Tuesday, November 30, 2010

Aku blogger! So what??


Hello2..yeah skali lagi aku menyahut cabaran Bro Ben Ashaari..tanpa segan silunye..:)
Segan ke?? haha..xperlu segan kan kalau mahu berjaya..segmen ni mmg menarik..tak rugi kalau join

Latar Belakang

Blog ini tertubuhnye pada tahun 2010..dalam bulan november kalau tak silap aku..tapi di detail blog ni da ade bulan Julai lg..maybe aku da tersilap sign up kot..huhu..tapi tak pela..Sandiwara Seorang Insan memulakan penulisannya dengan membuat entri setiap hari bagi berkongsi info2 yang boleh membawa kebaikan bersama..tak rugi kan kalau kita berkongsi benda yang baik..

Aku boleh jugak la di kategorikan sebagai blogger baru..namun itu tidak mematahkan semangat tuk berjaya seperti Ben Ashaari dan ramai lagi yang telah memberikan tip2 yang cukup bermakna buat aku..Tambahan pula, blog aku ni diilham daripada adik aku sendiri..Kau Nyawaku..aku tertarik dengan blog dye..dan menyebabkan aku kepingin tuk membuat blog..:)

Sekarang ni aku sedang menikmati keindahan cuti..wow!! macam best je bunyi..tido dan makan je tau..haha..ape boleh buat..itu je lah aku mampu lakukan..Aku belajar di jurusan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran di UiTM Puncak Alam..tahun 2012 baru la aku habis..huhu lame lagi tuh..berjanggut la aku..Masih belom bekerja dan bujang..ceh2..lebih2 lak aku kan..:)

Aku menetap di Melaka ye..kalau nak datang makan ASAM PEDAS..mai ler sini..hehe..
Bukan aku la yang masak..tapi aku bawak korang tempat2 yang best je la..gotcha!!

Antara soalan2 panas bro Ben Ashaari..panas ke?? haha:

Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?
 
Pada pendapat aku, setelah mengenali dunia blog walaupun tak sampai setahun jagung lagi..dengan blog ni aku dapat menambahkan informasi pasal kesihatan, sukan dan juga isu semasa yang sedang melanda negara kita atau pun luar negara..

Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?
 
Sepanjang penglibatan aku di dalam dunia blog, macam2 perkara yang boleh ketahui samada positif ataupun negatif..itu bese lah kan kata orang lumrah kehidupan..bukan senang kita nak dapat semua benda dengan kebaikan..bak kata pepatah BUANG YANG KERUH AMBIL LAH YANG JERNIH..inilah yang harus kita sematkan di dalam diri kita..setiap orang berhak bercakap..so aku terima segala teguran atau pun kritikan sebagai pembakar semangat aku di dalam dunia blog..
 
Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?
 
Glamour??Vogue??Terkenal..sume ni sape la tak nak kan..tipu lah kalau korang sume tak de perasaan cemburu walaupun sebesar zarah..Bagi aku, aku berblogging ni xde la tuk jadi glamour..tuh tujuan kedua lah..haha nak jugak kan..aku lebih suka berkongsi apa yang orang lain tak tau..dan aku lebih gemar tuk menulis ape yang tersirat di hati aku..aduh jiwang la plak kan..:)

Banggakah anda menjadi seorang blogger ?

Bangga ke aku??hoho sebenarnya xleh la nak dibanggakan sangat..masih banyak yang harus aku pelajari..aku bayangkan diri aku ibarat SEMUT KECIL YANG MENCARI MAKANAN..siapa lah aku di dunia blogging ni..aku terkapai2 di tengah2 lautan yang memerlukan pertolongan..wah ayat aku..berbunga2 plk..haha..ape2 pun aku suke jadi blogger..NEVER SAY NEVER!!

Tahniah kepada Follower ke 111

Salam di pagi hari..yeah nampak sudah ade insan yang bertuah di situ..hehe ape eh hadiah aku nak bagi ni..tak terpikir pun lagi..huhu..rasa berdebar pun ade ni..haha..ape la aku ni kan..wat contest tapi cuak lak kan..

Al maklum la..first time ni..hehe..ape2 pun aku ucapkan tahniah kepada missyayang@move pencil..kerana bergelar sebagai follower ke 111..

Ni hadiahnye..aku akan bagi keychain yang tertulis nama aku..huhu..

Harap2 anda suka la yek hadiah yang tak seberapa ni.. ni hanya gambar hiasan..huhu
i will giveu the real one..yeah..speaking lak aku ni..tggukan next contest..hoho..PEace!!


Be the 111 followers..

Salam to u all..okeh la kat sini aku nak bagi hadiah sape yang jadi follower yang ke 111..fuh menarik je nombor tuh..slalu org buat yang ke 100 kn..ni aku wat kelainan skit..hehe..guna nombor yang sama je..

Sapa yang bertuah ni kan..hehe
 jeng
jeng
jeng
jeng

Hadiah dia misteri la..sape follower aku yang ke 111..sila ke www.facebook.com/baloq
bila korang da add..aku akan bagitau ape hadiahnya..so kita tengok sape yang kena..Peace!!

Lina Birthday Contest..


