Wednesday, December 29, 2010

Cintanya Kepada Si Khairul Fahmi




Assalamualaikum..nama Khairul Fahmi Che Mat bagaikan aura yang sedang dilanda di negara kita..manakan tidak..nama sering disebut-sebut oleh si gadis..mungkin wajahnya yang " Chinese Looking " membuat ramai yang tertarik dengannya..Tambahan pula Khairul Fahmi Che Mat merupakan seorang goalkeeper yang berjaya buat masa ini..di harapkan prestasinya sungguh menyinar..

Semalam tengah aku blogwalking..aku ternampak dalam satu blog yang menyatakan ELIA ni merupakan teman wanita kepada Khairul Fahmi Che Mat..jadi aku pun terjah lah..untuk memastikan..betul ke?? rupa-rupanya memang betul lah..hehe..Kelakar aku baca entri si ELIA ni..yelah..peminat BF dia semakin ramai..mahu tak cemburu di buatnya..Cik ELIA banyak kan bersabar ye..kalau benar cinta Cik ELIA dan Khairul Fahmi Che Mat cinta sejati..takkan ke manalah..cinta itu tetap milik Cik ELIA..

Kemudian yang paling aku terkejut jugak..followers si ELIA ni mencanak-canak naik..pergh power gila beb!! terkeluar biji mata tengok..hehe..sehari je 1000 followers baru..mudah-mudahan bila dah kahwin nanti..jangan lupa jemput..:) Nak tengok Cik ELIA macam mana?? klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Selamat Datang Ke Dunia Sandiwara Seorang Insan






Assalamualaikum..memandangkan mata aku belum mengantuk..jadi aku meneruskan dengan entri terbaru..hehe..aku ingin ucapkan SELAMAT DATANG KE DUNIA AKU..kepada yang baru menjumpai blog aku..singgah-singgah la selalu eh..confirm tak rugi la..tuan owner dia peramah kalau korang nak tau..haha..promote diri sendiri pulak aku nih..tak malu betul kan..:) yelah takde orang puji..aku puji diri sendiri pun jadilah..

Pertama sekali..aku berbesar hati..ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi melawat blog aku ni..walaupun entah ada info ke tak..huhu..tapi aku sangat menghargai setiap blogger yang datang melawat blog aku..tak kisah lah follow ataupun tidak..Untuk pengetahuan kepada yang baru dalam blog aku..aku memuatkan tentang isu-isu semasa..kesihatan..dan macam-macam lagi..blog aku diberi nama SANDIWARA SEORANG INSAN..haha dengar macam poyo je kan..haha tapi aku tak kisah langsung sebab ini blog aku buat sendiri..tak kacau orang lain pun..:)

Masih ramai bertanyakan lagu dalam blog aku ni..hehe jawapannya senang je..HANYA INGIN KAU TAHU by REPUVLIK BAND..terima kasih kepada yang memuji lagu aku ni..tak lama lagi..aku buat version aku pulak la..memang takde lah orang nak dengar..hoho..haprak weh..:) Sekarang ini aku sedang mengadakan CONTEST AKU DAN KACAMATA..kepada sesiapa yang belum join..boleh klik sini..lagi ramai lagi best..bagi aku pening sikit nak pilih pemenang..haha..ni pun dah tertonggeng aku nak pilih pemenang..semua stylo mylo beb..tarikh tutup penyertaan pada 12 JANUARI 2011..itu saja daripada aku..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Cili Mampu Singkirkan Lemak??


Sungguh aku tidak sangka..ingatkan cili hanya sebahagian daripada perisa makanan..rupa-rupa ada baiknya jugak untuk kesihatan..huhu..bagi aku orang selatan memang tidak terlepas lah..kalau setiap kali makan..wajib ada makanan yang berasaskan cili..tak kiralah sambal belacan ke?? sambal ikan bilis ke?? opss..terliur aku jap..:)

Berdasarkan pengkaji dari AS ( John Won Yun) capsaicin boleh mengatasi obesiti dalam mengurangkan kandungan kalori, mengecilkan jaringan lemak dan menurunkan kadar lemak dalam darah. Capsaicin adalah bahan dalam cili yang memberikan rasa pedas malah ia mampu bertindak menurunkan berat badan serta hilangkan timbunan lemak dengan cara menjadi protein dalam tubuh.

Sudah tentu aku pasti ramai yang tertanya-tanya..betulkah mengenainya..tetapi kajia lanjut masih dilakukan untuk keberkesanan fakta ini..

Source: REMAJA

NEVER SAY NEVER..peace!!

Asal-usul Nuffnang

Assalamualaikum..korang tahu tak apa itu nuffnang?? aku rasa bagi pendatang baru macam kita ni mesti blur-blur je kan..dan mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan nuffnang dengan blog ni..Ok let's begin..

Apa itu Nuffnang?

Nuffnang ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa jafaikan yang bermaksud " cukup bagus ". Jafaikan adalah dialek pelbagai budaya yang sedang pantas tersebar di kalangan belia London. Nuffnang juga ialah komuniti pengiklanan blog yang sangat berjaya di Malaysia. Di antara para pengiklan di Nuffnang.com ialah Citibank, Nokia, Sony, Proctor dan banyak lagi

Pengasas Nuffnang

Nuffnang telah diasaskan oleh dua mahasiswa universiti luar negara iaitu Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen..All the best both of them..

Menjana Pendapatan

Kini para blogger boleh menjana pendapatan sampingan menerusi hobi mereka ini..Jumlah pelawat yang mengunjungi blog mereka, boleh menjadi sumber kewangan yang sangat lumayan..

Blog-blog yang Telah Berjaya


Source: REMAJA

Untuk pertanyaan lanjut boleh layari www.nuffnang.com..selamat mencuba

NEVER SAY NEVER..peace!!

Susah Juga Kalau Jadi Terlebih " Friendly "

Assalamualaikum..akhirnya sampai jugak aku di Melaka..lama dah rasanya tak terjah ke sana sini..aku cuma dapat update entri je..aku harap semua blogger sihat - sihat belaka ya..mood aku ni tengah layan bola..khusyuk beb..macam aku pulak atas padang..haha..berbalik mengenai isu " friendly "..aku memang tidak menafikan..sesetengah orang mempunyai sikap yang terlalu peramah..memang tak salah kalau kita terlalu peramah..tapi cuba kita fikir persepsi di kalangan orang lain..

Kadang-kadang sikap terlalu peramah membawa padah..contohnya, kita ni berborak dengan seorang awek ataupun teman lelaki orang..tiba-tiba pasangan mereka ternampak perbualan kita yang penuh mesra..haa..mahu tak naik angin pasangan mereka..ye tak??itulah kalau tak tegur nanti orang cakap sombong lah..ini lah..itu lah..naik panas telinga kalau dengarkan..

Ish..tak habis-habis lagi pasal " friendly " ni..lagi satu situasi yang aku kongsikan..ok contohnya kalau kita terlalu peramah..confirm-confirm orang ingat kita ni playboy atau playgirl kan..macam mana lah kita nak tutup mulut orang kan..memang tak dapek lah weh..hoho..buatlah macam mana pun..sama je..tak akan berubah..Jadi, haruslah kita jadi " friendly " secara sederhanakan..kalau tak nak tegur pun..senyum pun da ok..kira satu sedekah kita dah buat..:)

Ini hanya sekadar perkongsian..tidak melibatkan mana-mana pihak

NEVER SAY NEVER..peace!!