Tuesday, November 30, 2010

Aku blogger! So what??


Hello2..yeah skali lagi aku menyahut cabaran Bro Ben Ashaari..tanpa segan silunye..:)
Segan ke?? haha..xperlu segan kan kalau mahu berjaya..segmen ni mmg menarik..tak rugi kalau join

Latar Belakang

Blog ini tertubuhnye pada tahun 2010..dalam bulan november kalau tak silap aku..tapi di detail blog ni da ade bulan Julai lg..maybe aku da tersilap sign up kot..huhu..tapi tak pela..Sandiwara Seorang Insan memulakan penulisannya dengan membuat entri setiap hari bagi berkongsi info2 yang boleh membawa kebaikan bersama..tak rugi kan kalau kita berkongsi benda yang baik..

Aku boleh jugak la di kategorikan sebagai blogger baru..namun itu tidak mematahkan semangat tuk berjaya seperti Ben Ashaari dan ramai lagi yang telah memberikan tip2 yang cukup bermakna buat aku..Tambahan pula, blog aku ni diilham daripada adik aku sendiri..Kau Nyawaku..aku tertarik dengan blog dye..dan menyebabkan aku kepingin tuk membuat blog..:)

Sekarang ni aku sedang menikmati keindahan cuti..wow!! macam best je bunyi..tido dan makan je tau..haha..ape boleh buat..itu je lah aku mampu lakukan..Aku belajar di jurusan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran di UiTM Puncak Alam..tahun 2012 baru la aku habis..huhu lame lagi tuh..berjanggut la aku..Masih belom bekerja dan bujang..ceh2..lebih2 lak aku kan..:)

Aku menetap di Melaka ye..kalau nak datang makan ASAM PEDAS..mai ler sini..hehe..
Bukan aku la yang masak..tapi aku bawak korang tempat2 yang best je la..gotcha!!

Antara soalan2 panas bro Ben Ashaari..panas ke?? haha:

Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?
 
Pada pendapat aku, setelah mengenali dunia blog walaupun tak sampai setahun jagung lagi..dengan blog ni aku dapat menambahkan informasi pasal kesihatan, sukan dan juga isu semasa yang sedang melanda negara kita atau pun luar negara..

Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?
 
Sepanjang penglibatan aku di dalam dunia blog, macam2 perkara yang boleh ketahui samada positif ataupun negatif..itu bese lah kan kata orang lumrah kehidupan..bukan senang kita nak dapat semua benda dengan kebaikan..bak kata pepatah BUANG YANG KERUH AMBIL LAH YANG JERNIH..inilah yang harus kita sematkan di dalam diri kita..setiap orang berhak bercakap..so aku terima segala teguran atau pun kritikan sebagai pembakar semangat aku di dalam dunia blog..
 
Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?
 
Glamour??Vogue??Terkenal..sume ni sape la tak nak kan..tipu lah kalau korang sume tak de perasaan cemburu walaupun sebesar zarah..Bagi aku, aku berblogging ni xde la tuk jadi glamour..tuh tujuan kedua lah..haha nak jugak kan..aku lebih suka berkongsi apa yang orang lain tak tau..dan aku lebih gemar tuk menulis ape yang tersirat di hati aku..aduh jiwang la plak kan..:)

Banggakah anda menjadi seorang blogger ?

Bangga ke aku??hoho sebenarnya xleh la nak dibanggakan sangat..masih banyak yang harus aku pelajari..aku bayangkan diri aku ibarat SEMUT KECIL YANG MENCARI MAKANAN..siapa lah aku di dunia blogging ni..aku terkapai2 di tengah2 lautan yang memerlukan pertolongan..wah ayat aku..berbunga2 plk..haha..ape2 pun aku suke jadi blogger..NEVER SAY NEVER!!

Tahniah kepada Follower ke 111

Salam di pagi hari..yeah nampak sudah ade insan yang bertuah di situ..hehe ape eh hadiah aku nak bagi ni..tak terpikir pun lagi..huhu..rasa berdebar pun ade ni..haha..ape la aku ni kan..wat contest tapi cuak lak kan..

