Assalamualaikum..rasanya lama aku tidak membincang topik pasal cinta..huhu..asyik-asyik cinta je kan..ada apa dengan cinta ni..:)..ok pertama sekali cinta memang lah anugerah dari pada tuhan..di kala bercinta semuanya menjadi indah..tetapi..eh ada jugak tetapi ni kan..kata orang-orang tua..cinta selepas perkahwinan adalah lebih romantik..betul ke?? kalau nak tanya aku..memang lah aku tak dapat jawab..sebab aku pun bujang lagi..huhu..lambat lagi nak kahwin..sejauh manakah kebenaran itu??
Cinta sebelum kahwin ni bermakna kita bercinta sewaktu belajar dan juga semasa di tempat kerja..zaman sekarang..ramai di antara kita bercinta sebelum kahwin..tetapi pendapat orang-orang tua agak bercanggah dengan pemikiran orang muda sekarang..mereka menyatakan " nak tak perlu bercinta pada waktu sekarang ni..bila dah bekerjaya nanti..banyak pilihan..bila dah pilih terus je ikat " agak-agaknya boleh ke macam tuh..perasaan orang mana kita tahu kan..
Sebenarnya bukan senang untuk mengenali diri seseorang..yelah contohnya macam kita baru berkenalan tak kan lah tiba-tiba kita nak ikat dia terus..mesti la terkejut pasangan kita tuh..Namun ada sesetengah pendapat menyatakan bercinta selepas perkahwinan lebih romantik..ini disebabkan kerana..pada pemikiran mereka..pasangan yang bercinta selepas perkahwinan sudah mempunyai ikatan yang sah..jadi mereka lebih senang beramah mesra..
Aku pun tak pasti yang manakah boleh dijadikan panduan..hoho..yelah kalau kita tak ikut kata orang - orang tua..mereka lebih merasa garam dulu daripada kita..jadi fikir-fikirkan lah..
NEVER SAY NEVER..peace!!