Monday, December 27, 2010

Berkat Usaha Dan Kesabaran

Assalamualaikum..fuhh letih jugak berjalan dekat One Utama hari ni..ramai gila orang..bukan orang gila ye..hehe..ramai blogger yang bertanyakan aku..macam mana nak dapat followers yang ramai dalam waktu yang pendek..sebenarnya apa yang kita lakukan di dunia ini..tanpa usaha dan kesabaran..tak mungkin kita kecapi kejayaan..apabila kita sudah berjaya..jangan sesekali kita lupa diri..itu yang penting..biarlah kita tetap menjadi diri kita seadanya..

Berbalik mengenai isu followers..memang aku akui..mula-mula aku buat blog ni..aku rasa cemburu je bila lihat blog orang lain mempunyai ramai followers..tapi itu tidak mematahkan semangat aku..aku rajinkan bertanya kepada blog-blog yang lebih berpengalaman dari aku..dan aku mengikut tips yang diberi..alhamdulillah tidak sia-sia usaha aku selama ini..

Kalau nak diikutkan..tips nya takde lah susah sangat..yang hanya kita perlukan..kerajinan dan kesabaran..rajinkan drop komen dekat blog-blog lain..dan kita jangan lah sombong sesama kita ok..be friendly supaya orang lain berasa selesa berkawan dengan kita..mula-mula aku berblogging ni hanya untuk meningkatkan trafik dan menikmati duit..namun setelah aku belajar dan belajar dari dunia blogging..aku menjumpai sesuatu yang lebih istimewa daripada itu iaitu " PERSAHABATAN "..

Semoga kata-kata aku tidak menyingung mana-mana pihak..aku sekadar berkongsi kepada korang semua..

NEVER SAY NEVER..peace!!