Al maklum la..first time ni..hehe..ape2 pun aku ucapkan tahniah kepada missyayang@move pencil..kerana bergelar sebagai follower ke 111..

Ni hadiahnye..aku akan bagi keychain yang tertulis nama aku..huhu..

Harap2 anda suka la yek hadiah yang tak seberapa ni.. ni hanya gambar hiasan..huhu
i will giveu the real one..yeah..speaking lak aku ni..tggukan next contest..hoho..PEace!!


Be the 111 followers..

Salam to u all..okeh la kat sini aku nak bagi hadiah sape yang jadi follower yang ke 111..fuh menarik je nombor tuh..slalu org buat yang ke 100 kn..ni aku wat kelainan skit..hehe..guna nombor yang sama je..

Sapa yang bertuah ni kan..hehe
 jeng
jeng
jeng
jeng

Hadiah dia misteri la..sape follower aku yang ke 111..sila ke www.facebook.com/baloq
bila korang da add..aku akan bagitau ape hadiahnya..so kita tengok sape yang kena..Peace!!

Lina Birthday Contest..


Salam..yeah aku datang lagi dengan masuk contest..hoho..rajin bebenor aku ni kan..haha saja je mengisi masa lapang..setelah aku meneliti gambar yang aku rasa ade chance sikit la..ade ke..haha..


Agak2 bleh ke menang ni..hehe..that is up to juri la..gambar ni diambil ketika aku melawat bangunan merah..hehe..wish me luck ya..kalau nak join klik Lina..Peace!!

Tgok2 sape yang terkena:





Kawaii Gadget Contest..


Uit2..comelnye mp3 kawaii gadget..ni yang terasa nk menang..hehe..kawan2 rugi xjoin..klik kat sini..kawaii gadget..

Lagu yang akan di pertaruhkan khas buat mommy pinky memerangkap juri..hehe

Saya memilih lagu ni kerana liriknye mempunyai makna yang tersendiri dan membuatkan para pendengar berasa tenang bila mendengarnye..hope mommy pinky touching bila dengar..hehe..gurau2 aje..lagi pun ni la lagu saya dekat blog..tak sangka ramai yang suka mendengar nye..ape2 saya support contest ni..Peace!!

Lirik:

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo
 
3 calon bertuah di tag:
 
 
 

Asmara..


Akhirnya drama bersiri Asmara melabuhkan tirai..touching plak aku tengok cete ni..huhu..
Aku kesian tengok Asmara tersepit di tengah2 dan dijadikan pak sanggup dalam cete ni..tapi walau ape pun Zahlia telah mencintai Asmara dengan sepenuh hatinya disebabkan kesabaran Asmara menjaganya ketika Zahlia mengandung..

Pada masa yang sama, Melati kawan sekolej Asmara turut menyimpan perasaan pada Asmara..huh!! sungguh konflik cete ni..nasib baik la aku dapat tangkap jugak jalan cete..Aku yakin mesti perempuan tertarik la kalau ade laki2 macam Asmara ni..Namun, di sebalik kebahagian Asmara dan Zahlia, Raziq yang dulunya teman lelaki kepada Zahlia memporak perandakan kebahagiaan mereka..Rupa2 nya anak yang dikandungkan Zahlia adalah hasil hubungan Zahlia dan Raziq..

Namun, Raziq telah melanggar Zahlia dan menyebabkan Zahlia lumpur..walaubagaimanapun, ayah Zahlia telah membuat laporan polis dan polis telah menembak Raziq disebabkan Raziq cuba melarikan diri..Kejadian malang terus menimpa Zahlia apabila dia terjatuh dari tingkat atas rumahnye dan mengalami cedera parah..huhu..amat perit je cerita ni kan..

Akhirnya, Asmara mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Melati kerana Zahlia telah menulis sepucuk surat kepada Melati untuk menjaga Asmara jikalau berlaku apa2 kepadanya..Ending story..nice..PEAce!!

