kertas dan juga plastik..setiap sampah itu mempunyai warna tong yang tersendiri..haha..aku pun tak ingat..:)Benda ini aku telah diajar semenjak sekolah menengah dan berlarutan ke diploma sehinggalah degree..cuma sekarang harus dipraktikan sahaja..

Sebenarnya ada baiknya kita kitar semula..salah satunya kita dapat menjimatkan penggunaan landfill di Malaysia..seandainya tiada istilah kitar semula..maka kuranglah tanah di Malaysia disebabkan jadinya tempat pelupusan sampah..dan jangan lupa prinsip 3R..iaitu Reduce, reuse, recyle..yeah..selamat beramal..ini je yang aku dapat kongsikan..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Saturday, January 15, 2011

Tidak Mengenal Erti Berputus Asa Dalam Blogging

Assalamualaikum..hujung minggu ini pasti korang semua bersantai bersama keluarga mahupun orang yang tersayang..kehadiran masa lapang aku ni..aku tidak sia-siakan untuk membuat entri-entri baru selagi aku terdaya..yelah nanti kalau dah time kuliah..nak tekan keyboard pun tak dapat..hehe..tipu je..mengalahkan PM pulak sibuk aku ni..dalam dunia ini..apa yang kita lakukan..pasti ada pahit manisnya..dah memang hukum alam kan..

Sama jugak seperti berblogging ni..bukan semua orang boleh terima blog kita..dan bukan semua orang boleh lihat kita senang..bagi aku erti putus asa tidak wujud dalam hidup aku..walaupun seteruk mana aku dicaci atau pun dimaki..ini membuatkan aku akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu..bila dikritik ataupun dicemuh..jangan set minda kita untuk jadi lemah..kita harus lawan..harus tabah menghadapinya..Seandainya kita terus mengalah..bilakah lagi kita ingin kecapi kejayaan seperti orang lain..Jangan tipulah korang tak cemburu dengan kejayaan orang lain..betul kan??

Apa yang penting di sini..hati kita perlu cekal..dan tidak perlu risau..ramai rakan blogger kita boleh membantu..jangan berpatah kembali apabila sudah melakukan..ingat itu..kita sepatutnya..terus depan dan ke depan..jangan hiraukan apa yang berlaku di belakang..Kesimpulannya..orang yang berputus asa..selalunya rugi kerana mereka masih tidak nampak kejayaan mereka di depan mata..sekadar berkongsi..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Friday, January 14, 2011

"Contest cintai alam sekitar"


Assalamualaikum..dalam sedar tak sedar hampir 3 hari contest aku berlalu..jadi, sekarang ni masa aku untuk join contest blogger-blogger lain pulak..saudara AMMAR telah mengadakan CONTEST CINTAI ALAM SEKITAR..bagi aku contest ini amat bermakna buat aku di mana aku mengambil jurusan di dalam kesihatan alam sekitar..aku memang supportlah kalau yang berkaitan dengan alam sekitar ni..memang sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga kebersihan alam sekitar..Cepat-cepat kita sokong untuk bendung alam sekitar daripada sebarang pencemaran..anda mahu..join sini..

Langkah-langkah untuk menangani pencemaran

  • Haruslah sikap manusia itu sendiri berubah kepada pemikiran kelas pertama
  • Kuatkuasakan undang-undang seperti Singapura
  • Mengadakan kempen-kempen kitar semula
  • Memberikan pendidikan awal kepada generasi-generasi muda
  • Pertandingan mencintai alam sekitar harus diadakan setiap tahun seperti yang dianjurkan oleh AMMAR
Mencintai alam sekitar merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan..manakan tidak..di bumi yang nyata inilah tempat kita berteduh, bernafas dan sebagainya..jikalau tidak dijaga dengan baik..maka punahlah ia di masa hadapan..

Gambar aku bersama alam sekitar



Gambar ini telah di edit..aku memang suka hidup di alam sekitar yang aman dan damai tanpa kacau ganggu ataupun di ambang kemusnahan..wish me luck ya

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, January 13, 2011

Bukan Mudah Untuk Memberikan Kebahagiaan Kepada Semua Orang

Assalamualaikum..hari ni merupakan hari Jumaat di mana merupakan hari yang berkat untuk umat Islam..semoga memberi keberkatan kepada korang semua..amin..sebagai seorang insan yang lemah dan pelupa..kita sememangnya tidak lari daripada melakukan kesilapan..apa yang aku utarakan hari ni..senang ke untuk kita membahagiakan semua orang?? sudah semestinya dengan selamba aku jawab..memang tidak..tapi korang aku tak tahulah..huhu..berkaitan untuk menjaga perasaan orang lain..sebenarnya perkara ini tidaklah semudah kita menjaga binatang ternakan..walaupun ia tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar..apabila ia telah terluka..jangan haraplah untuk dapat menyembuhkannya dengan senang..dengan bayaran setinggi mana pun..luka itu sentiasa terpahat..

Memang selalu disebut-sebut..kita perlu memberi kebahagian kepada keluarga, pasangan hidup dan juga teman-teman..namun di sebalik itu..mungkinkah mereka akan memberikan kebahagian kepada kita..bagaimana lagi harus kita bertindak untuk memberikan kebahagiaan kepada mereka..sedangkan diri sendiri tidak bahagia..di manakah jalan keluar daripada kebuntuan ini?? Bagi aku..sesiapa yang mendampingi diri aku..aku akan memberikan kebahagiaan kepada mereka..bukan memberi kebahagiaan seperti berpacaran atau pun apa-apa..dalam erti kata lain..orang akan senang bila bersama kita..macam itu lah prinsip aku..aku tidak suka untuk bermusuhan..

Kebahagiaan akan hadir apabila kedua-dua pihak memberikan respon yang baik..maka lahirlah ia..ini sekadar berkongsi apa yang terdetik di kepala aku..the end!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bloglist Cik Ya Rahimi


Assalamualaikum..woot-woot aku nak join bloglist CIK YA RAHIMI ni..huhu..cuba tengok header di atas..macam artis korea pun ada rupa dia..hehe..jangan marah eh tuan belog..nak join..klik sini..Gadis semasa ini satu UiTM dengan aku..tapi almaklumlah dekat UiTM ni teramat ramailah orang..memang aku tak pernah terserempak pun dengan dia..kalau lah terserempak..aku mintak sain kot..lala..haha

Ni kategori yang aku join

KATEGORI PERTAMA

(personal blog)

1. KATEGORI PERTAMA
2. Link blog yang sah dan tak private
3. Nama glamer yang korang nak dipanggil dalam dunia blog nih
4. Jantina korang

Jangan malu-malu jangan segan..

NEVER SAY NEVER..peace!!