Salam..yeah aku datang lagi dengan masuk contest..hoho..rajin bebenor aku ni kan..haha saja je mengisi masa lapang..setelah aku meneliti gambar yang aku rasa ade chance sikit la..ade ke..haha..


Agak2 bleh ke menang ni..hehe..that is up to juri la..gambar ni diambil ketika aku melawat bangunan merah..hehe..wish me luck ya..kalau nak join klik Lina..Peace!!

Tgok2 sape yang terkena:





Kawaii Gadget Contest..


Uit2..comelnye mp3 kawaii gadget..ni yang terasa nk menang..hehe..kawan2 rugi xjoin..klik kat sini..kawaii gadget..

Lagu yang akan di pertaruhkan khas buat mommy pinky memerangkap juri..hehe

Saya memilih lagu ni kerana liriknye mempunyai makna yang tersendiri dan membuatkan para pendengar berasa tenang bila mendengarnye..hope mommy pinky touching bila dengar..hehe..gurau2 aje..lagi pun ni la lagu saya dekat blog..tak sangka ramai yang suka mendengar nye..ape2 saya support contest ni..Peace!!

Lirik:

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo
 
3 calon bertuah di tag:
 
 
 

Asmara..


Akhirnya drama bersiri Asmara melabuhkan tirai..touching plak aku tengok cete ni..huhu..
Aku kesian tengok Asmara tersepit di tengah2 dan dijadikan pak sanggup dalam cete ni..tapi walau ape pun Zahlia telah mencintai Asmara dengan sepenuh hatinya disebabkan kesabaran Asmara menjaganya ketika Zahlia mengandung..

Pada masa yang sama, Melati kawan sekolej Asmara turut menyimpan perasaan pada Asmara..huh!! sungguh konflik cete ni..nasib baik la aku dapat tangkap jugak jalan cete..Aku yakin mesti perempuan tertarik la kalau ade laki2 macam Asmara ni..Namun, di sebalik kebahagian Asmara dan Zahlia, Raziq yang dulunya teman lelaki kepada Zahlia memporak perandakan kebahagiaan mereka..Rupa2 nya anak yang dikandungkan Zahlia adalah hasil hubungan Zahlia dan Raziq..

Namun, Raziq telah melanggar Zahlia dan menyebabkan Zahlia lumpur..walaubagaimanapun, ayah Zahlia telah membuat laporan polis dan polis telah menembak Raziq disebabkan Raziq cuba melarikan diri..Kejadian malang terus menimpa Zahlia apabila dia terjatuh dari tingkat atas rumahnye dan mengalami cedera parah..huhu..amat perit je cerita ni kan..

Akhirnya, Asmara mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Melati kerana Zahlia telah menulis sepucuk surat kepada Melati untuk menjaga Asmara jikalau berlaku apa2 kepadanya..Ending story..nice..PEAce!!

"Jom Sertai & Menang" by Efa Nur..


Salam to all readers and followers..hari ini aku ingin mencuba nasib aku di contest Jom Sertai & Menang By Efa Nur

Huh!! siapa tak nak kan pegi Genting Highland..hehe
Wokeh cik efa nur saya akan cuba melengkapkan slogan saya sebaik mungkin..hehe:)korang semua doakan aku ye..wish me luck..

"kalau saya JUTAWAN saya akan membawa efa nur pergi melancong ke serata dunia..hehe..gurau je la..kalau la saya ditakdirkan JUTAWAN, apa yang terdetik di kepala saya ialah pertama sekali saya akan memenuhi segala kehendak saya seperti memiliki rumah agam yang mewah serta kereta yang saya idamkan. Yelah selama ini saya hanya jadi sebagai pemerhati melihat orang2 lain mampu memiliki kemewahan, kenapa saya tidak? berfikir sejenak di situ. Secara jujur saya amat cemburu dengan kemewahan yang orang lain mampu memilikinya. So, apabila saya jadi JUTAWAN, itulah Perkara pertama yang akan saya kecapi.

Perkara kedua, sudah tentu tidak saya lupai kepada keluarga tercinta yang memberikan saya makan dan minum, membela saya sehingga saya mampu menjadi JUTAWAN. Mereka akan saya berikan kemewahan demi membalas jasa baik mereka terhadap saya.Tambahan pula, demi menunaikan kewajipan sebagai Islam bagi yang mampu, akan saya membawa mereka menunaikan haji di tanah suci.

Perkara ketiga, kalau lah saya JUTAWAN, saya berharap sangat dapat membantu setiap keluarga yang lebih memerlukan bantuan, tiada siapa yang sanggupkan melihat orang lain susah. Saya akan berasa terkilan seandainya saya gagal membantu orang yang berada di dalam kesusahan. Bak kata pepatah "Yang Berat Sama Di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing", itulah yang biasa kita dengar di dalam pepatah Melayu.
Perkara keempat, sebagai seorang JUTAWAN, saya akan berkongsi pengalaman saya bagaimana untuk menjadi JUTAWAN. Kata orang untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlulah mendampinginya. Saya akan membantu orang lain untuk berjaya seperti saya. Tagline hidup saya" NEVER SAY NEVER" Peace!!

Calon2 yang di tag:






Rajin2 la masuk ye..hehe