"Jom Sertai & Menang" by Efa Nur..


Salam to all readers and followers..hari ini aku ingin mencuba nasib aku di contest Jom Sertai & Menang By Efa Nur

Huh!! siapa tak nak kan pegi Genting Highland..hehe
Wokeh cik efa nur saya akan cuba melengkapkan slogan saya sebaik mungkin..hehe:)korang semua doakan aku ye..wish me luck..

"kalau saya JUTAWAN saya akan membawa efa nur pergi melancong ke serata dunia..hehe..gurau je la..kalau la saya ditakdirkan JUTAWAN, apa yang terdetik di kepala saya ialah pertama sekali saya akan memenuhi segala kehendak saya seperti memiliki rumah agam yang mewah serta kereta yang saya idamkan. Yelah selama ini saya hanya jadi sebagai pemerhati melihat orang2 lain mampu memiliki kemewahan, kenapa saya tidak? berfikir sejenak di situ. Secara jujur saya amat cemburu dengan kemewahan yang orang lain mampu memilikinya. So, apabila saya jadi JUTAWAN, itulah Perkara pertama yang akan saya kecapi.

Perkara kedua, sudah tentu tidak saya lupai kepada keluarga tercinta yang memberikan saya makan dan minum, membela saya sehingga saya mampu menjadi JUTAWAN. Mereka akan saya berikan kemewahan demi membalas jasa baik mereka terhadap saya.Tambahan pula, demi menunaikan kewajipan sebagai Islam bagi yang mampu, akan saya membawa mereka menunaikan haji di tanah suci.

Perkara ketiga, kalau lah saya JUTAWAN, saya berharap sangat dapat membantu setiap keluarga yang lebih memerlukan bantuan, tiada siapa yang sanggupkan melihat orang lain susah. Saya akan berasa terkilan seandainya saya gagal membantu orang yang berada di dalam kesusahan. Bak kata pepatah "Yang Berat Sama Di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing", itulah yang biasa kita dengar di dalam pepatah Melayu.
Perkara keempat, sebagai seorang JUTAWAN, saya akan berkongsi pengalaman saya bagaimana untuk menjadi JUTAWAN. Kata orang untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlulah mendampinginya. Saya akan membantu orang lain untuk berjaya seperti saya. Tagline hidup saya" NEVER SAY NEVER" Peace!!

Calon2 yang di tag:






Rajin2 la masuk ye..hehe

Monday, November 29, 2010

Sangat Terharu..

Salam..uit2 bertemu kita kembali..tiba2 aku macam nak bagi penghargaan kepada followers dan readers aku je..tak tau kenapa..aku berasa amat terharu coz ade jugak org2 yang sanggup jengah2 blog aku ni..huhu..Yang penting aku berblogger bukan tuk jadi famous..aku suke share2 pendapat dengan orang len..Sharing is Caring right??

Kalau ade aku terkasar bahasa ke, terguris hati korang aku mntak maaf byk2 ye..huhu..(ceh2 mcm da rmi followers lak aku ni)..aku senang nak berkawan dengan sume org..korang jangan risau..hehe..tiada perbandingan tuk aku pilih2 kawan ni..kalau korg ok..aku pun ok..yeah..bak kata orang Perhubungan Dua Hala..:)

Apa2 pun..aku suka dengan dunia blogger..Peace!!

 


Collar V dan Collar Boolat..

Salam to all readers..kali ni entri aku pasal fesyen skit..ceh macam fashion designer lak aku ni kan..bukan ape skunk aku tgok baju2 yang diluar sana da ade collar v dan collar bulat..huhu..susah jugak nak memikirkan nye ni..tapi pendapat aku la..aku lebih prefer collar v..coz collar v ni nampak macam kejantanan skit..haha..(wah maskulin ker)..haha..:)..then ruang udara yang besar..so xde la berasa panas sangat kalau pki collar jenis v ni..So kebanyakan baju aku skang aku lebih gemar shopping baju collar v je..nmpalk cool je bla pakai..huhu..ni sume pandangan aku..klu korang ade opinion lain bgtau la eh..:)


Hoho yang ni pulak collar boolat..aku bukan tak suka pakai collar boolat ni..cuma coolar ni dye terkatup skit..eh btol ke BM aku ni..haha bantai je la..ruang udara nk masuk pun susah skit la..tuh yang menyebabkan cepat panas bila memakainya..:) lagi satu kalau xsilap aku kalau basuh coolar ni memang cepat kembang..huhu..So depend pada pemakai la lebih selesa yang mane..PEace!!

Chocolate Giveaway



Wow..chocalate bestnye..hehe minat sangat cadburry blackforest..hehe..saje try2 masuk GA ni..:)..
mane tau kan ade luck..

Nak tau lebih lanjut klik..Chocalate Giveaway
Selamat maju jaya tuk aku..hehe..Peace!!

Orang Gaji Buat Hal LAgi?


Salam..aissh tak habis2 pasal orang gaji ni kan kalau nak bercerita..Sakit da telinga aku dengar ni..orang gaji lari rumah la..orang agi kena dera la..itu la ini la..aku pun tak tau ape nak jadi dengan dunia ni..hmm..
Aku bukan ape..aku kesian sangat kat pakcik dan makcik aku..lebih kurang 10 orang dye bertukar orang gaji..korang bayangkan da bape banyak habis duit dye tuk org gaji..(dalam hati aku kalau la duit ni kumpul pegi London lagi bagus)..

Baru2 ni aku masa raya haji dye ade bawak skali org gaji dye..tgok da lari lagi..kesian sgt aku tgok..makcik aku bukan macam majikan lain..da la bagi cuti tau..bagi hp lagi..ape lagi xcukup kan..aku pun xfaham btol..Kalau murah xpe la nk amik orang gaji ni..ni tak..RM5k kot..gile la..bukan men mahal lagi kan..

Aku pesan kat korang sume hati2 la kalau nak amik orang gaji..jgn di sangka diam2..xreti lari rumah..huhu..Peace!!



Berani MAti: Blog Aku Best!


Salam..Wah betol ke aku ni..macam tak caya je kan..tapi ape boleh buat orang lain da maju ke depan..tak kan aku nak terperuk bawah tempurung je kan..bak kata orang..NEVER SAY NEVER.. huhu da mcm Justin Bieber lak ni..bukan2 ni sebenarnya aku memotivasi diri aku sendiri..orang lain bleh cakap blog dye best knapa tidak aku kan..so aku cabar diri aku sendiri tuk masuk segmen ni..

Blog aku ni xtau la korg describe mcm mane..tapi kebanyakan dyeorg suke dengar muzik background aku..huhu..then entri2 aku yang melibatkan pasal percintaan..dulu aku xtau ape itu blog, bila aku mula mengenali blog..hidup aku berubah..aku sangat addict dekat blog..Blog aku mempunyai gambar2 yang menarik jugak la..wah riak!!haha..just joke la..terpulang pada korg menilai macam mane..

Pah tu aku suke share pasal diri aku dengan korang dan bagi input2 yang penting..dan aku tak sombong..setiap komen korg akan aku balas..yeah that's me..aku menjanjikan cete2 yang best kepada followers and readers aku..:)..PeACE!!

Kategori Blog: Universal

Usia Blog: 4 bulan kalau tak silap

Tujuan blog: Mencari side income dan mencari kenalan baru serta mengikis bakat dalam penulisan

Bestnye blog aku: Korang tak akan menyesal berkenalan dengan aku..yeye je kan..:)

Sasaran trafik: Seberapa banyak yang boleh

Peace!!

Sunday, November 28, 2010

Contest Shoutout Comey by Fatin Hanani



Hehe ni link shoutmix sy..yang side bar mcm ne eh..x bpe tau..:)
hehe..simple je sy pnye..sy try2 masuk..

nak tag kt sape eh..

nah i da tag u all berdua..hehe..Peace!!

Terciptalah LAgu Kita..

Wow dengar tajuk entri macam jiwang je kan..actually aku nk share ngan korg cerita dekat astro prima tadi..pelakon dye Kamal Adli dan Jue Aziz..tajuknye Lagu Kita..

Pada mulanya aku xpasan gak cete ni..adik aku laki2 yang sorg ni..punye la khusyu dye tgok..sampai xkelip2 mata..then aku join gak dye tgok..memang best gak la..huhu

Sinopsis Lagu Kita:

Kamal dan Jue Aziz tinggal di bangunan apartmen yang sama..rumah dyeorg pun sebelah2 je..tiap2 pagi Kamal ni akan beli nasi lemak di kedai bawah..begitu jugak si Jue Aziz..Tapi pada suatu pagi Kamal dan Jue Aziz kebetulan membeli nasi lemak pada waktu yang sama..Maka dari situ lahirlah cinta pandang pertama Kamal.

Sejak dari itu..Kamal sentiasa tunggu Jue tuk beli nasi lemak pada waktu yang sama..waktu ni dyeorg belum kenal lagi..Perkenalan dyeorg bermula selepas beberapa hari tersebut..Pada mulanya Kamal segan tuk menanyakan pada Jue..tapi Kamal beranikan diri." awk suka saya tak" fuh punya la gentle kan tnye macam tuh..klu aku lom tau lg lulus ke tak..:)

Percintaan yang mereka alami cukup indah namun malangnye Jue berbohong pada Kamal berkenaan kerjanya..Jue terpaksa melakukan kerja pelacuran disebabkan ayahnya kaki judi..Sian si Jue ni..Bapak si Jue selalu meminta duit daripada Jue sehingga Jue tertekan kerana selalu dipaksa dan dimarahi..Namun, Kamal dengan baik hatinya memberi bapak Jue duit supaya tidak menganggu Jue lagi..

Tapi pada suatu hari bapak Jue melepaskan pekung si Jue dengan membawa Kamal ke club tempat di mana Jue bekerja..Kamal berasa kecewa sekali disebabkan penipuan yang dilakukan oleh Jue..Kamal menjauhi kan diri daripada Jue..Jue berasa amat sedih sekali sehinggakan satu malam..

Satu malam yang sunyi Jue cuba tuk membawa diri daripada Kamal..walaubagaimanapun satu kejadian yang tak diduga telah berlaku..Jue telah diculik akibat perbuatan ayahnya yang tidak berhati perut..Jue telah di jual di Thailand..Nasib Jue sungguh bertuah kerana masa berlaku penculikan, Jue sempat tuk menelefon sepupunya yang berada di kampung..

Sepupu Jue telah memberitahu pada Kamal bahawa dia dapat merasakan Jue berada di dalam keadaan bahaya..Kamal dan sepupu Jue telah mengambil keputusan tuk pergi ke Phuket tuk mencari Jue demi cintanya walaupun Jue pernah melukainya..Seharian Kamal dan sepupu Jue mencari Jue di sana..

Kawan kamal menelefon Kamal dan memberitahu bahawa polis Malaysia da dapat menjejaki lokasi Jue..Tiba2 di dalam pencarian Kamal, Kamal ternampak Jue berlari keluar dari kelab..Kamal terus mengejar Jue sehinggakan Jue terjatuh dan Kamal menghulurkan tangannya..alamak romantiknye..haha..The end of the story Kamal dan Jue kembali bersama..

 Hehe..xde kena mengena pun tapi korg bleh lihat bukan senang tuk mendapatkan cinta sejati..PeaCe!!

Macam-macam..







Salam satu Malaysia..wah2 da mcm PM lak aku ni..kan..macam2 ke..haha..xde la macam2 sgt..haish nak jugak gmbr time driving kn..haha..asyik jalan je keje aku ni..haha












Huh!! berehat sebentar di tepi air pancut bersama cool belog..menusuk jiwa woo..capucino mari..huhu















Fuh..tengah aku syok2 berjalan aku tertarik dengan flat screen samsung ni..terbaik..gambar dye real gile lol..terpegun aku kat sini jap..haha..dalam setengah jam jugak la..huhu..








Haa..jangan tak caya..RM17499..uit..patut ler aku mcm kena bomoh tgk tv ni..tak bergerak aku..haha..skali beriban la..huhu gaji sebulan pun xcukup..:)







Mana tak nye harga beriban kan..xyah da pegi panggung wayang..kat tv ni je da ade 3D dan FULL HD..aiyo manyak syok lol..ble la agak2 aku dapat pakai tv mcm ni..:)





Haha..kat petro pump pun jadi la..promote shell ni..haha..ade gaya model tak..huhu














Amacam..tengok kat shopping complex pun ade pokok christmas..huhu..
Ape2 pun aku nk wish Selamat Hari Natal..Peace!!

Thank u to all REaders and FoLloWErs..


Hye2..to all readers and followers..eh aku ni nak tulis english lak..haha..xde la aku nak tulis bahasa ibunda aku jugak..Di sini aku nak ucap terima kasih sgt2 sape yg da tergodeh ke, terskodeng ke blog aku..haha..thank to all sgt2..aku tak tau cam ne nak balas jasa korg..maklum la aku pun masih bayi je kat blog ni..need to be guided..kalau ade2 info tambahan korg share2 la eh..Sharing is CAring..:)

Aku berasa teruja sgt bila tgk traffic dan follower aku
semakin hari semakin meningkat..di situ menyebabkan aku lebih addict tuk berblogger..huhu..
aku respect kepada darkbatman dan ben ashaari..caya lah..
aku tag nama dyeorg bukan aku nak cari publisiti..kalau nak berjaya mestilah menghampiri orang berjaya..ceh wah bg ceramah lak aku..hehe..Insyaallah kalau aku ade ape2 info tuk di kongsi aku akan kongsi bersama..Peace!!

Saturday, November 27, 2010

Natural Beauty Contest


 Uik..betol ke aku nak masuk NATURAL BEAUTY CONTEST..memang susah nk percya kn..tapi inilah aku..saja cube nasib..huhu..xpenah lg wat masa skunk aku msuk contest mcm ni..hoho..
gambar ni clean edit pnye..tak tipu tau..:)
Peace!!

aku tag kat:



Selamat Jalan Abahku dan Adik Perempuanku

Selamat Jalan..


Ni la abah tersayang aku..bukan main mat bunga lagi..hehe..
Sebenarnya tujuan aku ucapkan selamat jalan ni sebab abah aku ni nak mengadap peperiksaan akhir tahun dekat USM..maklum ler..terlebih rajin plak dia bila semakin berumur ni..huhu..jangan mara haa..tapi tak pe..style macam org muda..cayalah..huhu..
Abah, semoga buat yang terbaik..belajar rajin2..kami sekeluarga mendoakan abah selamat pergi dan selamat pulang..Amin




Yang adik aku sorg ni nak masuk Poli lak..cian dye da terkurung kat sana..haha..jahat gile aku gelak kan dia..ape2 pn aku harapkan dia belajar bersungguh2..Besok aku akan anta dia pegi pendaftaran..eh kadang2 baik jugak aku ni kan..haha..perasan je..tapi tak pe la..aku cuba menjadi abang yang bertanggungjawab..huhu..

Pesanan aku kepada ABAH dan ADIK:

  1. Jangan nakal2..eh abah aku nakal ke..haha xpe layan kan je
  2. Study smart and be the best
  3. Jaga diri elok2..kami sekeluarga mendoakan selalu
  4. Jangan lupa makan..tuh yang penting klu tak makan mcm ne nk stdy kn..:)
  5. Abah jangan lupe beli ole2..hehe
                            PEace!!
 

Redah Aku dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari

Wah bro ben ashaari datang lagi dengan segmen dia..caya lah bro..kali ni segmenye berbunyi gini..REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI..nice je kan..

Antara lima entri dye yang aku terjatuh cinta, calon2 nye..:

  1. Blog Best-Yess!
  2. Nak Tackle Follower
  3. Bayar Deposit Rumah Baru Dengan Duit Blog?
  4. Follow u?
  5. Siapa Sangka?

Entri2 aku pun xbanyak lg..tapi aku list je la yang mana menarik skit..hehe:
  1. Lagi-lagi jalan..
  2. RM50k..
  3. Sampai Syurga..
  4. Tidak Kesampaian Cintanya..
  5. Jalan-jalan negeri Asam Pedas
That's all..PeacE!!

Thursday, November 25, 2010

Saya suka blog awak..


Wah..tibe2 ade gmbr ben ashaari lak kan..knp ek..eh gurau2 je bro..jangan mara eh..hehe..ari ni aku join segmen dari blog Ben Ashaari..maklumla aku baru nak berjinak2 meluaskan empayar tuk blog aku ni..

List2 top 5 blog yang aku rajin masuk..

Aku suka jengah2 blog dye ni..sebab dye adik aku..then gmbr aku pun ade dlm blog dye..hehe sebenarnya tak la..aku suke tgk cara dye berfesyen..nice..

Yang ni lak aku suke tengok dye berceloteh kat blog dye..ade je entri2 dye yg lawak2..:)



Aku suka masuk kat blog ni..dye banyak memperagakan gaya muslimah terkini..maklumlah aku suka sket bab2 fesyen ni..:P


http://fantasyaxx.blogspot.com/

Yeah ini budak banyak frenly la..tuh sebab aku list dye..:)



Aku pilih blog ni sebab ni rajin komen kt blog aku..aku pun rajin komen blog dye..hehe

Bro ben ashaari..thank for this segmen

Lagi-lagi Jalan..

Hye2..selamat2 selalu to all readers..entry aku kali ni..bukan lah nk ckp pasal rmbut..saje je ltk pic ni..haha..tapi tak salahkan aku cakap skit pasal rambut..haha

Rambut ni baru je aku potong semalam..aku pun first time kot rambut mcm ni..hehe..layan je la..tapi smart jugak..hoho..bagi aku la..bagi korang xtau la..otw to pantai puteri..










Kat pantai puteri je ni..haha..xde buat ape..petang2 trus ke sini..amik angin laut..hoho..


Eh..ter 'snap' pic lak kan..haha..uish wat pe la aku gigit spek tuh..:)


Aik di sebalik jaring ke aku ni..tengok xde keje da aku ni..nak juga snap pic..kata org nak kelainan la kata kan..pak cik nelayan tumpang jaring ye..haha


Setelah kepenatan..aku duduk merenung 'sun set' eh betul ke ni..hentam je la..hoho..tak pun tengol awek2 cara gak ni..haha..xde la..masa aku datang tuh xde awek pun..tapi duk tepi pantai..feel beb!!..tenang dan cool..PeaCE!!

Wednesday, November 24, 2010

RM 50k..


Assalamualaikum..wah terasa macam bek je bila aku bagi salam..hehe..ari ni entry aku pasal RM50k..wow byknye..mane la aku nak dapatkannye..lagi2 aku ni masih student..memang xpat la..haha..sebenarnya aku pun tengah runsing ni..boleh ke aku kumpul RM50k sebelum umur aku 30 taun???

Haish..nak tau mana terdetiknye RM50k ni..mak aku la asyik cakap je..

Mak: Along, kalau nak kawen nanti bagi mak RM50k..sume mak uruskan

Along: Wow, byaknye mak da macam artis lak along kawen ni..gigit jari lol aku dengar..hoho

Mak: xde RM50k jangan cakap pasal kawen..

Along: Aku dengan muke seposennye..baiklah mak..padahal aku xsenang duduk sejak dengar RM50k ni..macam mimpi ngeri pun ade..haha

Itu lah kata2 mak aku..sejak tuh aku berpikir sejenak..huhu..aku kena berjimat dari skang la..tapi memang tak la aku da la kaki shopping, lepaking, karaoke..haiyoo mcm mana mau kawen ni..haha

Aduh tiap2 malam aku mimpi RM50k ni..cam ne eh nak buat..Tak pe2 dengan keazaman yang aku ade..aku akan habiskan study aku..then nak keje rajin2..ceh2 padahal lama lg study aku..setaun setengah..

Cian gambar aku kat sebelah ni..tengah pikirkan mana aku nak cekau duit sebanyak RM50k..hoho..kawan2 doakan la aku..haha..


Bila da stress pikirkan inilah jawapannya..
haha..RM50k..aiyoo..money2...

Tuesday, November 23, 2010

BlackberRy vS i PhonE

Huh!! blackberry ke i phone ek..aku tau ramai di luar sana pakai ni kan..huhu..aku je tak mampu nak memilikinye lagi..hehe..tapi ape pun aku tetap ade hp tapi capuk je la..haha..hanya sekadar leh sms n call tuh..da kire ok la..haha..

Tak pe2..satu hari nanti aku pasti memilikinya kedua2 sekali..wah! tamak plak aku ni kan..haha..aku tau memang skang ni trend pakai blackberry dan i phone..melambak2 da orang pakai..bagi aku kedua2 ni mmg best function dye..syok wo..aku da penah try godeh2 kedua2 phone ni..

So, setelah meneliti kedua2 nya..ceh skema lak ayat kan..aku lebih prefer pada blackberry la..ataupun nama comel dye BB..haha..cute je bunyi kan..blackberry aku tengok macam2 function dye seb bek la kerajaan Malaysia tak haram kan..kalau tak melepas aku nak guna BB ni..haha..terima kasih kerajaan Malaysia..:)

Then, skang aku tgok BB punye casting bukan main meriah lagi kan..haha..blink2 ade..corak2 ade..fuh mmg stylo la..pergh da berangan da aku ni..haha..tapi tak pe kata orang kesabaran separuh daripada iman..wah alim sekejap aku nih..(^_^)..nak kata harga BB ni mahal tak jugak kan..ade student package lg..huhu..sabar ye Syafiq Rosli..pasti akan kucekapi..hoho..

I phone ni plak best bukan xbest cuma tuh la..xleh bluetooth ngan hp lain..aish..jaga standard ye..hehe..camera dye memang terbaik..aku da try mmber aku punya i phone 4..malatop la org kata..tapi risau je..klu la jatuh..aduh mau di ganti beriban jugak tuh..ohoh..bese la hp mahal2 ni klu jatuh mak aih..cepat je rosak kan..so slalu la berhati2 klu da pakai hp mahal ni..

Klu mcm hp aku xpe..lempar2 je pun ok lg..haha..aku ingt nk tunjuk kt korang..tpi tak sempat nk uplod lak..haha..pe2 pun..PeAce!!

Sunday, November 21, 2010

SamPai sYurGa..

 

Sampai Syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
 
Sampai syurga..tempat kita belum tentu di sana..tapi bagi aku lagu ni membawa seribu makna..mahupun tuk laki2 dan jugak wanita..ni la lagu wajib aku time karaoke..memang xlengkap la kalau aku tak nyanyi lagu ni..huhu

Aku paling suka lirik dia..walaupun faizal tahir membawa lagu ni versi rock..tapi ternyata lebih ramai peminat yang meminati lagu ni..kalau la aku nyanyi lagu ni depan awek2 ke kan..agak2 cair tak..haha..gurau aje..perasan je aku kan..:)

Ape2 pun..aku banyak gak layan lagu faizal tahir..memang superb la..terbaik!!tapi lagu ni la paling aku suka..tuk laki2 dan wanita2 yang baru nak bercinta boleh la bagi lagu ni kat pasangan masing2..PEace!!